Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Wednesday 30 January 2013

KUNJUNGAN PELAJAR TESL UITM KUANTAN

Tiga orang pelajar TESL UiTM Kuantan berkunjung ke Ihsan untuk mengadakan kajian P&P Bahasa Inggeris.


ASRAMA LELAKI PERDENGAR BACAAN QURAN SEPANJANG MALAM

Terima kasih kepada Tuan Haji Mokhtar yang telah memasang mp3 player kepada pembesar suara asrama. Satu pen drive yang berisi quran 30 juzuk telah dipasang kepada mp3 player tersebut. Pelajar asrama boleh mendengar quran dari jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi setiap hari. Marilah kita memohon doa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada kita untuk menghayati kandungan quran!

Tuesday 29 January 2013

CUTI TAHUN BARU CINA

Sekolah akan sambung bercuti pada 13,14, & 15 FEB 2013. Selamat bercuti. Gunakan masa dengan berfaedah. Baca sekurang-kurangnya satu novel Bahasa Inggeris untuk menambah perbendaharaan kata anda!

SEMINAR KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 3 & 5

Seminar yang berlangsung hari ini.




PELAJAR TINGKATAN 5 TIDAK CUKUP BUKU TEKS

Setelah hampir sebulan sekolah bermula masih ada pelajar yang belum mendapat semua buku teks. Laporan yang diperolehi mengatakan antara sebabnya ialah terdapat pelajar tingkatan 5 tahun 2012 yang tidak memulangkan buku teks mereka. Kepada mereka yang terlibat mohon supaya menghantar buku teks berkenaan ke sekolah dengan segera!


Monday 28 January 2013

IHSAN JUARA MASISUPA ZON 2

Ihsan menjuarai MASISUPA Zon 2 yang berakhir 27 Januari 2013 di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar.

Saturday 26 January 2013

MASISUPA ZON 2

Kontigen Ihsan ke Pulau Tawar dengan 4 buah bas selepas Jumaat.

Pasukan mana yang boleh menang?

Wednesday 23 January 2013

MAJLIS MERAIKAN GURU BERTUKAR

Satu majlis meraikan guru yang bertukar telah diadakan di Dewan Daraqutni bermula jam 11.00 pagi. Guru yang bertukar adalah :

Puan Fairuz Adibah
Puan Azizah
Puan Nurida Safarina
Puan Roshayati

Puan Normala
Puan Haidar

Encik Abdul Aziz
Cik Munirah

Terima kasih kepada guru-guru terlibat. Selamat bertugas di tempat baru.


KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS

Puan Nadiah melancarkan kempen sayangi buku teks.



Kita sungguh bertuah dengan pelaksanaan Dasar Semua Pelajar Mendapat Semua Buku Teks oleh Kerajaan.


Saturday 19 January 2013

Thursday 17 January 2013

Wednesday 16 January 2013

KERUSI MEJA BARU

Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang yang membekalkan kerusi dan meja baru. 80 pasang dah sampai. 40 lagi akan menyusul.



BIASISWA YAYASAN PAHANG

Terima kasih kepada Yayasan Pahang yang mempelawa pelajar Ihsan memohon biasiswa tahun ini.


Tuesday 15 January 2013

PAPAN TANDA BARU ASRAMA PUTERI


LANTIKAN PENGAWAS DAN KETUA KELAS 2013

Lantikan pengawas dan ketua kelas telah dilaksanakan pada 14 Januari 2013. Selamat menjalankan tugas!





UJIAN PENGESANAN TINGKATAN 5

Ujian ini bermula hari ini. Boleh dijadikan asas sebagai titik mula untuk meningkatkan pencapaian semua pelajara SPM tahun ini.

Jemput pelajar, ibu bapa dan guru beri komen mengenai perkara ini.

Monday 14 January 2013

KELAS TAMBAHAN SUDAH BERMULA

Beberapa kelas tambahan telah bermula. Harap guru dan pelajar yang menghadiri kelas tersebut memaklumkan jadual kelas mereka untuk dipaparkan di dalam blog ini.

