Hari Anugerah Cemerlang
~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]
Ironi = keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya
(salah satu ironi yang aneh dalam kehidupan yang aneh ini adalah mereka yang bekerja paling keras, mereka yang menerapkan disiplin paling ketat, mereka yang meninggalkan kesenangan tertentu untuk mencapai tujuan tertentu adalah mereka yang paling bebahagia)
Maksud ungkapan ini ialah , insan yang bersungguh sungguh dalam membuat sesuatu hal ataupun insan yang mengorbankan perkara yang disukainya untuk mencapai sesuatu matlamat adalah insan yang beruntung . ini kerana , kehidupan seharian kita yang dipenuhi dengan pancaroba , ujian mahupun dugaan ini memerlukan pengorbanan untuk memastikan impian yang diinginkan selama ini tercapai . saya bagi satu analogi , jika seorang hamba Allah yang ingin mendapatkan keredhaan Ilahi , hamba Allah itu perlulah mengorbankan jiwa , harta segala yang dimiliki di jalan Allah . contohnya Saidina Abu Bakar As Sidiq . Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya . Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam . Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan perjuangan menegakkan kalimah Allah .
(apabila anda melihat barisan yang mempunyai 20 atau 30 dalam satu perlumbaan , jangan kasihankan mereka atau berasa sedih pada mereka , lebih baik iri hati pada mereka . )
Seterusnya , ungkapan ini sesuai dengan hadis nabi iaitu Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari . Islam melarang manusia iri hati terhadap manusia yang lain melainkan dua perkara iaitu :
1) Orang yang dikurniakan harta lalu dibelanjakan harta itu di jalan Allah .
2) Orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan lalu dimanfaatkannya sebaik mungkin .
Sekian , terima kasih .
Sumber : Google dan sekelumit pengetahuan . :)
-AinilHusna-3 Ibnu Khaldun-