Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Sunday, 27 May 2012

CONTOH KERJA ORANG JEPUN

Petikan ini diambil dari buku 'DOKTOR UMUM' memoir Tun Mahathir :


...cara orang Jepun memasak tempura melambangkan sikap mereka terhadap kerja. Ada sahaja yang perlu dibuat bagi mengisi masa dan mereka tidak pernah duduk diam. Dapur keluli tahan karat dan periuk belanga dibasuh serta dikilatkan setiap kali diguna sehingga bersinar seolah-olah tidak pernah digunakan. Semua kelengkapan dapur diatur dengan rapi. Sisa makanan dibuang segera agar tidak kelihatan dan pinggan pelanggan diganti sebelum nampak kotor. Tukang masak menyambut pelanggan dengan penuh sopan. Apabila beliau selesai memasak, kaunter dibersihkan sehingga cerah dan bersinar semula. Sebelum beredar untuk melayan pelanggan di kaunter lain, tukang masak memberi tunduk hormat penuh kesantunan. 


Jika pendekatan berkerja begini dilaksanakan oleh kita semua di sekolah ini bagaimana agaknya hasil yang akan kita dapat? 


Satu contoh terbaik yang dilakukan oleh pelajar Ihsan ialah membaca buku sambil berjalan menuju dewan makan dalam minggu peperiksaan. Jika amalan ini boleh dilakukan berterusan mungkin ramai pelajar yang akan mendapat banyak A di dalam sijil PMR dan SPM mereka. Adakah perbuatan ini satu perkara yang sangat susah untuk dilakukan?

No comments: