Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Wednesday 29 February 2012

TAEKWANDO IHSAN

29 FEB 2012 - Ahli kelab taekwando ihsan menjalani latihan setiap minggu.




LATIHAN MASISUPA 2012 ZON DUA

29 FEB 20012 - Latihan sedang giat dijalankan. Bersungguh-sungguh untuk menjadi juara!




Sunday 26 February 2012

PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN


01.Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT 


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]


02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati


"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]


03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.


"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia." [23:3]


04.Prihatin sesama kita


"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]


05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan


"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka dalam hal ini tiada yang tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]


06.Jujur, amanah


" dan orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya."[23:8]


07.Tepati waktu


"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]


Pelajar ihsan dijemput menulis artikel 'Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran' berpandukan tulisan di atas. Karangan yang paling bagus akan mendapat hadiah istimewa semasa perhimpunan pagi Isnin sebelum cuti nanti. Hantar karangan anda kepada ihsankuantan@yahoo.com.my.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Semua orang mempunyai kemahiran berfikir, tetapi tidak ramai yang menggunakannya secara berkesan. Kemahiran berfikir secara berkesan tidak diajar di dalam kelas oleh itu ianya mesti dibina sepanjang hayat. Pemikir yang baik melihat banyak penyelesaian di mana orang lain hanya nampak jalan-mati. Jika anda bukan seorang pemikir yang baik, bermulalah sekarang dengan membina tabiat yang membuat anda bertanya diri anda soalan-soalan berkaitan semasa anda membaca sesuatu. Berbincanglah dengan pelajar-pelajar lain yang anda rasa mereka adalah pemikir yang baik. Pemikir yang baik selalunya mereka yang berdisiplin, mendapat markah tinggi di dalam peperiksaan, bersopan dan lain-lain sikap yang bagus. Bertanyalah kepada mereka apakah yang mereka lakukan apabila mereka berfikir secara kritis atau kreatif. Sering kali, anda boleh mengambil pandangan yang bernilai untuk membantu anda menjadi seorang pemikir yang lebih baik. SELAMAT BERFIKIR!

PAGEVIEWS BY COUNTRIES

26 FEB 2012 - Untuk makluman pengunjung blog ihsankuantan, berikut adalah statistik pageviews by countries setakat hari ini: 
Malaysia 3,505
United States 45
Russia 30
Germany 10
United Kingdom 7
Indonesia 6
Egypt 4
Jordan 3
Morocco 3
Hong Kong 1
Siapa agaknya pengunjung-pengunjung ini?

Saturday 25 February 2012

PELAWAT TINGGALKAN KOMEN, PANDANGAN, KARYA....

25 FEB 2012 - Semua pelawat yang singgah di ihsankuantan ini dipelawa meninggalkan komen, pandangan, karya dan sebagainya yang boleh dijadikan panduan kepada kami warga ihsan. Pelawat dari US, Russia dan UK yang mengikuti kursus medic boleh menulis pengalaman mereka di sana sebagai inspirasi pelajar-pelajar ihsan sekarang. Gambar dan potret saudara-saudari sangat dialu-alukan! Sila hubungi emel kami ihsankuantan@yahoo.com.my.

Friday 24 February 2012

PELAJAR ASRAMA BALIK RUMAH

24 FEB 2012 - Hari ini pelajar asrama diarahkan balik ke rumah masing-masing bertemu keluarga. Tunjuk tingkah laku yang dipelajari di asrama. Solat, wirid, baca quran dan sebagainya. Sampaikan salam guru dan staf kepada ibu dan bapa kalian.

KOLAM TELAH DIBAIK PULIH

Tahniah kepada Puan Minah dan AJK Keceriaan kerana telah berjaya membaik pulih kolam yang sekian lama terbiar. Banyak perkakasan telah dipasang seperti ; pam air, penapis dan sistem paip. Ikan juga telah dilepaskan seperti ; tilapia dan patin.
Siapa ingat bila kolam ini dibina dan kenangan istimewa dengannya  boleh hantar komen.... 






Thursday 23 February 2012

KOLAH DAN TABLE TOP BASUH KAIN SIAP

23 FEB 2012 - Sebagai langkah mengurangkan masalah putus air di asrama lelaki satu kolah telah dibina dibelakang bangunan asrama. Ianya telah siap dan boleh digunakan. Manakala table top itu untuk digunakan membasuh kain. Mengelakkan pelajar menggunakan pintu tandas,  meja dan kerusi sebagai alas basuh kain.



WANG BANTUAN KERAJAAN RM 100 DISERAH KEPADA IBU BAPA

23 FEB 2012 - Wang bantuan Kerajaan RM 100 diserah kepada ibu bapa hari ini. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia! Terima kasih YAB Perdana Menteri!



Ibu bapa yang datang mengambil wang bantuan.




 

TUAN RUMAH ILMIAH MASISUPA ZON DUA 2012

22 FEB 2012 - Ihsan menjadi tuan rumah acara ilmiah bagi zon dua. Acara ilmiah akan berlangsung pada 4 Mac 2012. Manakala acara sukan akan berlangsung pada 3 Mac 2012 di Maahad SAS Jengka. Selamat bertanding dan kekalkan kejuaraan kita!
Pemilihan peserta ke peringkat zon diadakan Sabtu dan Ahad ini. 

Monday 20 February 2012

WANG BANTUAN RM 100

20 FEB 2012 - Wang bantuan RM 100 akan diberi kepada ibu bapa pelajar Ihsan pada Khamis 23 Feb 2012 jam 11.30 pagi di dewan besar. Ibu bapa pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5 dijemput hadir. Terima kasih Kerajaan Malaysia. Terima kasih YAB Perdana Menteri!

PERHIMPUNAN PAGI DI DEWAN

20 FEB 2012 - Perhimpunan Isnin pagi ini telah dipindahkan ke dewan besar kerana hujan renyai-renyai. Ustaz Saifudin telah memaklumkan kelas tambahan bagi kelas Quran Bouth tingkatan 1 & 2 berjalan serta merta bagi menambah masa kelas KAFA sedia ada.



Ustazah Intan memberi tazkirah kepada pelajar-pelajar. Banyak nasihat yang telah diberikan. Terima kasih!


WAKTU BELAJAR SEHINGGA 3.35 PETANG DITANGGUHKAN

Setelah berjalan selama 3 minggu waktu belajar sehingga 3.35 petang ditukar semula ke 2.05 petang. Waktu belajar yang telah berkurangan itu digantikan dengan kelas tambahan. Semua pelajar Ihsan diwajibkan menghadiri kelas tambahan yang telah dijadualkan oleh guru masing-masing. Marilah kita sama-sama membina 'Ihsan Cemerlang 2012'!

Sunday 19 February 2012

LANGGANAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

19 FEB 2012 - Langganan akhbar Utusan Malaysia bermula 20-2-2012. Sebanyak 25 naskhah telah dipesan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Setiap kelas dapat satu naskhah. Ops.. tak cukup dua naskhah sebab kelas semua dah berjumlah 27 buah! 6 tingkatan satu, 6 tingkatan dua, 5 tingkatan tiga, 5 tingkatan empat dan 5 tingkatan lima.  Nanti order semula. Akhbar ini boleh diambil di pos pengawal keselamatan setiap pagi. Pelajar boleh lihat sisipan setiap minggu yang ada soalan PMR & SPM. Jawab semua soalan yang ada. 'IHSAN CEMERLANG 2012!'

AKTIVITI PENGHUNI ASRAMA

Suasana meriah yang berlaku dihujung minggu.






KELAS TAMBAHAN

18 FEB 2012 - Suasana kelas tambahan matapelajaran matematik tambahan yang dihadiri oleh pelajar tingkatan 4 & 5.




Saturday 18 February 2012

KELAS BAHASA MANDARIN

18 FEB 2012 - Satu cadangan telah dikemukakan kepada pentadbiran sekolah ini untuk membuka kelas Bahasa Mandarin. Kelas akan dijadualkan pada hari Ahad 9.00-12.00 pagi. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar. 'Post' nama anda di bawah! Atau emelkan nama anda kepada Ihsankuantan@yahoo.com.my. Ihsan menyahut seruan 1Malaysia!

Friday 17 February 2012

PENCALONAN GURU TERBAIK

Sukacita dapat pelajar, bekas pelajar, dan ibu bapa Ihsan mencalonkan guru terbaik tahun ini. Tinggalkan komen anda..

Thursday 16 February 2012

PERTOLONGAN ALAM FLORA

16 FEB 2012 - Alam Flora telah bermurah hati menghantar treler bekas sampah bagi membuang dahan pokok, kerusi meja, loker dan tilam yang  telah rosak.


Terima kasih Alam Flora!

LEMBARAN SEJARAH AL-IHSAN

Pada 19 SEPTEMBER 1961, KDYMM  Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar telah  melawat dan membuka Ihsan.  Catatan Baginda adalah seperti berikut:
' 19. 9. 61 Telah melawat hari ini dan membuka sekolah ini didapati murid2 160, sangat puas hati dengan sekolah ini. Sekolah ditutup satu hari pada 20. 9. 61'.

Catatan ini diambil dari Arkib Negara oleh Cikgu Saliturahim yang sedang menulis tesis Phd beliau.

SOAL SELIDIK PELAJAR 9A PMR 2011

Sebahagian dari apa yang diamalkan oleh mereka:

menjawab soalan klon PMR
membaca nota yang diberi penceramah seminar dan guru kelas
memuat turun soalan percubaan setiap negeri dan menjawabnya
membaca bahan-bahan di internet bagi meluaskan skop tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
- HAZWANI

sering bertanya kepada guru atau rakan mengenai soalan yang tidak faham
- NURUL HUDA

stay back setiap petang sehingga jam 5 petang menyiapkan kerja sekolah sebelum pulang ke rumah
membawa bekal ke sekolah dan terus belajar selepas habis makan
- SITI NUR ADILAH

menonton asrto tutor tv
membuat peta minda bagi matapelajaran yang tidak difahami
- NURUL NATASHA FARAHIN

menonton asrto tutor tv
selalu bangun malam
- FATIN NABILA

'Walaupun SUSAH katakan SENANG'
- NURHIDAYAH KUMAR

Sejarah, Geografi, Science, Kemahiran Hidup Bersepadu, dan Pendidikan Islam saya hafal.
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab selalu buat latihan.
Mathematics tanya guru kalau tak faham.
- NUR ADDAWIYAH

belajar di awal pagi
selalu tolong ibu bapa
- MUHAMAD NOR FADILLAH

setiap pagi baca Surah Yaasin
- NUR ANIS ADIBAH

sentiasa membaca Al-Quran, Manzil dan Mathurat
- WAN NURUL THAQIFAH

apabila kelihatan sampah di jalanan serta di sekitar sekolah, patutlah terus dikutip kemudian membuangnya ke dalam tong sampah
- RABIATUN ADAWIAH

berdoa sewaktu sujud terakhir setiap kali solat
- FARAH HANIS

ulangkaji pelajaran 5 bulan sebelum peperiksaan sebenar
- FATIMAH NABIHAH


Wednesday 15 February 2012

PELAWAT SILA TINGGALKAN KOMEN

Semua pelawat yang hadir di blog ini dialu-alukan untuk meninggalkan komen membina untuk panduan warga Ihsan hari ini. Pandangan tuan/puan boleh dijadikan oleh Pengetua, GPK, guru dan pelajar sebagai motivasi memajukan lagi Ihsan!
Terima kasih....

Tuesday 14 February 2012

SIAPA INGAT BILA KOLAM IKAN INI DIBINA?

'TABLE TOP' BASUH KAIN DAN KOLAH 97% SIAP



14 FEB 2012 - Kena tambah dinding zink bahagian tepi dan belakang. Air dah boleh masuk.

SPESIS BUNGA APA?

Tahniah kepada staf Ihsan yang bertungkus lumus menceriakan kawasan sekolah. Antara bunga-bungaan yang menghiasi wajah Ihsan ..... Siapa ada bunga yang cantik boleh bawa ke sekolah kita!

 

BARANG LARANGAN

Semua pelajar Ihsan hendaklah patuhi peraturan ini untuk kesejahteraan yang berkekalan!

 

EMAK AYAH JEMPUT DAN HANTAR

Demi keselamatan penghuni asrama peraturan ini hendaklah dipatuhi....

 

GURU PELATIH UIA

Selamat datang kepada guru pelatih dari UIA. Pelajar Ihsan yang minat nak jadi guru boleh belajar dari mereka.

 

Sunday 12 February 2012

KEM KEPIMPINAN DINAMIK 10-12 FEB 2012

Terima kasih kepada Alumni Ihsan 2000-2011 yang telah mengadakan kem ini dengan jayanya. Antara pengisiannya adalah slot ceramah: 7 Habits of Highly Effective Leader,
Asas-asas kehidupan Pemimpin Muslim, Pengurusan Organisasi, Rasulullah Pemimpin Terulung.

AJK PROGRAM ADALAH:

Pengarah - Syababullah Yusof
Timbalan Pengarah - Nur Farain Ibrahim
Setiausaha - Siti Nuraisyah Idris
Bendahari - Salimatul Saniah Hj Mat
Koordinator - Nurul Mutmainnah Yusof
Umairah Abd Rahman
Modul & Fasilitator - Wan Abdul Muhaimin Wan Saifulbahri
Nor Hafsah Mohd Nor


Peserta program terdiri dari pengawas, ketua kelas, pengawas perpustakaan dan exco asrama. Kem ini memberi pendedahan tentang konsep kepimpinan, membina personaliti dan mempengaruhi orang lain, dan memberi latihan kepimpinan dan keperibadian Islam.

Adalah diharapkan semua peserta mendapat pengalaman berguna yang boleh dilaksanakan semasa menjalankan tugas harian di Ihsan. Dengan ini semua pelajar Ihsan boleh belajar dengan penuh disiplin dan ceria seterusnya boleh menempa kejayaan cemerlang tahun 2012 ini!

Jemput datang lagi buat program seperti ini di masa akan datang.



Komen dari salah satu blog pelajar ihsan mengenai kem ini:



untuk maklumann minggu lepas ade KEM KEPIMPINAN DINAMIK tpy buad kat SEK.MEN.AGAMA AL-IHSAN jeaa
(ayat habess sedih dah nii )


KEM nii la THE BEST yg pernah aku pergii
kem yang mmbuatkan aku mentarbiyah diri aku supaya jd pemimpin yang baik,amanah ,jujur dan berkarisma..
cewah.ayat sastera sungguh :D

Friday 10 February 2012

BANDAR KUANTAN DARI PEJABAT ASPA




KUNJUNGAN PENGETUA DAN GPK HEM KE ASPA

10 FEB 2012 - Pengetua dan GPK HEM telah mengunjungi Pengurus Besar ASPA menyampaikan ucapan terima kasih di atas bantuan yang diberikan kepada Ihsan.


Pengurus Besar ASPA yang banyak membantu Ihsan. Terima Kasih Dato'!

Thursday 9 February 2012

TALKING BOOK DI PERPUSTAKAAN IHSAN

Sesiapa yang ingin mencuba boleh mendapatkan buku daripada Puan Siti Aiffah dan pen daripada Puan Ratna Hidayah.



Pen kuning itu bersuara bila dihalakan ke perkataan di dalam buku ini. Dengan bunyi sebutan 'native speaker' ianya sangat menghiburkan!