3 Comments - Show Original PostCollapse comments
1 – 3 of 3
Anonymous said...
Kandungan buku memang baik.Ada baiknya pelajar diwajibkan membawa buku tersebut ke sekolah.Wajibkan pelajar membaca dan memahaminya.seperkara lagi "wajibkan"pelajar memakai tandanama.Sebahagian pelajar ada yang pakai dan ada yang tidak.
8 November 2012 17:43
Anonymous said...
hendaklah seluar ditukarkan kepada warna hitam dan pengawas pusat sumber memakai blazzer tidak berlengan
9 November 2012 13:12
Anonymous said...
setuju jika seluar pel wane hitam but kurang setuju jika pgws ps pakai blazzer tak berlengan.mcm budak sek rend je..
14 November 2012 20:21 1 – 2 of 2
Anonymous said...
assalamualaikum. harap pekerja yg berada di ihsan juga tidak menghisap rokok wlupun secara tersembunyi.
28 November 2012 21:22
--------------------------------------------------------------------
SEKOLAH
MENENGAH AGAMA AL-IHSAN
JALAN
TANJUNG API
25050
KUANTAN
PAHANG
DARUL MAKMUR
BUKU
PANDUAN
TATATERTIB
DAN DISIPLIN PELAJAR
Nama :
……………………………………………………………………………...…………
Tingkatan :
………………………………………………………………………………………...
"العلم
والعمل"
KANDUNGAN
- Kata alu-aluan mudir SMA Al-Ihsan
- Lagu Kecemerlangan SMAI
- Ikrar pelajar SMAI
- Matlamat peraturan sekolah
- Peraturan-peraturan sekolah
- Kehadiran
- Ketidakhadiran
- Pakaian Seragam Sekolah
- Pakaian Kegiatan Ko-kurikulum
- Kebersihan Diri dan Perhiasan
- Perhimpunan
- Kelas
- Keluar-Masuk Kelas
- Budi Pekerti di Dalam Kelas
- Yuran dan Harta Benda Sekolah
- Kebersihan Bangunan dan Kawasan
- Peraturan Khusus
- Kantin
- Bersurai Tamat Persekolahan
- Lalu Lintas
- Keluar Kawasan Sekolah
- Kenderaan
- Peperiksaan/Ujian
- Lawatan dan Pelawat
- Larangan-larangan
- Kesalahan Berat
- Hukuman dan Tindakan Kesalahan Berat
- Kesalahan Sederhana
- Hukuman dan Tindakan Kesalahan Sederhana
- Kesalahan Ringan
- Hukuman dan Tindakan Kesalahan Ringan
- Tatatertib di Luar Sekolah
- Bekas Pelajar
- Peraturan Lain atau Peraturan Baru
LAGU
KECEMERLANGAN SMAI
Suatu
masa dulu,
Umat
Islam pernah maju,
Menguasai
ilmu,
Tak
terpinggir,
Putera
puteri IHSAN,
Bangkit
mendukung cita-cita,
Mendukung
harapan,
Ibu
bapa bangsa agama,
Putera
puteri IHSAN,
Takkan
hirau ranjau dan duri,
Meniti
hari perjuangan,
Memacu
minda,
Memaju
langkah-langkah gemilang (2x),
Suatu
tika nanti,
Berkat
doa dan usaha,
Kan
ku hulurkan.
Sesuatu
yang cemerlang,
Di
pintu gerbang indah,
Di
awan yang cerah,
Bersama
menatap,
Keputusan
wajah cemerlang,
Bersama
menatap,
Keputusan
wajah cemerlang (2x).
IKRAR
PELAJAR SMAI
Bahawasanya
kami,
Pelajar
Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan,
Dengan
ini berikrar,
Akan
menjadi mukmin yang sebenar,
Mentaati
kedua-dua ibu bapa kami,
Menghormati
guru-guru kami,
Bersungguh-sungguh
dalam pelajaran,
Optimis
untuk masa depan kami,
Istiqamah
dalam seluruh kehidupan kami,
Semata-mata
mencari keredhaan Allah dan rasulNYA.