Saturday 12 January 2013

DIALOG IBU BAPA TINGKATAN 4 & 5

Dialog ibu bapa tingkatan 4 berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Dialog ibu bapa tingkatan 5 berlangsung 11.00 pagi - 12.30 tengah hari. Beberapa persetujuan telah diambil:

1. Kelas tambahan dimulakan secepat yang boleh.
2. Jadual kelas tambahan akan dikeluarkan dan dipaparkan di dalam blog ini.
3. Bayaran RM 10.00 sebulan bagi satu pelajaran setiap pelajar dikenakan.
4. Kelas tambahan sekolah hendaklah diutamakan berbanding kelas tusyen luar.
5. Sesi dialog kedua ibu bapa tingkatan 5 akan diadakan selepas analisa peperiksaan 15-18 Januari diperolehi.

Terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang menghadiri dialog dengan jayanya.

Friday 11 January 2013

AJK PENEMPATAN MASISUPA BERKUNJUNG KE POLISAS

Satu rombongan melawat tempat MASISUPA Pusat 2013 telah diadakan 10-1-13 jam 3.00 petang.





GANGGUAN BEKALAN AIR

Ihsan mengalami gangguan bekalan air 10-1-13. Semua warga Ihsan hendaklah menutup semula kepala paip yang dibuka walaupun tidak ada air.

Wednesday 9 January 2013

KOMEN PILIHAN

Syasya Aulia said...

Bagaimana meningkatkan disiplin?

-memberi denda yang boleh buat pelajar rasa gerun dengan peraturan...bagi saya kalau setakat jemur di bawah matahari...di beri kaunseling shja...tidak memberi bekas kpd pelajar...

Bagaimana meningkatkan kebersihan?

-mengurangkan tong sampah di sekolah....bila ada tong sampah..pelajar lagi rajin buang sampah....adakan kempen sifar sampah

Bagaimana meningkatkan kemahiran Bahasa Arab?

-mengadakan kelas khas mcm ustaz anam cakap pagi tadi...tp kalau boleh wajibkan...tidak kena mengena dengan sukatan pelajaran..tetapi pelajaran seperti perbualan dan kefasihan bertutur bahasa arab...mungkin di waktu petang...dan jdikan bahasa arab bahasa yg digunakan utk bertutur di dalam Ihsan...mungkin dgn cara itu pelajar rasa ditekan dan berusaha utk menguasainya..

Bagaimana meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris?

-sentiasa membaca buku2 bahasa inggeris yg berfaedah dan kamus selalu berada di sisi...wajibkan setiap pelajar ada satu kamus
9 January 2013 22:18

Tuesday 8 January 2013

MESYUARAT GURU 1/2013

Satu mesyuarat yang dihadiri oleh semua guru telah berlangsung dari 3.00 petang hingga 5.15 petang. Beberapa perkara mengenai kurikulum dan ko-kurikulum telah dibahaskan. Minit mesyuarat akan dipaparkan di dalam blog oleh setiausaha sedikit masa lagi.


MINIT MESYUARAT KURIKULUM TAHUN 2013
TARIKH : 8HB JANUARI 2013
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMA AL-IHSAN
KEHADIRAN :

Bil
Perkara

Tindakan

1.0

UCAPAN PENGERUSI

1.1-Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
guru yang hadir.

1.2-Beliau mengucapkan tahniah kepada 4 orang guru
yang dilantik ke DG 41 dan 3 orang yang dilantik ke
DG 29

1.3-Beliau mengucapkan selamat datang kepada guru-guru
baru dan mengharapkan dapat bersama-sama
berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah

1.4-Semua tindakan yang diambil mesti didokumenkan.

1.5-Pelajar asrama dibenarkan balik ke rumah dengan
syarat ada surat ibubapa dan pulang bersama ibu
bapa.

1.6-Beliau mengharapkan kelas tambahan tahun ini
dijalankan seawal mungkin.

1.7-Beliau memaklumkan bahawa majlis dialog bersama
ibu bapa pelajar tingkatan 4 akan diadakan pada hari
Sabtu (12.1.2013) dan tingkatan 5 pada hari Ahad
( 13.1.2013)

1.8-Beliau mencadangkan agar pihak sekolah mengambil
guru-guru tuisyen luar untuk membuat tuisyen di
sekolah.Ini dapat membantu ibu bapa mengurangkan
kos bayaran yuran kelas tuisyen kerana ia lebih rendah
daripada tuisyen di pusat tuisyen.

1.9-Beliau juga mengingatkan guru-guru agar tidak berasa
selesa dengan pencapaian sekarang kerana kita masih
terlalu jauh berbanding sekolah-sekolah kementerian
seperti SMART.Pihak sekolah perlu merancang
pelbagai cara untuk meningkatkan prestasi sekolah
dan menambah bilangan pelajar yang memperolehi
A dalam semua matapelajaran.

1.10-Beliau juga memaklumkan bahawa bayaran siling
dewan adalah daripada sumbangan Pn Zaleha dan
sebahagian duit PETKA.

1.11-Pengerusi juga mengingatkan guru-guru agar
memuat turun soalan-soalan dari internet dan
memperbanyakanya. Sebarang bahan yang diriso
hendaklah dicatat dalam borang yang disediakan.

1.12-Beliau meminta sesiapa yang ada cadangan guru
TESL untuk menggantikan tempat cikgu Munirah
hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah

1.13-Pengerusi juga meminta guru-guru membuat
semakan cuti pada Norfarina kerana beliau sedang
mengemaskini cuti dalam rekod perkhidmatan.





Makluman



Makluman



Makluman

Semua guru


Warden asrama


Guru-guru peperiksaan persijilan



Makluman





GPK Kurikulum







Semua guru peperiksaan persijilan


Makluman





Semua guru



Guru-guru berkenaan



Semua guru



2.0

AKTIVITI KURIKULUM
2.1-Pn.Kamariah mengucapkan tahniah kepada guru-guru
PMR dan SMA dan meletakkan target 2013 adalah 1.6
atau 1.5 untuk PMR dan SMA

2.2-Beliau seterusnya meminta guru-guru dapat
menjalankan tugas dengan penuh amanah.

2.3-Ketua Panitia mestilah mengadakan mesyuarat Panitia
masing-masing dan mengingatkan semua ahli perkara-
perkara berikut :
-mengemaskin buku rekod mengajar
-menyediakan RPT dan RPH
-menjalankan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali
setahun
-merancang program akademik PMR,SMA,SPM dan
PBS
-melaksanakan in-house training
-mengemaskini fail panitia (Minit Mesyuarat,RPT,
Surat-menyurat,Program/Aktiviti panitia,Bank
Soalan dan Analisis peperiksaan )

2.4-Tindakan ini sebagai persediaan sebelum pemantauan
oleh pihak JAIP

2.5-Beliau juga meminta guru-guru yang mempunyai bilik
khas hendaklah mengemaskini dan mencantikkan bilik
masing-masing

2.6-Semua guru hendaklah melengkapkan maklumat
dalam buku rekod( senarai buku rujukan, senarai buku
teks dan lain-lain)

2.7-Guru mesti menetapkan jumlah latihan, buku nota dan
buku kerja

2.8-Ketua Panitia perlu lebih kerap membuat pemeriksaan
buku latihan setiap ahli

2.9-Sukatan mata pelajaran hendaklah dihabiskan seawal
mungkin ( Jun / Julai )

2.10-Kelas tambahan PMR akan dijalankan minggu depan
dan kelas tambahan SPM akan dijalankan selepas ujian
pengesanan.

2.11-Beliau memaklumkan bahawa fokus kurikulum tahun
ini adalah kepada pencerapan buku latihan yang akan
dijalankan oleh ketua Panitia dan Pencerapan P&P oleh
tuan pengetua dan mana-mana guru penolong kanan.

