Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday 25 April 2013

KOMEN MENARIK

1 – 1 of 1
Anonymous Ali Aminuddin said...

Saya ingin berkongsi sebuah laman web yg menarik mengenai blog teknik mendorong pelajar mengikut cara Nabi Muhammad..sangat bermanfaat utk semua khususnya pendidik.

http://ustazahsitikhadijah.blogspot.com/

http://ustazah-engineer.blogspot.com/

http://khairulaniza.blogspot.com/


CONTOH PAPARAN BLOG TERSEBUT:

Rambut Oh Rambut


" Kenapa kamu gunting rambut begitu?"
"Kamu ingat kamu 'smart' sangat?"
"Kamu mahu jadi apa ha?"
"Buruk betul rupa awak dengan rambut begitu."
"His! kamu ini. Ini sekolah. Bukannya tempat 'rocker' atau gengster."
""Esok, saya mahu lihat.Kalau awak tidak gunting semula rambut awak...."

Mungkin itu antara kata-kata yang  keluar daripada mulut guru apabila melihat rambut Kemai. Itu mungkin amalan lazim. Apabila melihat pelajar melakukan kesalahan, kemungkinan rasa marah menguasai diri. Tidak pun perasaan tidak suka itu ada. Itu bagi kes guru yang garang. Mungkin.

Namun, kemungkinan juga ada juga yang guru menasihati pelajar. Nadanya mungkin lebih lembut dan nada memujuk.

"Buat apalah kamu gunting rambut begitu. Bukannya cantik pun. Macamanalah pula kamu nak 'repair' balik?"

Mungkin juga ada guru yang tidak ambil pusing. Malah mungkin tiada berkata apa-apa.

Pelbagai reaksi yang mungkin diberikan oleh guru.


Saya sedang berjalan di luar kelas 5 Saya Sayang ketika saya terpandang Kemai di dalam kelas. Dia duduk di barisan hadapan. Rambutnya sduah digunting. Namun, fesyennya yang menyakitkan mata  yang memandang. Tebal di tengah-tengah dan nipis (sehingga nampak kulit kepala) di kedua-dua belah tepi, seperti rambut Trojan pun ada,

Saya tidak dapat menahan diri daripada berhenti dan memandang Kemai apabila sampai di pintu depan kelas tersebut. Guru yang sedang berada dalam kelas sedang menulis di papan putih. Saya meminta kebenaran untuk berjumpa Kemai.

Saya hanya mahu menerangkan peraturan kepadanya. Kata saya, " Rambut berfesyen di sekolah tidak dibenarkan,"


Teknik Menerangkan Peraturan

Hadith 'Lelaki Kencing di Dalam Masjid'
Anas bin Malek melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab dari kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian, Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada pergi mengambil air setimba, lalu disirami kecing itu. -- Hadith No. 186 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim


Saya juga tidak mahu menyiasat. Jadi, saya tidak bertanya apa-apa tentang kesalahannya. Tidak pula saya tanya, "Kenapa kamu gunting rambut begini? "
Teknik Tidak Menyiasat Kesalahan

Pelajar-pelajar corot lazimnya bukan hanya corot dalam prestasi akademik, mereka juga banyak melakukan kesalahan melanggar peraturan sekolah, seperti datang lambat, ponteng, buat bising, melawan guru, bergaduh dengan rakan sekolah, tidak membawa buku, tidak menyiapkan kerja rumah dan banyak lagi.
Dalam amalan lazim, apabila pelajar corot melakukan kesalahan, langkah pertama yang dilakukan oleh guru adalah bertanya kepada pelajar itu apa yang mendorong dia melakukan kesalahannya. Tujuannya adalah bagi menyiasat latar belakang di sebalik kesalahan itu. Sebagai contoh guru akan bertanya:
"Kenapa kamu bertumbuk tadi?" (SALAH)
"Kenapa kamu tidak memakai kasut?" (SALAH)
"Kenapa kamu tidak siapkan kerja rumah?" (SALAH)
"Kenapa kamu selalu mengantuk di dalam kelas?" (SALAH)
"Kenapa kamu tidak datang kelas tambahan semalam?" (SALAH)
Teknik Nabi Muhammad: Nabi Muhammad tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan. Dalam hadith di bawah ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan
1. Lelaki itu datang lambat.
2. Dia bercakap kuat di dalam masjid.
3. Apabila ditanya dia tidak mengaku.
Nabi Muhammad tidak bertanya:
"Mengapa kamu datang lambat?" (SALAH)
"Mengapa kamu buat bising sedangkan orang lain sedang sembahyang?" (SALAH)
"Mengapa kamu tidak menjawab apabila saya tanya? Kamu takut saya akan marahi kamukah?" (SALAH)
Dari satu segi Nabi Muhammad macam pura-pura tidak nampak semua kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu.
Hadith rujukan: '12 Malaikat'
Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.'

Seolah-olah Kemai dapat membaca isi hati saya kerana dia terus menjawab soalan yang tanya dalam hati,  "Cikgu, saya tersilap. Saya nak gunting lain. Lain pula jadinya, Habis tu nak buat macamana? Dah jadi macam ini."

