Hari Anugerah Cemerlang
~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]
Thursday, 26 April 2012
USUL MESYUARAT AGONG PIBG
5.1 USUL PERTAMA
Memohon Jabatan Agama Islam Pahang meluluskan peruntukan yang mencukupi bagi membaik pulih serta melengkapkan makmal sains tulen, menyediakan dan membekalkan peralatan serta bahan-bahan pembelajaran amali bagi mata pelajaran fizik, kimia dan biologi untuk memberi peluang kepada pelajar aliran sains mendalami pengajaran dan pembelajaran secara praktikal bagi memantapkan pemahaman dan penguasaan konsep mata pelajaran tersebut.
5.2 USUL KEDUA
Meminta dan memohon supaya Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan menempatkan guru-guru cemerlang atau guru-guru pakar bagi setiap mata pelajaran fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar aliran sains.
LATARBELAKANG USUL
Seramai 40 orang pelajar tingkatan lima yang ada di sekolah ini tahun ini mendapat 5A keputusan UPSR. Pelajar ini layak untuk berada di sekolah berasrama penuh. Namun ibu bapa mereka telah memilih sekolah ini untuk anak mereka. Sehubungan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha bersungguh-sungguh menyediakan kemudahan yang terbaik untuk mereka. Jika 50% dari mereka boleh mendapat 11A semasa SPM bermakna ada 20 orang calon sekolah ini mendapat 11A. Jika 25% mendapat 11A bermaksud ada 10 orang pelajar Ihsan yang mendapat 11A. InsyaAllah sekurang-kurangnya 10 orang pelajar Ihsan boleh memohon kursus perubatan tahun ini jika kita berusaha bersungguh-sungguh.
5.3. USUL IBU BAPA - COMMENTS DARI BLOG INI:
1. nor 0199021917
Cadangan saya:
1.Adakan hari berkomunikasi dalam bahasa melayu ,bahasa arab dan bahasa inggeris bagi guru dan pelajar sepanjang hari persekolahan contohnya hari isnin dan rabu gunakan bahasa melayu hari selasa dan khamis gunakan bahasa inggeris dan hari jumaat bahasa arab. jadi taklah hanya ustaz hani saja yang ckp arab.
2.Adakan"sport talk " dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu untuk pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 pada perhimpunan hari isnin.contoh: berikan tajuk karangan dan undi seorang pelajar naik ke pentas untuk ulasan tajuk tersebut.
3.Adakan'zebra crossing' depan sekolah untuk keselamatan pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
2015 dijangka berlaku kebanjiran doktor di malaysia..sedangkan banyak lagi bidang yang belum diterokai dan dipelopori oleh rakyat malaysia..mengapa jika pelajar itu mendapat semua A perlu mengambil bidang perubatan?seharusnya mereka didedahkan dengan prospek kerjaya yang lebih luas..minta pengetua adakan ujian kerjaya terhadap pelajar agar mereka boleh memilih kerjaya yang betul2 mereka minati..
Assalamualaikum
First of all thank you to the Principal of SMA Al-Ihsan in changing the way of Al-Ihsan right now. I noticed many improvements in this school such as this blog. I also notice some improvements in teachers that now always entering the classes in time. Before this I have many complaints from my daughters that some teachers skip classes. I also agree with the proposal to invite professional teacher in teaching critical subject such as physic, additional math, chemistry, and biology. This method is actually normal in ordinary school (non Islamic) which they always invite professional teacher to teach especially science students in better understanding and boost their performance in the exam but rarely seen in Islamic school (SMA). Besides that I also hope this school to cut the assembly except in Monday because it is just a waste of time. There are too many subject to learn in such a short time, please I hope that my effort in entering my two daughters in this school is right decision and I hope this school can make my daughters become excellent in both fields academic and religion. I also like to suggest Principal to imitate my nephew’s school (Tahfiz Pahang Institute) in creating an active department for English and Arabic language. His school is very active in talking in English and Arabic even when giving the tazkirah. This is the way it should be for Islamic school not only good in religious such as be an imam know the Quran but also excellent in academic profession in order to lead the future world in professional and Islamic way. Thank you very much and may Allah bless you.
saya sokong penuh, dgn komen diatas!! ini adalah komen drpd org cerdik pandai yg dpt menilai tentang kebaikan dan keburukan.. semoga guru cemerlang menjadi kenyataan dtg ke ihsan.. AMIN..marilah sama2 kita berdoa..
Post a Comment