Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Monday 30 September 2013

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR PMR, SMA DAN SPM

Pagi tadi semua pelajar berkumpul di dewan besar. Pelajar PMR, SMA dan SPM diberikan alat tulis untuk menjawab periksa. Kemudian semua pelajar bersalaman dengan guru. Selamat menjawab! Jawab bersungguh-sungguh. Jangan sekali-kali tidur dalam dewan periksa!

Monday 23 September 2013

WAKAF PIBG

Progress kerja hingga hari ini.
 

IHSAN VOICE LANCAR ALBUM SULUNG

Tahniah kepada Ihsan Voice yang telah berjaya menerbitkan album sulung mereka.

Pelancaran album di sekolah.

Menang saguhati kedua Pertandingan Cipta Lagu  Nasyid di Festival Ramadan.

Sunday 22 September 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN JAIP

Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

 Guru yang menerima hadiah cemerlang.


 Lagi guru yang menerima hadiah cemerlang.

Pelajar dan guru yang menerima hadiah cemerlang dengan 5 cek yang dimenangi. Nak buat apa dengan duit hadiah?

KOMEN:

Anonymous said...

first,kenduri kesyukuran utk dirasai oleh semua guru,kakitangan, pljr & pibg sbb x semua warga ihsan menyaksikan detik bersejarah di dewan jubli perak smlm.semua warga ihsan byk memberi sumbangan bakti hingga terhasil kemenangan dan kecemerlangan

22 September 2013 12:40
 

Anonymous said...

Alhamdulillah.murah rezeki tahun ni.harap mudir guna sebahagian drpd rezeki tu utk buat dinding surau sekaligus pasang kipas.terima kasih

22 September 2013 14:42
 
Anonymous said...

asalamualaikum sy cdgkan mudir siapkan binaan surau...mudir simenkan tmpt wudhuk pn dh kire alhamdulillah... selamat sikit banat nk berwudhu'..sbb langsir tu kdg2 bertiup angin atau pun mudir buat korban then masak rmai2 mcm thun lepas...ini cdgn sy...

22 September 2013 16:21  


Anonymous said...

Alhamdulillah,ihsan tetap berada di tahap yg cemerlang. Namun kita kena beringat, setiap nikamt dan musibah itu adalah ujian Allah kepada kita. Maka muhasabahlah kita kerana setiap pelajar bagi setiap tahun berbeza.Mengekalkan kecemrlangan sesuatu yang sukar, namun tidak mustahil dengan kerjasama semua pihak dan kemudahan segala infrastruktur dan motivasi daripada semua pihak tanpa mengenal jurang atau tahap kemampuan pelajar samada aliran sains mahu pun sastera dan perakaunan.Semua perlu diambil kira.Kekuatan rohani asas segalanya. Maka antara cadangan saya, wang yang dimenangi tersebut, gunalah untuk membangunkan kembali surau al-ihsan. Saya sebagai bekas pelajar al-Ihsan di era 80 an agar terkejut kerana waktu saya dulu suraunya cantik, namun di era 2000 ini, lain pula coraknya. Rasa terguris juga hati ini.Mohon kembalilah semula kegemilangan al-ihsan khususnya di bidang kerohaniannya kerana in menjamin kecemerlangan yang lainnya. Tahniah untuk semua warga al-ihsan

24 September 2013 19:06

Thursday 19 September 2013

SOLAT HAJAT

Jemput semua ibu bapa pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR pada 2 Oktober 2013 ini.
 

Tuesday 17 September 2013

BINA SETOR BARU

JAIP telah meluluskan peruntukan bina setor baru. Kerja telah dimulakan.

Friday 13 September 2013

SEMUA PELAJAR ASRAMA BALIK KE RUMAH

Semua pelajar asrama balik rumah hari ini. Isnin cuti Hari Malaysia. Baca buku tak boleh cuti! Guru yang buat kelas tambahan boleh pos kenyataan di sini.

REXONA AGIHKAN SAMPEL

Semua pelajar dapat sampel Rexona hari ini. Terima kasih Encik Azman dari Unilever!


Wednesday 11 September 2013

SYAFAWI AL-QURAN SIJIL MENENGAH AGAMA PAHANG

Peperiksaan Syafawi Al-Quran Sijil Menengah Agama Pahang telah bermula sejak Isnin 9 September lalu. Harap semua calon berusaha bersungguh-sungguh. Selamat berjaya!

Sunday 8 September 2013

DIALOG IBU BAPA PELAJAR MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2013

Hari ini jam 9.15-11.30 pagi berlangsung perbincangan diantara guru dan ibu bapa pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama tahun ini. Dialog ini telah diadakan di bilik seminar. Terima kasih dan tahniah kepada 55 orang ibu dan bapa hadir. 

Friday 6 September 2013

TARIKH AKHIR HANTAR PERMOHONAN TINGKATAN 1

Hari ini adalah tarikh akhir hantar borang permohonan tingkatan satu.

IBU BAPA AMBIL KEPUTUSAN PERCUBAAN PMR

Hari ini ibu bapa dijemput ke sekolah mengambil keputusan Peperiksaan Percubaan PMR anak mereka. Ramai datang. Terima kasih!