sangat gigih guru2 mngadakan kelas tambahan..semoga semua pelajar memperolehi kejayaan yg cmrlang didlm peperiksaan yg dihadapi..semoga sma Al-ihsan melakar sejarah lagi..insya allah..ameen
11 November 2012 21:54
-------------------------------------------
Berikut adalah persetujuan dialog:
FRIDAY, 21 SEPTEMBER 2012
DIALOG BERSAMA IBU BAPA CALON PMR DAN SMA 2012
Satu dialog telah berlangsung pagi tadi dengan beberapa persetujuan telah dicapai bagi membantu pelajar mencapai keputusan yang lebih cemerlang dari peperiksaan percubaan mereka. Pelajar PMR ada 2 minggu dan pelajar SMA ada 4 minggu sebelum peperiksaan sebenar.
Sehubungan dengan itu, atas kemampuan kewangan PIBG & PETKA, saguhati yang boleh dibayar adalah mengikut kadar RM20 sejam berjumlah RM8,020.
PERSETUJUAN :
- Mengadakan peperiksaan percubaan kedua.
- Mengambil soalan percubaan dari negeri-negeri lain, MRSM, asrama penuh dan mana-mana soalan yang bagus.
- Mengadakan kelas tambahan sehingga hari peperiksaan. Jika ada hari rehat semasa minggu peperiksaan kelas tambahan hendaklah diadakan juga.
- Memantau pelajar supaya menghadirkan diri ke kelas tambahan.
- Membayar sagu hati kepada guru-guru yang membuat kelas tambahan dengan bayaran tidak lebih dari RM50 sejam. Bayaran ini menggunakan tabung PIBG. Bendahari hendaklah menganggarkan peruntukan yang diperlukan dan menetapkan bayaran sejam saguhati tersebut.
- Memberi hadiah kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan cemerlang di dalam subjek mereka.
Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengadakan kelas tambahan dan menyediakan soalan serta nota.
1 comment:
sangat gigih guru2 mngadakan kelas tambahan..semoga semua pelajar memperolehi kejayaan yg cmrlang didlm peperiksaan yg dihadapi..semoga sma Al-ihsan melakar sejarah lagi..insya allah..ameen
Post a Comment