Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Wednesday, 18 April 2012

RENUNGAN

Marilah kita jujur menjalankan tugas masing-masing. Laksanakanlah tugas dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Pelajar hendaklah belajar dengan sepenuh hati dan bekerja keras untuk menempah kehidupan yang lebih senang dari hari ini. Jujurlah dalam menghadirkan diri ke sekolah, membuat latihan, kerja rumah, ikut kelas tambahan dan lain-lain tugas sebagai pelajar.

Bila seseorang itu jujur kepada dirinya sendiri, maka dia akan jujur kepada Allah. Betapa ramai orang mendakwa itu dan ini, mengangkat kelebihan dirinya, akan tetapi dalam hatinya dia tahu dia tidak jujur kepada dirinya. Sekiranya tidak mampu jujur kepada diri sendiri, dan sememangnya seseorang yang tidak jujur itu mengetahui bahawa dia tidak dapat menipu dirinya sendiri, bagaimana dia mahu jujur kepada ibu bapanya, gurunya, dan kawan-kawannya?

Untuk mendapatkan kejujuran dalam diri sendiri agak sukar.  Ramai orang, boleh berkata-kata, akan tetapi, mereka tahu apa di benak hati mereka. Mereka dapat berpura-pura di hadapan manusia lain, tapi mereka sedar mereka tidak dapat berpura-pura dengan diri sendiri. Ayuhlah, sama-sama kita mencari kejujuran diri kita agar menjadi manusia yang berjaya dan hamba Allah yang diredhaiNya.

No comments: