Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Friday 21 October 2011

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN KUANTAN

Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan pada 22-6-1956 setelah mengadakan mesyuarat agong terdiri dari 100 orang yang merupakan wakil penduduk kampung berhampiran. Ianya dinamakan sebagai 'Jawatan Kuasa Benaan Sekolah Arab, Kuantan'. Senarai ahli jawatan kuasa adalah seperti berikut:

1. Pengerusi         Abdul Aziz bin Ahmad              Ahli Majlis Negeri Pahang
2. Setiausaha         Sheikh Hussin Sheikh Long      Pesara Kerajaan
3. Bendahari         Abdul Samad Haji Hassan         Peniaga
4. AJK                 Haji Sulaiman Husin                 Kadi
5. AJK                 Sabeh bin Maansah                   Pembantu Teknik RIDA
6. AJK                 Haji Abdul Samad Haji Said      Guru
7. AJK                 Jamahir bin Idris                       Peniaga
8. AJK                 Md Sidek Haji Abu Bakar         Ketua Kampung
9. AJK                 Sheikh Abdullah bin Abu Bakar  Peniaga

Jawatan kuasa ini telah menyediakan pelan dan anggaran perbelanjaan untuk membina satu bangunan sekolah dan dua rumah berkembar untuk guru. Pelan tersebut telah dibuat dengan pertolongan Sheikh Abdullah bin Sheikh Mohamed, arkitek berdaftar di Kuantan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $37,905.00. Bangunan ini akan didirikan di atas tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pahang No. 406/28.9.50 di Kg Selamat.

Kerajaan Pahang bersetuju melalui keputusan Majlis Mesyuarat Negeri yang bersidang pada 3-3-1958 memberi bantuan wang $10.00 setahun kepada setiap murid yang belajar.

Sehingga 3-8-1958 jawatan kuasa ini berjaya mengutip berjumlah $944.03. Satu permohonan telah dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan jumlah $37,905.00 yang diperlukan tersebut.

TINGKATAN 1