Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday, 19 April 2012

RENUNGAN


HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia. Bukan manusia mungkin tidak ada ‘harapan’ di dalam kehidupan mereka. Biasanya apa yang kita harapkan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa mengharap kegagalan kenapa tidak mengharap kejayaan. Sekiranya kita mengharapkan kejayaan, fokus kita pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Kita menjadi rajin, cekap, tekun, sabar, kerja keras, jujur dan sebagainya.

Begitulah sebaliknya. Apabila kita rasakan yang kita tiada harapan untuk maju, tidak punya masa depan, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjuruskan kita kepada sikap tidak baik seperti malas, membuang masa, tidak sabar, putus asa, mengelat dan sebagainya.

Jadi kita boleh memilih apa yang menjadi harapan kita. Pilihlah yang baik!

Wednesday, 18 April 2012

NOTIS MESYUARAT AGONG PIBG & HARI KECEMERLANGAN

Mesyuarat Agong PIBG dan Hari Kecemerlangan sekolah kita akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 29 April 2012 hari Ahad

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Besar 


Usul boleh dikemukakan melalui comments di bawah dengan menulis nama dan handphone tuan/puan.

ASRAMA LELAKI PASANG 3 LAMPU LIMPAH

Terima kasih kepada Ustaz Baihaqi yang menguruskan pemasangan 3 lampu limpah di asrama lelaki.



 

KEMPEN ANTI ROKOK

Orang kuat kempen anti rokok.

 

RENUNGAN

Marilah kita jujur menjalankan tugas masing-masing. Laksanakanlah tugas dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Pelajar hendaklah belajar dengan sepenuh hati dan bekerja keras untuk menempah kehidupan yang lebih senang dari hari ini. Jujurlah dalam menghadirkan diri ke sekolah, membuat latihan, kerja rumah, ikut kelas tambahan dan lain-lain tugas sebagai pelajar.

Bila seseorang itu jujur kepada dirinya sendiri, maka dia akan jujur kepada Allah. Betapa ramai orang mendakwa itu dan ini, mengangkat kelebihan dirinya, akan tetapi dalam hatinya dia tahu dia tidak jujur kepada dirinya. Sekiranya tidak mampu jujur kepada diri sendiri, dan sememangnya seseorang yang tidak jujur itu mengetahui bahawa dia tidak dapat menipu dirinya sendiri, bagaimana dia mahu jujur kepada ibu bapanya, gurunya, dan kawan-kawannya?

Untuk mendapatkan kejujuran dalam diri sendiri agak sukar.  Ramai orang, boleh berkata-kata, akan tetapi, mereka tahu apa di benak hati mereka. Mereka dapat berpura-pura di hadapan manusia lain, tapi mereka sedar mereka tidak dapat berpura-pura dengan diri sendiri. Ayuhlah, sama-sama kita mencari kejujuran diri kita agar menjadi manusia yang berjaya dan hamba Allah yang diredhaiNya.

Tuesday, 17 April 2012

RENUNGAN

KALAU HENDAK BAHAGIA

Kalau hendak bahagia sehari, kita adakan parti,

Kalau hendak bahagia seminggu, kita pergi berkenu,

Kalau hendak bahagia setahun, kita berkebun,

Kalau hendak bahagia sepanjang masa, kita didik anak bangsa!

RENUNGAN

Ya Allah,
ajarkan kami tentang SYUKUR,
saat sempit terhimpit,
saat suka ceria
air mata atau ketawa
setiap tempat dan masa

Dengki itu hasutan syaitan
SYAITAN itu derhaka kepada TUHANNYA..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

SYUKUR...
saat sempit terhimpit
ALLAH ajarkan kita berlapang dada
lelaki dan perempuan ada rezeki,
atas usaha masing masing
tidak usah berhasad dengki
dengki itu SYAITAN..
SYAITAN ITU MENYESATKAN KITA!
SYAITAN itu derhaka kepada TUHANNYA..

SELAMAT DATANG PENGARAH BARU KE JAIP

YB Setiausaha Kerajaan mengumumkan Pengarah JAIP yang baru di satu majlis bertempat di Dewan Syarahan MUIP Pekan.

 YB Setiausaha Kerajaan mengumumkan Pengarah JAIP



  
Pengarah JAIP Dato' Roslan Harun



Sunday, 15 April 2012

BUNGA PUTIH HADIAH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

Bunga yang sangat cantik berkembang di taman Ihsan. Siapa tahu spesis bunga ini sila catatkan dalam ruangan comments.




SEMINAR BAHASA INGGERIS TINGKATAN 5

Seminar Bahasa Inggeris diadakan pada Sabtu 14 April 2012. Pelajar didedahkan dengan kaedah menjawab soalan SPM. Semua pelajar mesti bertekad untuk mendapat A tahun ini. Terima kasih kepada penceramah dan tahniah kepada Cikgu Ili yang menguruskan seminar!







RENUNGAN


MEMBENTUK SIKAP


Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. 
Kita mungkin membesar dengan meniru tingkah laku orang lain.   Contoh:


A - Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang, pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya.  


B - Berani macam ayah, bercakap benar macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam guru dan hormat ibu bapa macam rakan.


Sikap yang mana elok ditiru?

Friday, 13 April 2012

CALON-CALON SPM 2012 HARAPAN 11A

Pelajar tingkatan 5 yang mendapat 8 dan 9 A semasa PMR 2010 diraikan oleh GPK HEM. Mereka ini harapan Ihsan pada tahun ini untuk mendapat 11 A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012. Bagaimana? Kerja keras, rajin, ikut kelas tambahan, buat latihan, solat hajat, doa, restu ibu bapa, .......




dalam flight ke tempat makan!

Marilah kita bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing , mudah-mudahan tercapai hasrat murni ini

Monday, 9 April 2012

BENGKEL PEMANTAPAN SAINS PMR


Nama Kursus

Bengkel Pemantapan Sains PMR 2012.

Objektif

Mendedahkan pelajar kepada kaedah belajar Sains dengan betul.

Membimbing pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran Sains.

Mendedahkan pelajar kepada teknik mengingat yang betul.

Peserta

Semua pelajar Tingkatan 3 SMA Al Ihsan, Kuantan, Pahang – 

196 orang.

2 orang guru pengiring:

1. Cik Nor Shuhaira bt Ramli

2.   Cik Mustabsyirah bt Shahrudin

3. Pn Zarina bt Mohd Nawi

Anjuran

Panitia Sains SMA Al Ihsan, Kuantan, Pahang.

Tarikh, Masa Program

11 April 2012 (Rabu),

8.00 pagi – 12.00 tgh.

Tempat Program

Dewan Besar SMA Al Ihsan, Kuantan, Pahang.

Kos Keseluruhan

Kos ceramah, makan dan penginapan penceramah = RM 300

Kos bahan kursus, modul dan CD = RM 5 per pelajar 
 
= RM 5 x 196

= RM 980

Kos makan pelajar = RM 1.50 x 196 = RM 294

KOS KESELURUHAN = RM 980 + RM 300 + RM 294

= RM 1,574

Sumber Kewangan PETKA = RM1,574

PUM BERNIAGA

Tahniah kepada PUM di bawah pimpinan Ustaz Abdul Aziz yang telah mula berniaga pada Sabtu dan Ahad.... Pengalaman berharga kepada ahli-ahli yang bekerja keras. Ke arah mengujudkan usahawan berjaya! Kena rajin, kerja kuat, tahan cabaran, jujur, amanah,.. dan banyak lagi sifat & sikap yang baik perlu dipelajari. SYABAS IHSAN!






 

Thursday, 5 April 2012

BENGKEL PEMANTAPAN SAINS 2012


 15 April 2012( Ahad), 8.00 pagi – 1.00 ptg.

 
Objektif


2.1 Mendedahkan pelajar kepada kaedah belajar Sains dengan betul.
2.2 Membimbing pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran Sains.
2.3 Mendedahkan pelajar kepada teknik mengingat yang betul.

Pelajar-pelajar Tingkatan 5AK, 5IA dan 5IK SMA Al Ihsan, 

Kuantan, Pahang – 100 orang.


 Enam orang guru pengiring:
  1. Puan Noor Mala Daud
  2. Puan Haidar Abdullah
  3. Puan Zarina Binti Md Nawi
  4. Puan Nurul Asyikin Binti Jantan (SMK Tok Sera)
  5. Puan Nor Marina Binti Mohamad (SMK Tok Sera)
  6. Rosilawati Binti Thman (SMK Tok Sera)


    Kos ceramah, makan dan penginapan penceramah: RM 300
    Kos makan minum pelajar : RM 1.50 x 100 = RM 150.00
    Kos bahan kursus, modul dan CD = RM10 per pelajar 

      = RM10 x 100

    = RM 1000
    Kos keseluruhan = RM 1000 + RM 300 +RM150= RM1450

Wednesday, 4 April 2012

PELAN TINDAKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK (PETKA) 2012

4 APRIL 2012 - Berikut adalah program yang berjalan bulan ini ...



Inventori Ting 3

Inventori Ting 4



29.3.2012
(Khamis)

3.4.2012
(Selasa)



Pelajar didedahkan mengenai kecenderungan diri dalam memilih bidang kerjaya akan datang

Meritokrasi Ting 5


Kerjaya Dan Inventori Ting 5

5.4.2012
(Khamis)

10.4.2012
(Selasa)

Pelajar diberi pendedahan mengenai pengiraan merit dan peluang-peluang kerjaya .






Motivasi PMR dan Jejak Gemilang


Motivasi SPM dan Jejak Gemilang


Motivasi SMA dan Jejak Gemilang


PMR : 7.4.2012
(Sabtu)


SPM : 8.4.2012
(Ahad)


SMA:
28.4.2012
(Sabtu)

Pelajar diberi motivasi diri dan teknik belajar berkesan dalam menghadapi peperiksaan akan datang

 

Tuesday, 3 April 2012

AIR CONDITIONER BILIK GURU PEREMPUAN

3 APRIL 2012 - Ustazah Intan Salwaa melaporkan penghawa dingin bilik guru perempuan telah diperbaiki sepenuhnya. Terima kasih.

Sunday, 1 April 2012

Pageviews by Countries

1 APRIL 2012 - Sehingga hari ini pagewiews ihsankuantan.blogspot.com  adalah seperti berikut:



Pageviews by Countries
Malaysia
6,905

United States
153

Russia
82

Egypt
72

Indonesia
29

Germany
14

United Kingdom
7

Jordan
4

Morocco
3

KERJA MEMBAIKI PAIP BOCOR SEBELAH LAMAN ILMU

1 APRIL 2012 - Kerja-kerja pembaikan masih lagi dijalankan. Objek yang telah rosak adalah benda hitam ini... Umurnya sama dengan umur bangunan sekolah empat tingkat kita ini. Bukannya 20 tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.






Ianya digantikan dengan objek berwarna biru ....





Rupa-rupanya ada satu lagi objek hitam itu yang bocor juga. Sementara waktu ini ianya dibalut dahulu dengan getah hitam. Kontraktor tempah satu lagi. Bila sampai nanti barulah dipasang.


Pelajar Ihsan dinasihatkan tidak terjun ke dalam lubang yang belum ditutup ini!

KEM SAHSIAH CEMERLANG TINGKATAN 1 TAMAT

1 APRIL 2012 - Kem Sahsiah Cemerlang Tingkatan Satu berakhir hari ini jam 1.30 tengah hari. Mudah-mudahan semua peserta mendapat pengajaran yang berguna selama menjalani kem ini. Terima kasih kepada Pengarah dan Fasilitator program yang menjayakannya!