Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan pada 22-6-1956 setelah mengadakan mesyuarat agong terdiri dari 100 orang yang merupakan wakil penduduk kampung berhampiran. Ianya dinamakan sebagai 'Jawatan Kuasa Benaan Sekolah Arab, Kuantan'. Senarai ahli jawatan kuasa adalah seperti berikut:
1. Pengerusi Abdul Aziz bin Ahmad Ahli Majlis Negeri Pahang
2. Setiausaha Sheikh Hussin Sheikh Long Pesara Kerajaan
3. Bendahari Abdul Samad Haji Hassan Peniaga
4. AJK Haji Sulaiman Husin Kadi
5. AJK Sabeh bin Maansah Pembantu Teknik RIDA
6. AJK Haji Abdul Samad Haji Said Guru
7. AJK Jamahir bin Idris Peniaga
8. AJK Md Sidek Haji Abu Bakar Ketua Kampung
9. AJK Sheikh Abdullah bin Abu Bakar Peniaga
Jawatan kuasa ini telah menyediakan pelan dan anggaran perbelanjaan untuk membina satu bangunan sekolah dan dua rumah berkembar untuk guru. Pelan tersebut telah dibuat dengan pertolongan Sheikh Abdullah bin Sheikh Mohamed, arkitek berdaftar di Kuantan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $37,905.00. Bangunan ini akan didirikan di atas tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pahang No. 406/28.9.50 di Kg Selamat.
Kerajaan Pahang bersetuju melalui keputusan Majlis Mesyuarat Negeri yang bersidang pada 3-3-1958 memberi bantuan wang $10.00 setahun kepada setiap murid yang belajar.
Sehingga 3-8-1958 jawatan kuasa ini berjaya mengutip berjumlah $944.03. Satu permohonan telah dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan jumlah $37,905.00 yang diperlukan tersebut.
1 comment:
displin murid boleh ditingkatkan
Post a Comment