Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Tuesday 31 January 2012

TEMPAT MAKAN DALAM TAMAN DALAM PEMBINAAN

En Idros sedang menyiapkan tempat makan pelajar di dalam taman. Apabila siap semuanya nanti pelajar boleh makan dengan selesa. Projek ini sebagai langkah menambah ruang makan waktu rehat kerana ruang kantin yang kecil.





SEMINAR KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 2


Tahniah kepada pelajar tingkatan 2 yang menyertai seminar kemahiran belajar pada 31 Jan 2012 di dewan besar sekolah. Terima kasih kepada Pn Wan Saadah dan pasukannya yang menguruskan seminar ini. Semoga Ihsan bertambah cemerlang!



PROJEK TANGKI AIR TAK MENJADI

Enam tangki air sepatutnya digunakan untuk takung air mandi tetapi tidak mendapat sambutan dari penghuni asrama lelaki. Air dibiarkan kotor dan paip dipusing untuk pancurkan air ke atas. Siapa ada cadangan nak buat apa dengan tangki ini?


Bagi meraikan penghuni yang suka mandi air pancur sebanyak 5 pancur baru dibuat pada dinding. Air memang laju! Jimat-jimatlah mandi. Nanti bil air melambung!
 

KANTIN GURU MACAM HOTEL ADA BINTANG!

Tahniah kepada guru Ihsan yang mendapat kantin baru seperti hotel 5 bintang. Selamat menjamu selera! Jaga badan! Pencen 60! Takut tak sempat........

 

'TABLE TOP' BASUH KAIN DALAM PEMBINAAN

Penghuni asrama akan mendapat tempat basuh kain yang cantik tidak lama lagi. Jangan guna meja peperiksaan yang berwarna biru untuk tempat basuh kain. Nanti tidak ada meja nak periksa!


 

KOLAH ASRAMA LELAKI DALAM PEMBINAAN

Sebahagian dari langkah yang diambil untuk mengatasi masalah air di asrama lelaki. Semua penghuni asrama hendaklah menutup semula paip yang dibuka walaupun tidak ada air!


SABTU YANG CERIA DI IHSAN

Penghuni asrama yang riang bermain bola tampar!

 

Saturday 28 January 2012

KURSUS PENGAWAS 1/2012

Kursus pertama telah diadakan pada 28 Januari 2012. Banyak perkara telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh barisan pengawas yang berwibawa. Semua pengawas bersemangat tinggi untuk menjadikan Ihsan tempat belajar yang paling bagus dan paling selesa.



Wednesday 25 January 2012

LANTIKAN PENGAWAS 2012

Selamat bertugas kepada semua pengawas yang baru dilantik. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ihsan sebuah tempat yang paling seronok belajar!