2.12-Agenda mesyuarat Panitia Kali Pertama adalah
seperti berikut :
- Penyediaan Rancangan Pelajaran
- Melengkapkan buku Persediaan Mengajar
- Menentukan jenis latihan dan kekerapan latihan
- Menetapkan tarikh pencerapan buku latihan
- Memaklumkan mengenai takwim peperiksaan dan
penyelarasan penyediaan soalan

2.12-Tarikh- tarikh peperiksaan adalah seperti berikut :
- 13.5.2013 – 24.5.2013- Peperiksaan Pertengahan
tahun tingkatan 4 dan 5
-20.5.2013 – 24.5.2013 – Peperiksaan tingkatan 3
-2.8.2013 – 6.8.2013 – Peperiksaan Percubaan PMR
dan SMA
-12.9.2013 - 27.9.2013 – Peperiksaan Percubaan SPM
(Tarikh-tarikh diatas adalah bergantung pada pindaan)

2.13-Pn.Kamariah memaklumkan bahawa mata pelajaran
B.Inggeris diajar oleh seorang guru bagi setiap
tingkatan





Semua guru persijilan


Semua guru













Semua ketua Panitia

Makluman



Semua guru berkenaan



Semua guru



Semua guru


Semua ketua Panitia


Semua guru


Makluman



Ketua Panitia
Pengetua
Guru-guru Penolong Kanan







Ketua Panitia dan ahli








Semua guru
Setiausaha Peperiksaan


Panitia Bahasa Inggeris



3.0

KO-KURIKULUM
3.1-Pn.Pesah memaklumkan bahawa MASISUPA Zon yang
bertempat di SMA Pulau Tawar akan diadakan pada
25.1.2013 – 27.1.2013


3.2-Guru-guru penasihat setiap bahagian hendaklah
membuat persediaan dan pemilihan peserta secepat
mungkin

3.3-SMA Al-Ihsan adalah AJK teknikal sukan yang diketuai
oleh S/U KoKurikulum dan AJK Penempatan

3.3-Beliau memaklumkan bahawa peserta yang menjadi
johan diperingkat zon tidak semestinya menjadi wakil
di peringkat pusat

3.4-Untuk makluman pengurus dan jurulatih acara ilmiah
bahawa tajuk-tajuk dan syarat pertandingan adalah
seperti tahun 2012

3.5-Tarikh MASISUPA Pusat adalah pada 13 – 16 Februari
2013.



Makluman



Guru-guru Penasihat sukan dan ilmiah
S/U Ko-Kurikulum


Makluman






Pengurus dan Jurulatih


Makluman


4.0

PENYELARASAN PBS
4.1- Pn.Kamariah meminta semua guru-guru PBS
melaksanakan PBS dengan penuh integriti,mengikut
jadual JPN,memastikan para pelajar mampu capai
semua tahap,melengkapkan semua dokumen dan
menyimpan bahan PBS dengan selamat

4.2-Pn.Siti Zubaidah meminta semua guru melaksanakan
PBS seawal mungkin walaupun sistem belum dibuka.

4.3-Guru-guru PBS boleh mendapatkan soalan-soalan
dalam PBS dan perbanyakkan salinannya.

4.4- Pengetua memaklumkan bahawa fail-fail untuk calon
PBS perlu dibeli dan boleh menggunakan duit pelajar
atau sekolah





Semua guru PBS



Semua guru PBS




Semua guru PBS
Pentadbir


5.0

HAL-HAL LAIN

5.1-Pn.Pesah meminta penjelasan mengenai siapa yang
perlu menghabiskan sukatan tingkatan 4 tahun 2012

Jawapan : Guru yang tidak sempat menghabiskan sukatan adalah bertanggungjawab menghabiskannya


5.2-Pn Salmah mencadangkan guru PMR menghabiskan sukatan melalui 3 fasa iaitu :
Fasa 1 – Jan- Apr - menghabiskan sukatan
Fasa 2 – selepas peperiksaan pertengahan tahun –
ulangkaji topik tingkatan 1 dan 2

Fasa 3 – Julai – Sept - ulangkaji semua topik melalui
soalan-soalan tahun-tahun lepas dan
percubaan negeri lain

5.3-Ustaz Ramli meminta penjelasan mengenai rasional
kelas pra STAM diajar diperingkat menengah .

Jawapan: Tuan Pengetua memaklumkan bahawa itu adalah amanah dari JAIP dan keputusannya diambil kira bagi pelajar-pelajar yang berminat menduduki STAM di samping keputusan SMA


5.4-Tuan Pengetua memaklumkan bahawa 4 orang pelajar
UIA opsyen Matematik akan datang ke sekolah

5.5-Pn.Radhiah mencadangkan supaya matapelajaran
Fizik, Biologi,dan Kimia diletakkan dibawah satu
Panitia iaitu Panitia Sains Tulen

Jawapan : semua ahli mesyuarat bersetuju

5.6-Pengetua meminta ahli mesyuarat yang mempunyai
kenalan yang boleh mengajar Fizik agar dapat
memaklumkan kepada pihak sekolah kerana tempat
Pn.Zaleha belum ada pengganti

5.7-Pn.Zarina meminta semua guru kelas membuat
catatan jumlah meja mengikut jenis-jenisnya bagi
membuat keseragaman perabut dalam kelas

5.8-Beliau memaklumkan AJK Dewan Ad-daraqutni ialah :
Pengerusi : En.Husin bin Mohamad Yunus
AJK : Pn.Zarina,Pn.Minah,Pn.Norliana,
Pn.Nor Rashidah,En.Saifudin,En.Ihsanuddin
dan En.Zainon

5.9-Sebarang tempahan penggunaan dewan hendaklah
dicatat dalam buku log

5.10-Tempahan dalaman akan didahulukan jika berlaku
pertembungan dengan tempahan luar.

5.11-Sedikit saguhati daripada bayaran tempahan luar
akan diberikan kepada staf yang membantu .

5.12-AJK dewan akan berusaha untuk sentiasa
menambahbaik dewan seperti penyediaan stor di
belakang dewan meletakkan papan kenyataan untuk
iklan,menyenaraikan nama-nama pengetua SMA Al-
Ihsan dan sebagainya.

5.13-Pn.Rozaini meminta guru-guru menulis tempahan
penggunaan bilik seminar dalam buku yang disediakan.

5.14-Kunci bilik seminar hendaklah diserahkan kepada
beliau selepas digunakan

5.15-Pn.Rozita menyatakan bahawa beliau akan
membantu pihak kurikulum bagi pengurusan fail

5.16-Pn.Zaimah meminta Pn.Rozita mmbuat “in house
training” bagi pengurusan fail dan mencadangkan

supaya dsediakan “Nota Minta” sebagai menggantikan
surat dalam memohon sesuatu daripada pentadbir

Jawapan: Pengetua bersetuju dan minta satu contoh borang tersebut

5.17-Pn.Melati meminta semua guru kelas agar dapat
mencatat pembelian koperasi yang dibuat melalui
yuran sekolah

5.18-Pn.Pesah memaklumkan bahawa SKT guru-guru JAIP
masih ada yang belum dihantar kerana masalah
penyelenggaraan HRMIS.Guru-guru kementerian tiada
masalah.

5.19-Pn.Minah memaklumkan bahawa bahagian keceriaan
telah membeli 3 buah almari fail untuk 3 bilik GPK.

5.20-Fail-fail panitia hendaklah disimpan dalam bilik
PBS.Beliau akan meletakkan label-label pada fail dan
ketua panitia hanya perlu mengemaskinikan maklumat
di dalamnya.

5.21-Masalah pelajar baru yang memakai baju pengawas
akan dirujuk kepada GPK HEM.

5.22-Pn.Zaimah tidak bersetuju jika pelajar baru dilantik
jadi pengawas.Pn.Noorasiah menyokong pandangan ini
kerana pengawas perlu melalui temuduga

5.23-Pn.Noorasiah memaklumkan kesan pelajar lelaki
belajar dalam satu kelas ialah berlaku kes kecurian dan
tempat pelajar perempuan dilempar dengan katak.

Jawapan : Pn.Kamariah berharap para guru dapat membimbing terus pelajar-pelajar ini kerana beliau merasakan inilah cara menyekat masalah pergaulan yang agak bebas dikalangan pelajar lelaki dan perempuan. Beliau memaklumkan mengenai pertukaran kelas 4 IA dengan 4 AK sebagai langkah mengatasi kenakalan mereka.

5.24-Pengetua menyerahkan sepenuhnya kepada
Pn.Kamariah bagi masalah di atas.







Guru-guru berkenaan










Guru-guru PMR






Makluman




Makluman





GPK Kurikulum




Guru-guru yang berkenaan



Semua guru kelas





Makluman


Semua guru


Semua guru


AJK dewan




AJK dewan


Semua guru


Semua guru


Makluman





Pn.Rozita


Pn.Zaimah




Semua guru kelas



Pn.Pesah



Makluman



Ketua Panitia



GPK HEM














Semua guru
GPK Kurikulum


GPK Kurikulum


6.0

UCAPAN PENUTUP
6.1-Pengerusi akhirnya mengucapkan terimakasih sekali lagi kepada semua guru yang sanggup bermesyuarat hingga petang.





Makluman

Mesyuarat ditangguh pada pukul 5.00 petang
Disediakan oleh

………………………………………………………………….
(WAN SAADAH BINTI WAN ABD RAHMAN)
Setiausaha Kurikulum 2013
SMA Al-Ihsan, Kuantan


Disemak oleh

…………………………………………………
(HUSIN BIN MOHAMAD YUNUS)
Pengetua
SMA Al-Ihsan, Kuantan

MOTIVASI & SUAI KENAL PELAJAR TINGKATAN 1

Pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru menjejakkan kaki ke Ihsan menjalani program motivasi dan suai kenal.




GURU BERTUKAR & GURU BARU

Terima kasih kepada guru yang telah meninggalkan Ihsan :

Puan Haidar
Puan Normala
Encik Abdul Aziz
Cik Munirah

Selamat datang kepada guru yang memulakan khidmat di Ihsan

Puan Rozita
Puan Rozaini
Puan Ilyani
Encik Khairul Annam

Monday 7 January 2013

REUNION ALUMNI SMAI 2003

Encik Hendy Putra Herman bercadang untuk mengadakan reunion batch 2003 pada :

23 Mac 2013
Dewan Besar 

Dijemput semua bekas pelajar tahun 2003 memberi maklum balas.


Friday 4 January 2013

LAWATAN PENGARAH JAIP

Pengarah JAIP Dato' Muhammad Roslan dan KPP Pendidikan Puan Pahimah telah mengadakan lawatan ke Ihsan, Khamis jam 2.30 petang. Beliau telah melihat keadaan kelas dan kerusi meja pelajar.



Wednesday 2 January 2013

WAKAF PELAJAR SIAP

Tahniah kepada GPK HEM Encik Mahtar kerana berjaya menguruskannya. Terima kasih kepada JAIP yang memberi peruntukan.


ATAP ASRAMA LELAKI TERCABUT LAGI

Atap tercabut lagi. Tolong perhatikan kepingan atap yang hampir jatuh dan jauhinya. Bahaya. Kontraktor telah dipanggil untuk mendapatkan sebutharga.


HARI PERTAMA SESI 2013

Selamat memulakan sesi baru! Selamat datang kepada pelajar baru.

Tuesday 1 January 2013

PELAJAR ASRAMA KEMBALI

Pelajar asrama mula kembali ke bilik masing-masing. Encik Baihaqi, Cik Roshanaliza dan Cik Ain bersedia sejak awal pagi mendaftar penghuni asrama.

Selamat kembali.

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Jemput kepada semua warga Ihsan dan pelawat blog ini memberikan pandangan dan cadangan yang boleh dilaksanakan tahun ini bagi kebaikan sekolah kita.

  • Apakah pelan strategik kita?
  • Apa aktiviti surau yang utama?
  • Bagaimana meningkatkan disiplin?
  • Bagaimana meningkatkan kebersihan?
  • Bagaimana meningkatkan kemahiran Bahasa Arab?
  • Bagaimana meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris?