Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday, 19 April 2012

RENUNGAN


HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia. Bukan manusia mungkin tidak ada ‘harapan’ di dalam kehidupan mereka. Biasanya apa yang kita harapkan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa mengharap kegagalan kenapa tidak mengharap kejayaan. Sekiranya kita mengharapkan kejayaan, fokus kita pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Kita menjadi rajin, cekap, tekun, sabar, kerja keras, jujur dan sebagainya.

Begitulah sebaliknya. Apabila kita rasakan yang kita tiada harapan untuk maju, tidak punya masa depan, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjuruskan kita kepada sikap tidak baik seperti malas, membuang masa, tidak sabar, putus asa, mengelat dan sebagainya.

Jadi kita boleh memilih apa yang menjadi harapan kita. Pilihlah yang baik!

No comments: