Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Friday, 1 March 2013

PEMENANG PERTANDINGAN MENTERJEMAH FEB 2013

A pessimist sees only the dark side of the clouds, and mopes; a philosopher sees both sides, and shrugs; an optimist doesn't see the clouds at all - he's walking on them. - Leonard Louis Levinson  
TAHNIAH KEPADA adilah kamar ruddin yang memberi ulasan berikut:

Assalamualaikum.Terjemahannya: seseorang yang pesimis(orang yang mudah berputus asa) cuma akan melihat sisi gelap awan dan bermuram-durja;seorang ahli falsafah pula melihat kedua-dua belah awan dan buat tak peduli. Seorang yang optimis,dia tidak melihat kepada keseluruhan awan-dia berjalan di atas awan itu. Apa yang dapat saya fahami di sini,maksud awan yang sebenar ialah masalah.seseorang yang selalu berpandangan negatif terhadap sesuatu,dia akan sentiasa memandang masalah yang dihadapi dari sudut yang negatif yang akhirnya akan membuatkan dirinya sentiasa gelisah dan muram,maka masalah itu tetap tidak selesai. Seorang ahli falsafah(seseorang yang membiarkan sebab mengawal hidupnya) dia melihat kedua-dua sudut,positif dan negatifnya masalah itu,Dan mengangkat bahu tanda tidak peduli,Dan masalah itu berlalu begitu sahaja tanpa solusinya. Seorang optimis(orang yang sentiasa positif) dia tidak terlalu memikirkan soal masalah tersebut tetapi dia cuba mencari cara penyelesaiannya. Wallahu'ala.
Minta adilah memberi penjelasan kepada semua pelajar di perhimpunan Selasa 5 Mac 13.


 Adilah menjelaskan terjemahannya kepada semua pelajar.

No comments: