Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday, 24 May 2012

RENUNGAN IBU BAPA


Mendidik anak pada zaman i-pad, i-phone, hand phone dan internet amat berbeza dengan zaman typewriter, zaman papan kapur, atau zaman papan batu. Ibu bapa kini perlu memiliki kemahiran kaunseling supaya dapat membantu menyelesaikan masalah anak-anak khususnya anak-anak pada peringkat remaja tingkatan 1-5. Cara kekerasan mendidik anak seperti mana sesetengah orang tua dulu yang membalun anak dengan kayu api.. amat janggal pada zaman sekarang. Perbincangan diperlukan dalam mencari punca masalah, menyelesaikan masalah atau memberi harapan tertentu kepada anak.

Sebelum kaunseling boleh dilakukan, pastilah ibu bapa berkenaan perlu memiliki peribadi yang baik dan dihormati. Sekiranya ibu bapa sendiri sering melanggar peraturan khususnya melanggar peraturan agama seperti berjudi, minum arak, menipu, tidak sembahyang, curang kepada pasangan, malas atau sentiasa keluar malam lepak dengan kawan-kawan dan sebagainya maka pastilah misi kaunseling yang akan dilaksanakan terhadap anak-anak menambahkan lagi kekeliruan kepada mereka.

Di manakah ibu bapa boleh belajar perkara-perkara asas ini?


Jika anak melakukan kesalahan bagaimana membetulkannya?


Jika bapa berbuat silap kepada anak bagaimana mengakuinya dan membetulkannya?


Jika bapa telah 10 tahun lari dari rumah mengabaikan tanggung jawab kepada keluarga bagaimana menebus semula kesilapan seperti itu?


No comments: