Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Tuesday, 12 February 2013

PERTANDINGAN MENTERJEMAH FEB 2013

Semua pelajar Ihsan dipelawa menterjemah dan mengulas ayat-ayat berikut:

A pessimist sees only the dark side of the clouds, and mopes; a philosopher sees both sides, and shrugs; an optimist doesn't see the clouds at all - he's walking on them. - Leonard Louis Levinson

Hantar penyertaan anda sebelum 28 Feb 2013 melalui ruangan komen. Pemenang akan mendapat sebuah buku. Ada banyak buku yang boleh dipilih!  

3 comments:

Anonymous said...

Saya hantar terjemahan saya di ruangan komen ~ Pesimis melihat sisi gelap awan, dan kemuraman, ahli falsafah melihat kedua-dua belah pihak, dan shrugs; optimis tidak melihat awan di semua - dia berjalan di atas mereka. - Leonard Louis Levinson - makna shrugs tidak dijumpai , ini yang termampu *^^* Muhammad Nabil , Form 1 IK

ismail foo said...

seorang yang berfikiran negatif hanya akan memandang kepada sisi yang negatif sahaja dan tidak berbuat apa apa. seorang yang berfikiran terbuka melihat kepada kedua dua bahagian dan cuma berdiam diri dan seseorang yang berfikiran positif akan melihat kepada sisi yang baik dan menggunakanya dengan sepenuhnya

adilah kamar ruddin said...

Assalamualaikum.Terjemahannya: seseorang yang pesimis(orang yang mudah berputus asa) cuma akan melihat sisi gelap awan dan bermuram-durja;seorang ahli falsafah pula melihat kedua-dua belah awan dan buat tak peduli. Seorang yang optimis,dia tidak melihat kepada keseluruhan awan-dia berjalan di atas awan itu. Apa yang dapat saya fahami di sini,maksud awan yang sebenar ialah masalah.seseorang yang selalu berpandangan negatif terhadap sesuatu,dia akan sentiasa memandang masalah yang dihadapi dari sudut yang negatif yang akhirnya akan membuatkan dirinya sentiasa gelisah dan muram,maka masalah itu tetap tidak selesai. Seorang ahli falsafah(seseorang yang membiarkan sebab mengawal hidupnya) dia melihat kedua-dua sudut,positif dan negatifnya masalah itu,Dan mengangkat bahu tanda tidak peduli,Dan masalah itu berlalu begitu sahaja tanpa solusinya. Seorang optimis(orang yang sentiasa positif) dia tidak terlalu memikirkan soal masalah tersebut tetapi dia cuba mencari cara penyelesaiannya. Wallahu'alam