Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Tuesday, 5 March 2013

PERTANDINGAN MENTERJEMAH MAC 2013

Semua pelajar Ihsan dipelawa menterjemah petikan di bawah:

"It is one of the strange ironies of this strange life that those who work the hardest, who subject themselves to the strictest discipline, who give up certain pleasurable things in order to achieve a goal, are the happiest men. When you see 20 or 30 men line up for a distance race in some meet, don't pity them, don't feel sorry for them. Better envy them instead."
Brutus Hamilton 


Sila hantar terjemahan anda sebelum 30 Mac 2013 melalui butang komen.  Terjemahan dengan ULASAN paling bernas akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan mendapat sebuah buku.


4 comments:

ibrahim hilmi 5 af 2 said...

Salah satu perkara yang ironik dalam kehidupan kita adalah mereka yang bekerja paling keras dan menumpukan diri mereka dalam sesuatu perkara dan mendisplinkan diri mereka pada tahap yang tinggi serta mengorbankan perkara yang mereka suka untuk mencapai sesuatu matlamat adalah orang yang paling gembira . Apabila kamu melihat 20-30 orang sedang berbaris di dalam suatu perlumbaan.jangan kasihan akan mereka atau berasa sedih untuk mereka.sebaliknya cemburulah pada mereka -brutus hemilton

ismail foo said...

Oops.ulasan tadi saya yang tulis.salah tulis nama. Ismail foo 5 af 2

Unknown said...

"Antara ironi yang aneh berkaitan dengan kehidupan yang aneh ini bahawa sesiapa yang paling kuat berusaha, mengamalkan disiplin yang ketat selain mengenepikan sebahagian keseronokan diri untuk mencapai sesuatu hasrat adalah orang yang paling gembira. Apabila anda melihat 20 atau 30 orang yang berbaris untuk bertanding dalam mana-mana pertandingan marathon, janganlah berasa kasihan atau simpati terhadap mereka. Sebaliknya lebih baik anda mencemburui mereka." -Brutus Hamilton.

Ainil Husna said...

salah satu ironi yang aneh dalam kehidupan yang aneh ini adalah mereka yang bekerja paling keras, mereka yang menerapkan disiplin paling ketat, mereka yang meninggalkan kesenangan tertentu untuk mencapai tujuan tertentu adalah mereka yang paling berbahagia . apabila anda melihat barisan yang mempunyai 20 atau 30 dalam satu perlumbaan , jangan kasihankan mereka atau berasa sedih pada mereka , lebih baik iri hati pada mereka .
Ironi = keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya

(salah satu ironi yang aneh dalam kehidupan yang aneh ini adalah mereka yang bekerja paling keras, mereka yang menerapkan disiplin paling ketat, mereka yang meninggalkan kesenangan tertentu untuk mencapai tujuan tertentu adalah mereka yang paling bebahagia)
Maksud ungkapan ini ialah , insan yang bersungguh sungguh dalam membuat sesuatu hal ataupun insan yang mengorbankan perkara yang disukainya untuk mencapai sesuatu matlamat adalah insan yang beruntung . ini kerana , kehidupan seharian kita yang dipenuhi dengan pancaroba , ujian mahupun dugaan ini memerlukan pengorbanan untuk memastikan impian yang diinginkan selama ini tercapai . saya bagi satu analogi , jika seorang hamba Allah yang ingin mendapatkan keredhaan Ilahi , hamba Allah itu perlulah mengorbankan jiwa , harta segala yang dimiliki di jalan Allah . contohnya Saidina Abu Bakar As Sidiq . Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya . Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam . Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan perjuangan menegakkan kalimah Allah .
(apabila anda melihat barisan yang mempunyai 20 atau 30 dalam satu perlumbaan , jangan kasihankan mereka atau berasa sedih pada mereka , lebih baik iri hati pada mereka . )
Seterusnya , ungkapan ini sesuai dengan hadis nabi iaitu Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari . Islam melarang manusia iri hati terhadap manusia yang lain melainkan dua perkara iaitu :
1) Orang yang dikurniakan harta lalu dibelanjakan harta itu di jalan Allah .
2) Orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan lalu dimanfaatkannya sebaik mungkin .
Sekian , terima kasih .
Sumber : Google dan sekelumit pengetahuan . :)
-AinilHusna-3 Ibnu Khaldun-