Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Friday 29 June 2012

MINGGU ANTI COUPLE


Tarikh:
16-20 JULAI 2012
Tempat:
Sekolah Menengah Agama Al-ihsan

Tema:
Single is Simple,Couple is Trouble
Pelajar Kumpulan Sasaran:
Tingkatan 1-5 



MINGGU PERTAMA: 
2 JULAI -6 JULAI 2012
PERTANDINGAN POSTER.

MINGGU KEDUA:
9 JULAI- 13 JULAI 2012
COMIC SKETCHER.

MINGGU KETIGA: 
16 JULAI- 20 JULAI 2012
ARTIKEL
PAMERAN
CERAMAH

JAWATAN KUASA PENGANJUR

PENGARAH PROGRAM:
ALIF BIN AMIRUDDIN

TIMBALAN PENGARAH:
FATIMAH NABIHAH BINTI MOHD ZAKI

SETIAUSAHA:
NORHAYAT BIN MOHD

NAIB SETIAUSAHA:
SITI NADHIRAH BINTI MAHDAR AJUNA

BENDAHARI:
ABDUL HAYYIE BIN ABDUL RAHIM

TIMBALAN BENDAHARI:
NURUL FARHANAH BINTI NORDIN

JEMPUTAN DAN PROTOKOL:
ANWARUL HAKIM BIN AMINUDIN
NATASYA ADDAWIYAH BINTI CHE RAZALI

PERSIAPAN TEMPAT:
AHMAD FAHMIE BIN SHAHARUDDIN
SITI HAJAR BINTI MASRAN

TEKNIKAL DAN TUGAS-TUGAS KHAS:
AHMAD ALIFF EIZZUDDIN BIN MAT YANI
FATIN NABILAH BINTI MOHD HAFIZ

PUBLISITI:
MOHAMAD AMIRUDDIN AL-BAQI BIN MOHD SHARIF
ABDULLAH AS-SYAFIQ BIN ABDULLAH SUBRI

PENGISIAN DAN ROHANI:
SHAHIR ARSHAD BIN MOHD IDROS
FARAH HANIS BINTI RAZALI

HADIAH DAN CERAMAH:
MUHAMMAD MUTA’ALI BIN RUZAIDI
NURUL NAJIHAH BINTI ZULKEFLI
NUR AINA SYAFIQAH BINTI MAT NASIR

Thursday 28 June 2012

PEMANTAUAN 4K

Tiga orang Ahli Panel yang mengadili pertandingan 4K sekolah agama Pahang telah mengunjungi Ihsan hari ini. Dari maklum balas yang diperolehi sekolah kita tersenarai di dalam kategori yang boleh menang. Kita telah menerima 4 Anugerah Menteri Besar Pahang di dalam pencapaian peperiksaan PMR, SMA dan SPM. Kita telah melaksanakan 5S. Kita telah menunjukkan persekitaran yang bersih, cantik, dan selesa. Kita juga telah mengemukakan 3 inovasi iaitu: mp3 Lagu Sekolah, bacaan Al-Quran yang dikawal komputer, Taman Herba dan binaan kolam ikan dengan air terjun. TAHNIAH SEMUA!



PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Terima kasih kepada Puan Pesah, GPK Ko Kurikulum, Encik Mahtar, GPK Hal Ehwal Murid dan Puan Siti Zubaidah, Setiausaha PBS yang menguruskan Taklimat komponen PAJSK.





SU PBS dan guru-guru yang terlibat boleh tambah laporan dengan menulis di dalam comment di bawah.


MAKLUMAN DARI MEJA GPK HEM & KOKO


Pelajar-pelajar Ting 1 lelaki-ujian SEGAK akan diadakan di Surau lelaki pada pukul 8 pagi manakala pelajar perempuan berada di bilik seminar bersama guru-guru praktikum UPSI pada:

Tarikh:29.6.2012
Hari:Jumaat.

pelajar-pelajar Ting 4 berada di surau perempuan untuk program SMA.

pelajar ting 2,3 mengambil keputusan peperiksaan setengah tahun di Dewan Besar SMAI.

Pelajar-pelajar Ting 5 mengambil keputusan di Kelas masing-masing.

-Dari GPK HEM dan GPK KOKURIKULUM>

Wednesday 27 June 2012

SEMINAR SPM 2012

Terima kasih kepada Puan Normaziah yang menguruskan seminar ini. Semua calon SPM 2012 hendaklah bersungguh-sungguh menghadirinya. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk mengetahui maklumat penting mengenai kaedah-kaedah mendapatkan markah yang tinggi di dalam pelajaran yang berkenaan.



JADUAL SEMINAR MATA PELAJARAN SPM 2012

HARI/TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
PENCERAMAH
SELASA
03/07/2012

7.40-10.30 PAGI
10.30-11.00 PAGI
11.30-1.30 TGH
PQS
REHAT
B.MELAYU
PUAN FAIRUZ ADIBAH BT SHARIF

EN.ABDUL RAZAK BIN YAHAYA
RABU
04/07/2012
8.30-10.30 PAGI


10.30-11.00 PAGI


11.00-1.00 TGH


2.00 - 5.00 petang
B.ARAB

REHAT

P.AKAUN

SEJARAH
PUAN W. SAADAH BT W. ABD RAHMAN



PUAN YEOH




PUAN RASHIDAH DERASID
KHAMIS
05/07/2012


 BELAJAR SEPERTI BIASA
JUMAAT
06/07/2012





BELAJAR SEPERTI BIASA
SABTU
07/07/2012


9.00-11.00 PAGI B.INGGERIS PUAN JALILAH BINTI SALIM

Monday 25 June 2012

KEM SAHSIAH CEMERLANG TINGKATAN 2

Kem ini telah diadakan pada 23-25 Jun 2012. Terima kasih kepada guru-guru dan AJK yang menjayakan kem ini. Tahniah kepada peserta yang berjaya mengikuti sepenuhnya kem ini.







GURU PELATIH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Sekolah kita sungguh bertuah kerana menerima 10 orang guru pelatih UPSI seperti berikut:




KEMAHIRAN HIDUP:
Nurulsyuhada binti Muhamed
Norhidayah binti Borhanudin






PERAKAUNAN:
Madihah binti Mazlan
Najwa Faatihah bin Md Bakeri





MATEMATIK:
Arshad bin Mamat @ Nawi
Mohd Zaid bin Salleh



SAINS:
Suardi bin Nanang
Mohd Aidil Ubaidillah bin Razilan



SEJARAH:
Nurul Jannah binti Zakaria 
Nurul Janah binti Samsudin







TERIMA KASIH JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Terima kasih kepada pegawai-pegawai JPAM yang membantu membaiki kerosakan pepeleh asrama perempuan.





Wednesday 20 June 2012

HADIAH MENTERI BESAR PAHANG

Tahniah kepada semua warga Ihsan yang berusaha keras, tekun, sabar dan ikhlas sepanjang masa mencapai kejayaan ini. 


Sekolah kita mendapat EMPAT hadiah :


1. Sijil Menengah Agama 2011 - JAIP
2. Penilaian Menengah Rendah 2011 - JAIP
3. Sijil Pelajaran Malaysia 2011 - JAIP
4. Lonjakan Saujana Sijil Menengah Agama 2011


IMG_3498







Renungan : bagaimana kita boleh mengekalkannya?

Tuesday 19 June 2012

TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Tahniah kepada tiga orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini:


Puan Kamariah 
Puan Wan Saadah
Puan Nor Rashidah







PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR TAMAT LATIHAN ILMIAH

Dua orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang mengikuti Bachelor of Arabic as a Second Language mengakhiri latihan ilmiah mereka di Ihsan. Terima kasih kepada Cik Nor Hanisah dan Cik Musarofah yang memilih Ihsan sebagai tempat menjalani latihan selama tiga bulan. 



Ihsan sentiasa mengalu-alukan pelajar dari KUIS untuk menjalani latihan ilmiah di tempat kami.

Monday 18 June 2012

KURSUS SEMBELIHAN

Pelajar asrama telah menjalani kursus sembelihan dengan jayanya pada 16 Jun 2012. 





PERJUMPAAN STAF BUKAN GURU

Perjumpaan antara Pengetua dan GPK dengan staf diadakan 2 kali sebulan. Antara keputusan yang diambil kali ini adalah :
1. Memasang paip terus ke dalam makmal.
2. Menutup tandas tingkat 1 makmal.
3. Memasang paip terus ke tangki tandas makmal tingkat bawah.
4. Mohon pertolongan JPAM untuk guna tangga memaku semula pepeleh asrama perempuan yang hendak jatuh.




CARA SENANG UNTUK SENTIASA BERMOTIVASI

Sungguh senang untuk jadi orang tidak bermotivasi. Bagaimana? Fikirkan masalah-masalah kita, gabungkan dengan emosi-emosi berkuasa tinggi seperti tertekan, marah, kecewa, putus asa atau tiada harapan. Tambah lagi dengan postur badan yang menampakkan kurang bersemangat, dan tambah dengan air muka yang masam sepanjang hari. Lengkap!

