Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Monday 30 April 2012

DIALOG IBU BAPA 19 MEI 2012

Satu dialog bersama ibu bapa akan di adakan pada 19 Mei 2012, Sabtu ketiga bulan ini jam 8.30 pagi. Semua ibu bapa boleh menyatakan kehadiran dengan menghantar comments di bawah dan menulis isu yang hendak dibincangkan. Isu sedia ada yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Penempatan guru cemerlang PPD.
2. Program kecemerlangan pelajar SPM.
3. Program pemantapan Bahasa Inggeris 
4. Program pemantapan Bahasa Arab
5. Kualiti makanan asrama.
6. Masalah air asrama lelaki

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK/PANTUN/SYAIR APRIL-MEI 2012

Setakat ini hanya satu karya sampai ke blog ini. Pertandingan masih terbuka sehingga 31 Mei 2012. Warga Ihsan dijemput menghantar karya masing-masing.

KELAS BAHASA ARAB PERBUALAN

Kelas Bahasa Arab Perbualan akan diadakan setiap hari Selasa dan Khamis setiap minggu. Hari Selasa untuk pelajar tingkatan dua dan hari Khamis untuk pelajar tingkatan satu. Kelas pertama bermula Khamis ini, 3 Mei 2012 jam 3.00-5.00 petang. Pelajar yang berminat boleh mendaftar dengan Ustaz Hany. Kelas akan diadakan di bilik seminar.