MATLAMAT
PERATURAN SEKOLAH
- Melahirkan Insan Kamil selaras dengan konsep “Insan Sebagai Hamba dan Khalifah Allah”.
- Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin.
- Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan.
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan kakitangan.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih.
PERATURAN-PERATURAN
SEKOLAH
- KEHADIRAN
- Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan.
- Waktu persekolahan adalah seperti berikut**:
Isnin – Khamis : 7.15 pagi
– 2.05 petang
Jumaat : 7.15
pagi – 12.05 tengah hari
(**tertakluk
kepada perubahan)
- Pelajar yang lambat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas.
- Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh pengawas atau guru disiplin.
- Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
- Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh pelajar.
- KETIDAKHADIRAN
- Pelajar yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden.
- Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan.
- Tindakan terhadap kes ponteng:SuratHari Tidak HadirBerturut-TurutHari Tidak HadirBukan Berturut-TurutAmaran PertamaPada hari ke-3Pada hari ke-10Amaran Kedua7 hari selepas Amaran Pertama10 hari selepas Amaran PertamaAmaran Terakhir7 hari selepas Amaran Kedua20 hari selepas Amaran KeduaBuang Sekolah14 hari selepas Amaran Terakhir20 hari selepas Amaran Terakhir
- Seterusnya mana-mana pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada penjaga, pelajar berkenaan haruslah dipotong namanya daripada menjadi pelajar sekolah ini.
- Pelajar dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.
- Pelajar dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
- PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
- Pakaian Pelajar Lelaki:
- Seluar panjang warna hijau muda, bukan jenis jeans atau berfesyen.
- Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bellbottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
- Baju bewarna putih, berbutang putih, berlengan panjang (tidak boleh dilipat), berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat, dan berkolar. Baju dimasukkan ke dalam seluar.
- Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.
- Tali leher sekolah bewarna hijau muda.
- Lencana dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada.
- Tali pinggang bewarna hitam atau hijau tua berukuran lebar 2.5cm – 3cm, berkepala sama lebar dengan tali pinggang dan tanpa hiasan.
- Songkok baldu bewarna hitam sahaja. Ketayap atau lain-lain tidak dibenarkan.
- Pakaian pada hari Jumaat: Sepasang baju melayu putih cekak musang. Butangnya sentiasa dipakai. Kain sampin rasmi sekolah dipakai labuhnya separas lutut dan bahagian atasnya digulung di paras pusat.
- Pakaian Pelajar Perempuan :
- Baju kurung potongan ‘tradisional’ bewarna putih, leher Teluk Belanga dan berlengan panjang mesti berkancing serta labuh mesti melebihi paras lutut. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin.
- Kain sarung warna hijau tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
- Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada.
- Anak tudung berbentuk “bulat” dan bewarna “putih”.
- Tudung labuh bahagian hadapan sejengkal daripada pusat dan labuh bahagian belakang melebihi “paras punggung”.
- Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci, dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali.
- Pelajar dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja di bahagian dalam baju sekolah.
- Pelajar hendaklah memakai “tanda nama” yang diletakkan di sebelah kiri baju atau tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.
- Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan, kegiatan kelab dan persatuan, kegiatan-kegiatan lain sekolah, menyertai rombongan anjuran sekolah dan sepanjang masa peperiksaan.
- Pakaian Pengawas Sekolah mestilah sesuai dengan syarat yang telah ditetapkan sekolah.
- PAKAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM
- Pakaian Pelajar Lelaki:
- Seluar trek panjang.
- Baju T.
- Berstokin dan berkasut.
- Pakaian Pelajar Perempuan:
- Diwajibkan memakai tudung labuh.
- Baju-T berlengan panjang serta labuh melebihi paras punggung (baju muslimah).
- Seluar trek panjang tidak bercekak atau bercerut di bahagian kaki.
- Berstokin dan berkasut.
- KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
- Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu :
- Di belakang : Rambut mesti jatuh tidak melebihi paras bawah dua cuping telinga, tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta kemas.
- Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.
- Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan “sideburn” hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka.
- Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci
- Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu.
- Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.
- Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
- Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki.
- Pelajar tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata berbentuk luar biasa.
- Pelajar yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey.
- Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni, pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah.
- Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah.
- PERHIMPUNAN
- Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan.
- Perhimpunan harian akan ditentukan oleh Pengetua iaitu pada mana-mana hari dalam sesuatu minggu persekolahan.
- Semua pelajar dimestikan berada di tempat perhimpunan pada jam 7.15 pagi.
- Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman perhimpunan. Pelajar hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.
- Pelajar yang sampai sesudah “loceng berbunyi” dikehendaki terus ke tempat perhimpunan.
- Pelajar hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang disampaikan oleh Guru atau Pengawas. Semua pelajar dilarang berbual-bual antara satu sama lain.
- Aturcara perhimpunan:
-Bacaan
surah Al-Fatihah
-Nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah
-Ikrar
Pelajar SMAI
-Ucapan
Guru Bertugas / Guru-guru / Pengumuman
-Ucapan
GPK / Pengetua
-Bacaan
Doa
-Bacaan
Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr
-Bersurai
- Selepas perhimpunan, para pelajar hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.
- Pelajar yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa makluman akan diambil tindakan.
- KELAS
- Pelajar di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pelajar samada disengajakan atau tidak, pelajar kelas berkenaan wajib bertaggungjawab.
- Para pelajar di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
- Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mengingatkan guru yang sepatutnya masuk kerana mungkin beliau terlupa untuk masuk kelas.
- KELUAR-MASUK KELAS
- Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas. Pelajar juga mestilah menulis nama di dalam buku keluar/masuk kelas.
- Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat.
- Para pelajar hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke makmal, bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan itu. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru tiada didalamnya.
- Setiap pelajar hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada.
- Pelajar dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi peraturan “8.4”.
- BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS
- Pelajar mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.
- Pelajar-pelajar tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah diwujudkan sepanjang masa.
- Setiap pelajar hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi.
- Pada masa pertukaran waktu, pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masing-masing sementara menanti ketibaan guru.
- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat atau di luar waktu pelajaran atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang perlu diselesaikan segera.
- Pelajar-pelajar tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah.
- Jika seseorang pelajar tidak mengambil sesuatu mata pelajaran, pelajar berkenaan hendaklah berada di dalam kelas mengikuti pelajaran guru berkenaan.
- Pelajar-pelajar dikehendaki bangun “memberi hormat”apabila pelawat, pengetua atau guru-guru masuk atau keluar kelas.
- Apabila pengetua, atau guru masuk, pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan memberi salam.
- YURAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
- Setiap pelajar wajib menjelaskan semua yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditentukan.
- Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, pelajar/kumpulan terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga barang tersebut.
- Buku-buku teks:
- Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dipinjamkan kepada pelajar.
- Menjadi tanggungjawab pelajar menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut.
- Pelajar diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut.
- Pelajar dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang merosakkan seperti menggunting gambar atau menekap dari buku.
- Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis masa sekolah.
- Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti dengan buku juga atau harga buku tersebut.
- Pelajar hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun seperti yang diarahkan oleh sekolah.
- Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan.
- KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN
- Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris, menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran.
- Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan.
- Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata.
- Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama.
- Pelajar-pelajar hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
- PERATURAN KHUSUS
Pelajar-pelajar
mestilah mematuhi peraturan-peraturan lain bagi:-
- Pejabat Sekolah
- Bilik-bilik Guru
- Dewan Utama Sekolah
- Bilik Seminar
- Bilik SPBT
- Makmal Sains
- Makmal Komputer
- Bengkel Kemahiran Hidup
- Perpustakaan/Pusat Sumber
- Kantin Sekolah
- Koperasi Sekolah
- Surau
- Asrama
- Peraturan khusus lain yang dikeluarkan oleh sekolah
- KANTIN
- Tidak dibenarkan pelajar-pelajar membeli makanan/minuman dalam masa belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran.
- Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin ketika membeli makanan dan minuman.
- Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan daripada menumpahkan makanan dan minuman.
- Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak makan atau minum sambil berjalan.
- Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang disediakan.
- BERSURAI TAMAT BERSEKOLAH
- Apabila loceng akhir dibunyikan, pelajar hendaklah memastikan semua suis lampu dan kipas ditutup.
- Pelajar-pelajar hendaklah menutup tingkap sebelum keluar dari kelas.
- Pelajar-pelajar hendaklah keluar kelas dalam keadaan sopan dan tenang.
- Pelajar-pelajar diwajibkan solat zuhur sebelum pulang ke rumah kecuali hari jumaat.
- LALU LINTAS
- Pelajar dikehendaki masuk dan keluar kawasan sekolah hanya melalui pintu hadapan yang ditetapkan.
- Tidak dibenarkan pelajar mengambil jalan pintas dengan cara masuk melalui pintu yang bukan dikhaskan, menyusup, melompat pagar sekolah atau melintas mana-mana kawasan larangan lalu-lalang.
- Pelajar yang menaiki bas hendaklah beratur semasa menaiki bas, jangan berebut dan jangan sekali-kali berdiri di atas tangga sewaktu bas berjalan.
- Pejalan kaki hendaklah mengikut sebelah kanan jalan dan tidak bergandingan.
- Pelajar yang berkenderaan hendaklah mematuhi peraturan jalan raya.
- KELUAR KAWASAN SEKOLAH
- Dalam waktu persekolahan termasuk waktu rehat, pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.
- Pelajar yang terpaksa keluar kerana hal mustahak dan tidak dapat dielakkan hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas.
- Pelajar yang hendak ke hospital / klinik, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas.
- Sekembali dari rawatan, pelajar mestilah menunjukkan keratan surat pengesahan rawatan yang ditandatangani oleh Pegawai Perubatan kepada Guru Bertugas.
- Sebelum keluar dari kawasan sekolah setelah mendapat kebenaran, pelajar dikehendaki mencatat nama dan butiran lain di dalam “buku khas”. Begitu juga apabila kembali semula ke sekolah.
- KENDERAAN
- Kereta pelajar tidak dibenarkan di bawa masuk ke kawasan sekolah.
- Pelajar yang “berbasikal” dibenarkan menyimpan basikal hanya di tempat yang disedikan di dalam kawasan sekolah. Basikal hendaklah dikunci.
- Pelajar yang “bermotosikal” dikehendaki mendapat kebenaran khas daripada pihak sekolah jika hendak di bawa masuk dan di simpan di dalam kawasan sekolah.Tempat ada disediakan.
- Pelajar dilarang sama sekali menunggang basikal atau motosikal di dalam kawasan sekolah. Ini bermakna basikal dan motosikal hendaklah di “sorong” daripada pintu pagar sekolah ke garaj samada sewaktu datang atau pulang sekolah.
- PEPERIKSAAN/UJIAN
- Semua pelajar wajib hadir semua “ujian bulanan/peperiksaan.
- Pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun dikira melakukan kesalahan berat.
- Pelajar-pelajar mestilah menjauhkan diri dari sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan/ujian.
- Untuk peperiksaan PMR/SMA/SPM pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan olah Jabatan Agama Islam Pahang dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Memalsukan “tandatangan atau memindah markah atau apa jua catatan guru”di dalam kad/buku kemajuan adalah kesalahan berat.
- LAWATAN DAN PELAWAT
- Sesuatu lawatan di dalam/ke luar negeri oleh 5 pelajar atau lebih yang diiringi oleh guru-guru dianggap rombongan sekolah dan hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan Pengetua dan pihak yang berkenaan.
- Pelawat atau orang luar, tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar kecuali setelah mendapat keizinan.
- Pengetua
- Penolong kanan
- Guru Berkenaan
- Keizinan Pengetua / Penolong Kanan / Guru Berkenaan adalah juga wajib jika pelawat/ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa pelajar berkenaan keluar kerana sesuatu hal/bab yang sangat mustahak.
- LARANGAN-LARANGAN
- Pelajar-pelajar adalah dilarang mengambil bahagian dalam “aktiviti-aktiviti politik”.
- Pelajar-pelajar yang ingin menjadi “ahli atau menyertai aktiviti Badan Luar” hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.
- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang bentuk aktiviti atau pertandingan yang menyalahi Hukum Islam.
- Membeli,menganjur atau bermain sebarang bentuk perjudian.
- Buli bertopengkan suai kenal
- Membawa bahan bacaan yang berunsur lucah,cinta dan yang berkaitan dengannya.
- Lain-lain yang tidak tercatat di atas yang menjadi kesalahan dalam Hukum-hukum Agama Islam dan Undang-undang Awam.
- KESALAHAN BERAT
- Menjadi Ahli Pertubuhan Haram.
- Membawa senjata yang berbahaya.
- Memukul Guru.
- Mengancam Guru atau Pengetua.
- Mengancam atau memukul pangawas atau pelajar lain.
- Melanggar peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Jabatan Agama Islam,Pahang.
- Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak berkuasa sekolah/pengetua.
- Sengaja merosakkan harta Kerajaan/Sekolah.
- Sengaja merosakkan harta Persendirian,Guru-guru atau pelajar-pelajar.
- Membawa peralatan elektronik seperti telefon bimbit atau pemain MP3.
- Mencuri.
- Berjudi.
- Meghisap/membawa/mengedar rokok dan dadah.
- Meminum minuman keras atau minuman lain yang memabukkan.
- Mengingkari perintah Guru atau Pengawas.
- Masih membantah hukuman Guru.
- Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada Islam/ Pengetua/Guru/Pengawas.
- Melawan Pengetua/Guru/Pengawas.
- Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau.
- Bergaduh/bertumbuk.
- Memeras ugut pelajar-pelajar lain.
- Berkhalwat.
- Membawa/menunjuk/melihat gambar lucah.
- Lari dari rumah.
- Mengintai pelajar perempuan.
- Masuk ke dalam “asrama perempuan”
- Mengganggu pelajar perempuan.
- Meniru dalam peperiksaan.
- Menipu tandatangan.
- Keluar tanpa kebenaran.
- Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.
- HUKUMAN DAN TINDAKAN KESALAHAN BERAT
- Buang sekolah
- Gantung sekolah
- Buang asrama
- Gantung asrama
- Rotan 4 kali atau lebih
- Rotan 3 kali
- Dan lain-lain yang difikirkan sesuai
- KESALAHAN SEDERHANA BERAT
- Bising/mengganggu kelas.
- Datang lewat ke sekolah.
- Ponteng.
- Melompat pagar sekolah.
- Mendedahkan aurat.
- Rambut panjang.
- Membeli barang curi.
- Menipu/bercakap bohong
- Mengeluarkan kata-kata lucah.
- Bermain terup/snooker.
- Bermain mercun di sekolah.
- Melanggar undang-undang jalan raya.
- HUKUMAN DAN TINDAKAN KESALAHAN SEDERHANA
- Dipecat dari jawatan di sekolah.
- Rotan 2 kali.
- Gunting rambut.
- Dan lain-lain yang difikirkan bersesuaian.
- KESALAHAN RINGAN.
- Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
- Tidak membuat kerja rumah.
- Tidak membawa buku teks.
- Tidak membayar yuran sekolah.
- Makan dalam kelas.
- Membeli dari penjaja luar sekolah.
- Mengusik atau mengganggu pelajar lain.
- Berpakaian tidak sesuai.
- Berkuku panjang.
- Memakai perhiasan.
- Merayu-rayu.
- Bermain basikal dalam kawasan sekolah.
- Bermain permainan berbahaya.
- Dan lain-lain.
- HUKUMAN DAN TINDAKAN KESALAHAN RINGAN
- Rotan 1 kali.
- Kelas tahanan.
- Nasihat.
- Kerja amal.
- Dan lain-lain yang difikirkan bersesuaian.
- TATATERTIB DI LUAR SEKOLAH
- Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan ajaran Islam atau baik yang dipelajari di sekolah dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.
- Selagi seseorang dianggap sebagai pelajar sekolah yang sah, apa yang ditegah di sekolah juga berkuasa di luar sekolah atau di rumah. Jika pihak sekolah mendapat kepastian yang sesuatu kesalahan atau pelanggaran disiplin dilakukan di luar sekolah. Pihak sekolah berhak mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin nama baik sekolah.
- BEKAS PELAJAR
- Bekas pelajar adalah dialu-alukan datang mengunjungi sekolah untuk:
- Berjumpa dengan guru-guru.
- Melihat dan meninjau perkembangan sekolah.
- Memberi bantuan kepada program-program anjuran sekolah.
- Mengadakan projek-projek awal seperti program kepimpinan, motivasi, kelas bimbingan, gotong-royong dan sebagainya.
- Hal-hal yang memberi faedah atau kesan positif kepada sekolah atau pelajar.
- Bekas pelajar yang datang untuk apa jua urusan dengan pihak sekolah, dikehendaki:
- Berpakaian kemas, bersih, sedap dipandang mata, dan tidak menjolok mata.
- Memakai kasut atau sandel, dan dilarang memakai selipar atau terompah.
32.2.3 Tidak berambut panjang,
berfesyen, mewarna rambut atau apa jua fesyen yang tidak melambangkan
ketamadunan manusia.
- Dilarang merokok di dalam kawasan sekolah.
- Bersopan santun.
30.3 Jika bekas pelajar tidak
mematuhi peraturan-peraturan di atas. Pihak sekolah berhak
mengeluarkannnya dari kawasan sekolah atau tidak membenarkannya
masuk.
- Sebarang urusan bekas pelajar berkenaan dengan pihak sekolah “TIDAK AKAN DILAYAN.”
- PERATURAN LAIN ATAU BARU
- Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajar-pelajar juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini.
- Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya.
- Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang / Pejabat Pelajaran atau Kementerian Pelajaran.
PERATURAN
INI DISAHKAN DALAM MESYUARAT KE-3 GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA
AL-IHSAN KUANTAN PADA HARI SABTU TARIKH 17/02/2012 DAN DIKUATKUASAKAN
BERMULA DARI TARIKH TERSEBUT DI ATAS.
BORANG
PENGAKUAN
Pengetua,
Sekolah
Menengah Agama Al-Ihsan,
Jalan
Tanjung Api,
25050
Kuantan.
Melalui
Guru Tingkatan.
BUKU
PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA
AL-IHSAN KUANTAN
- Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya sendiri.
- Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
- Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Tanda
tangan Pelajar : ………………………………………………..
Nama
: ………………………………………………..
Tingkatan :
………………………………………………..
Tanda
tangan Ibu bapa/Penjaga : ………………………………………………..
Nama :
………………………………………………..
Tanda
tangan Guru Kelas : ………………………………………………..
Nama :
………………………………………………..
CATATAN
CATATAN
5 comments:
Kandungan buku memang baik.Ada baiknya pelajar diwajibkan membawa buku tersebut ke sekolah.Wajibkan pelajar membaca dan memahaminya.seperkara lagi "wajibkan"pelajar memakai tandanama.Sebahagian pelajar ada yang pakai dan ada yang tidak.
hendaklah seluar ditukarkan kepada warna hitam dan pengawas pusat sumber memakai blazzer tidak berlengan
setuju jika seluar pel wane hitam but kurang setuju jika pgws ps pakai blazzer tak berlengan.mcm budak sek rend je..
assalamualaikum. harap pekerja yg berada di ihsan juga tidak menghisap rokok wlupun secara tersembunyi.
assalamualikum . saya tak setuju dengan stokin putih y tertera di atas . Nampak macam kelakar seperti badut . masa sekolah rendah saya pakai kasut hitam dengan stokin hitam .
Post a Comment