Inilah yang banyak berlaku di sekeliling kita. Namun, terdapat juga cara senang bagaimana untuk jadi orang bermotivasi. Caranya sama dengan cara tadi, cuma berbeza halanya. Tukar postur badan, tukar air muka dengan banyakkan senyum, dan paling penting sekali, tukar cara berfikir kita. Fikiran akan mempengaruhi tindakan, lantas menampakkan kesan berlainan. Mudah!

Sukar untuk jadi orang yang ada motivasi apabila kita tida ada apa yang kita hendak capai. Kita mesti ada matlamat, baru ada motivasi. Mesti ada kemahuan, barulah motivasi muncul. Sebagai contoh, untuk menang dalam computer games pun perlukan motivasi, kita perlukan semangat untuk terus bermain walaupun pernah dikalahkan sebelumnya. Apakah matlamat kita berada di sekolah? Adakah kita orang yang bermotivasi tinggi? Mungkin matlamat untuk mencapai 50 orang calon SPM 11A boleh menjadikan kita sentiasa bermotivasi tinggi di sekolah ini... :) ..

Friday 15 June 2012

IHSAN MENYERTAI DEBAT ANTARA SEKOLAH MALAYSIA KE 11 DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Pelajar-pelajar yang bersemangat waja mewakili Ihsan menyertai debat tersebut pada 15-20 Jun 2012. 




Terima kasih kepada Puan Maimunah, Puan Salbiah dan Cik Ili yang menguruskan pasukan Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris. 


Tahniah kepada pelajar yang berani menyahut cabaran bertanding peringkat Malaysia!


Rombongan ini telah berlepas ke UIA Gombak pada jam 11.15 pagi menaiki van sekolah yang dipandu oleh Encik Nizam dan dibantu oleh Encik Idros.

Wednesday 13 June 2012

ASRAMA PUTERI PERLU PEMBAIKAN SEGERA

Pembaikan segera diperlukan bagi mengelakkan bahaya kepada penghuni asrama puteri.




ELEKTRIK BANGUNAN MAKMAL ROSAK

Pelajar tingkatan lima al-farabi telah membuat aduan yang menyatakan kipas di dalam kelas mereka tidak berpusing. Kontraktor telah dipanggil untuk membetulkan keadaan switch breaker yang memotong bekalan secara automatik bila suis besar dipasang. Ada litar pintas yang perlu dibaiki.

Tuesday 12 June 2012

PAIP BANGUNAN MAKMAL BOCOR DI DALAM DINDING DAN LANTAI

Bangunan makmal mengalami kebocoran paip yang merentasi dinding dan lantainya. Beberapa kerja pembaikan telah dijalankan namun masalah ini tidak selesai sepenuhnya. Tanda-tanda air meresap boleh dilihat di tangga utama. Sehubungan dengan itu semua laluan paip telah dimatikan. Tandas tingkat satu tidak boleh digunakan. Tandas tingkat bawah sedang diubahsuai supaya air tangki disalurkan dari paip utama kerana tangki di atas bangunan telah dikosongkan.







Diharap pelajar-pelajar dapat bersabar dengan keadaan ini. Kontraktor telah mengemukakan anggaran pembaikan sebanyak RM24,000.00 untuk kerja-kerja water proofing. Peruntukan sedang diusahakan.

Monday 11 June 2012

SEKOLAH DIBUKA SEMULA

Sekolah dibuka semula setelah kita bercuti dua minggu. Peperiksaan semakin hampir. Semua orang kena kerja keras untuk mendapat keputusan yang baik. Guna semua sumber yang ada untuk capai tujuan tersebut. Semua orang boleh melakukannya!

Friday 8 June 2012

NIAT BELAJAR


Keluar rumah tidak memasang apa-apa niat
Rugi!
Belajar tidak ada niat 
Buang masa
Membaca tidak ada matlamat hanya sekadar ingin tahu
Sia-sia sangat umur kita
Niatlah untuk berjaya
Dunia dan selepasnya
Seluruh hidup kita menjadi ibadah
InsyaAllah berjaya!

Thursday 7 June 2012

MEMBAIKI LAMPU KAWASAN

Lampu kawasan yang menerangi jalan pelajar asrama lelaki untuk ke dewan makan telah siap dibaiki.






MENGECAT KOLAM IKAN

Kerja-kerja mengecat kolam sedang dijalankan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan kerja-kerja ini.



KEPALA PAIP TEMPAT WUDUK ASRAMA LELAKI HILANG

Semua kepala paip tempat mengambil wuduk asrama lelaki telah hilang!




Friday 1 June 2012

MOTIF BUNGA

Terima kasih kepada Encik Norlan yang telah membaik pulih motif yang sangat cantik ini.




Di mana letaknya motif ini?

ASRAMA LELAKI DAPAT PINTU TANDAS BESI




Tiga buah pintu tandas besi yang kuat telah dipasang di tandas asrama lelaki.