Saya hanya mendengar kata-kata Kemai. dan tidak mempertikaikan jawapannya. Saya memerhati rambutnya. Memang tiada jalan lain kecuali memotong rambut dan kalau dipotong rambut maka akan pendek sangatlah sehingga boleh dikatakan  botak.

Kata saya lagi, " Rambut tengah boleh digunting pendek sedikit supaya tidak ketara perbezaannya."

Balas Kemai, "Ok, cikgu. Nanti saya gunting no 2."

Pada keesokannya, Kemai menunjukkan rambut botaknya.Dia tersengih sambil menggosok-gosokkan kepalanya. Katanya, "Cikgu, kawan-kawan gelakkan saya cikgu. Mereka panggil saya botak pula."


Kemai mengadu kepada saya. Simpati pun ada.

Saya jawab, " Penampilan kamu hari ini lebih baik daripada semalam. Kamu telah mengambil tindakan yang tepat. Saya suka. "

Dalam hal ini, saya menggunakan teknik memuji bagi menaikkan self-esteem Kemai.

Dalam teknik ini, pujian diberikan kepada tingkah laku/ perbuatan baik yang dilakukan. Selepas itu dinyatakan impaknya.
Ayat Pujian (Puji perbuatan baik)
Penampilan kamu hari ini lebih baik daripada semalam.
Kamu telah mengambil tindakan yang tepat. (Impak 1) Saya suka. (Impak 2)


Ciri-ciri pujian Nabi Muhammad:
1. Pilih satu kebaikan yang dilakukan oleh orang itu dan berikan pujian serta-merta serta secara terbuka supaya pelajar-pelajar lain dapat mendengarnya.
Sebagai contoh, pelajar itu tidak menyiapkan latihannya, tetapi tulisannya kemas dan mudah dibaca. Jangan sebut isu latihannya yang tidak disiapkan. Sebaliknya, berikan pujian kepada tulisannya yang kemas itu.
2. Pujian itu ditujukan kepada hasil kerja yang dilakukan oleh orang itu, bukan ditujukan kepada diri orang itu.
Contoh pujian yang ditujukan kepada hasil kerja:
"Tulisan kamu sungguh kemas." (BETUL)
"Kamu sudah cuba menjawab semua soalan. Bagus!" (BETUL)
"Saya suka dengan hasil lukisan kamu. Ia sungguh cantik." (BETUL)
Contoh pujian yang ditujukan kepada diri orang itu:
"Kamu pandai menulis dengan kemas." (SALAH)
"Kamu rajin menjawab semua soalan." (SALAH)
"Kamu mempunyai bakat melukis yang baik." (SALAH)
3. Dalam pujian itu nyatakan impak positif perbuatan yang dipuji.
Perkataan 'impak' (impact) bermakna kesan yang terhasil daripada perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, tulisan pelajar yang kemas menghasilkan impak karangannya dapat mudah dibaca oleh guru.
Contoh pujian yang tidak menyebut impak:
"Kamu sekarang sudah pandai membaca dengan lancar." (SALAH)
"Bacaan kamu sungguh bagus." (SALAH)
Contoh pujian yang menyebut impak:"Kamu sekarang sudah pandai membaca dengan lancar. Kamu akan lulus ujian dengan lebih mudah." (BETUL)
"Bacaan kamu sungguh bagus. Apabila kamu terus memperbaiki mutu bacaan kamu itu, kamu boleh menjadi pembaca berita di radio!" (BETUL)
Hadith rujukan: 'Pintu Langit Terbuka'
Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - Catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.


Balas Kemai, " Tapi cikgu, mereka kutuk saya."

Dengan wajah serius., saya berkata, " Abaikan saja.."

Kata Kemai, "Cikgu, semalam ada juga gaya budak samseng. Sempoi saja." Kata-katanya seolah-seolah membayangkan dia menyesal akan keputusan yang diambil.

Saya balas, "Adalah lebih baik seseorang pelajar itu berpenampilan positif  dan terlepas daripada hukuman dan tindakan disiplin  daripada mempamerkan imej negatif dan dikenakan tindakan disiplin pula. Rambut kamu akan tumbuh semula.  Hari ini jauh lebih baik daripada semalam. "

Kemai mengangguk-anggukkan kepala. Kepala diusap-usap. Dia tersengih lagi.



__________________________________

Allahumma solli ala saidina Muhammad!

 Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!

2 comments:

  1. Assalamualaikum Puan,

    Saya suka dengan cerita yang disampaikan. Hasilnya saya dapat guna dalam P n P saya.

    Masalah saya adalah kekurangan skrip kata-kata yang memberi impak spt puan lakukan. Apabila saya dipantau oleh PPD atau JPN, antara kelemahan saya adalah kurang memuji pelajar.

    Bagaimana puan dapat memotivasikan pelajar dengan pujian secara berterusan?
    Reply
  2. Alhamdulillah, selepas membaca tulisan cikgu ni, saya dan isteri berbincang berkenaan nya dan banyak ilmu yang kami dapat. selama ini memang belum pernah dengar ilmu psikologi cara nabi ni, alhamdulillah dapat jumpa di sini. terima kasih
    Reply

No comments: