Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Friday 28 June 2013

SEMINAR PMR

Semua pelajar PMR diwajibkan mengikuti seminar dan mesti duduk di asrama. Bermula Jumaat hingga Ahad.

PELAJAR ASRAMA BALIK KAMPUNG

Semua pelajar asrama diarahkan balik ke rumah masing-masing.

Wednesday 26 June 2013

CERAMAH PELAJAR IHSAN YANG MENUNTUT DI SCOTLAND

Malam ini diadakan ceramah oleh bekas pelajar Ihsan yang sedang menuntut di University of Aberdeen, Scotland. Semua dijemput hadir jam 8.30 malam di Dewan Ad-Daraquthni. Minta Puan Rafikah memberi perincian lanjut.

PEMENANG PERTANDINGAN 4 K

Semua pemenang telah mendapat hadiah pagi tadi. Minta Puan Kamariah melaporkan perinciannya.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN (BULAN APRIL)
PROGRAM 4K
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL IHSAN TAHUN 2013

KEPUTUSAN MINGGUAN
MINGGU
KEPUTUSAN

  • PERTAMA

  • 2 IBNU KHALDUN
  • 1 IBNU ABBAS
  • 1 IBNU TAIMIYYAH


  • KEDUA

  • 1 IBNU ABBAS
  • 4 IBNU KHALDUN
  • 1 IBNU TAIMIYYAH


  • KETIGA

  • 2 IBNU KHALDUN
  • 1 IBNU ABBAS
  • 4 AL FARABI 1 & 4 AL FARABI 2


KEPUTUSAN BULAN APRIL
KEDUDUKAN
KELAS

  • PERTAMA


  • 1 IBNU ABBAS

  • KEDUA


  • 2 IBNU KHALDUN

  • KETIGA


  • 4 IBNU KHALDUN

Tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang berjaya dalam pertandingan bulan April. Semoga kebersihan dan keceriaan sekolah dapat ditingkatkan. Pertandingan ini akan diteruskan untuk bulan Jun.             

Monday 24 June 2013

Sunday 23 June 2013

CUTI 24 JUN 2013

sumber facebook : Ppd Kuantan Pahang
9 hours ago via Mobile
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
Perhatian kepada Pengetua, Guru Besar, warga pendidik serta ibu bapa/penjaga murid2 sekolah di Daerah Kuantan.
Berdasarkan keadaan jerebu di Kuantan semakin teruk, dengan ini dimaklumkan bahawa semua sekolah di Daerah Kuantan DIARAHKAN BERCUTI (CUTI BERGANTI) pada hari Isnin (24 Jun 2013). Tarikh gantian cuti akan dimaklumkan kemudian. Mohon tuan/puan menyebarkan makluman ini kpd ibu bapa/penjaga dan murid2 sekolah.
Sekian, terima kasih.
b/p Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan

23 June 2013 16:26

Saturday 22 June 2013

SEMINAR BAHASA PMR

JADUALSEMINAR BAHASA ARAB PMR:
21/6/2013(JUMAAT)
8.00 -10.30 MLM: TAKLIMAT & SLOT 1

22/6/2013 (SABTU)
8.00 - 10.00 PAGI: SLOT 2
10.00 - 10.30 PAGI : KUDAPAN/REHAT
10.30 - 12.30 TGH : BENGKEL
12.30 - 2.00 PTG : MAKAN TENGAH HARI/SOLAT
2.00 - 5.00 PTG : BENGKEL
5.00 - 8.00 MLM : REHAT
8.00 - 10.30 MLM : BENGKEL

23/6/2013 (AHAD)
8.00 - 10.00 PAGI: BENGKEL
10.00 - 10.30 PAGI: KUDAPAN / REHAT
10.30 - 12.30 TGH : BENGKEL
1.00 PETANG : BERSURAI

TEMPAT SEMINAR:DEWAN DARAQUTHNI SMAI

CATATAN:

PELAJAR LELAKI DIBENARKAN BERMALAM DI SURAU ASPURA.MOHON KERJASAMA IBU BAPA MEMASTIKAN PELAJAR YANG TINGGAL DI RUMAH HADIR KE SEMINAR INI SEPENUHNYA SEPERTI JADUAL YANG DISEDIAKAN.SEMOGA B.ARAB PMR CEMERLANG 100 %.SYUKRAN.







Friday 21 June 2013

PEGAWAI KESIHATAN SIASAT ARI DI IHSAN

Satu pasukan pegawai kesihatan tiba di Ihsan jam 11.30 pagi menjalankan pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar yang dijangkiti ARI.





SEMINAR BAHASA ARAB PMR

Seminar bermula hari ini.

PROGRAM BAHASA


LAGI PELAJAR KENA ACUTE RESPIRATORY INFENCTION


Semua pelajar ini dihantar ke Klinik Kesihatan Bukit Sekilau dengan van sekolah.

USTAZ SUFIAN BERTUKAR

Hari ini adalah hari terakhir Ustaz Sufian bertugas di Ihsan. Tahniah kepada beliau kerana mendapat jawatan yang lebih baik. Terima kasih atas khidmat beliau sepanjang bertugas Ihsan.

PELAJAR KENA ARI BALIK RUMAH

19 penghuni asrama yang terkena ARI dijemput oleh ibu bapa masing-masing untuk rehat di rumah.

Thursday 20 June 2013

ACUTE RESPIRATORY INFECTION

14 pelajar telah mengalami ARI. Mereka ini demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Boleh berjangkit kepada orang lain. Oleh itu perlu dikuarantin. 
Semua ibu bapa mereka telah dihubungi dengan telefon supaya membawa balik anak masing-masing.

ROSAK KENA BOLA


Ihsan tidak ada padang bola. Pelajar yang bermain bola waktu petang terpaksa mencari ruang untuk beriadah. 

Wednesday 19 June 2013

LATIHAN KAWAD BULAT SABIT MERAH

Petang ini, Pasukan Bulan Sabit Merah Ihsan menjalani latihan kawad di bawah pimpinan jurulatih khas.


KUNJUNGAN CULTURAL AFFAIRS SPEACIALIST KEDUTAAN USA



Encik Sadayan Riazurrahman berkunjung ke Ihsan untuk menjelaskan program Pertukaran Guru US - Malaysia.

AMPLIFIER ROSAK

Amplifier ini rosak tiba-tiba. Ianya digunakan untuk memperdengarkan bacaan Surah Al-Ikhlas setiap kali masa pertukaran masa kelas. Pakai perisian Alarm Clock yang boleh download percuma dari download.com. Setiap hari sekurang-kurangnya 13 kali Surah Al-Ikhlas berkumandang di Ihsan dan Kg Selamat. Kita ada satu lagi amplifier simpanan. Guna yang ini pula. Jika tidak, ada gangguan kepada pertukaran masa belajar.
  
Tuan Hj Mokhtar memeriksa amplifier

Hantar baiki segera.

Tuesday 18 June 2013

Sunday 16 June 2013

PASANG PEMBESAR SUARA SURAU PEREMPUAN

Kerja-kerja memasang pembesar suara telah siap dijalankan hari ini oleh Tuan Haji Mokhtar. Terima kasih. Ramadan nanti boleh Solat Tarawih!

 Enam speaker antik seperti ini dipasang semula. Bunyi jelas.

AKTIVITI ASRAMA HARI AHAD


Friday 14 June 2013

RENUNGAN

Jika mahu jadi bunga
Jadilah bunga yang harum


Jika mahu jadi batu
Jadilah batu permata

Thursday 13 June 2013

MEJA PINGPONG BARU

Terima kasih kepada GPK Ko Kurilulum yang menguruskan pembelian 2 meja pingpong.

 

KABINET HADIAH BARU

Tahniah kepada Pn Minah yang menguruskan pembelian kabinet yang ditempatkan di foyer dewan besar Ad-Daraquthni.

Wednesday 12 June 2013

Monday 10 June 2013