Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday 20 December 2012

21 PELAJAR CEMERLANG PMR 2012

Tahniah kepada pelajar yang mencatat 9A seramai 
21 orang tahun ini. Pelajar lain janganlah berkecil hati. Tingkatkan azam dan usaha untuk menghadapi SMA pula tahun depan. Sasarkan untuk mendapat mumtaz sofi.

Semua pelajar PMR dijemput memberikan komen keputusan mereka. Bagaimana mereka boleh mendapat 1,2,3,...., 9 A. Adakah mereka berpuas hati dengan pencapaian ini. Bolehkah pencapaian yang lebih baik dicapai?

RENUNGAN
Marilah kita merenungi strategi sekolah SMART seperti laporan berita ini:

SMART sekolah terbaik di Pahang


KUANTAN 19 Dis. - Perancangan teliti dan melatih pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu membolehkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib (SMART) muncul sekolah terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Pengetuanya, Bahtiar Sabusi berkata, beberapa program telah disusun sejak awal tahun ini bagi membolehkan para pelajar mengikuti pembelajaran dengan berkesan.

Menurutnya, antara aktiviti dilakukan ialah memperkenalkan kelas khas terhadap pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu, latihan tubi dan kelas tambahan pada hujung minggu.

"Kerjasama semua guru dalam memberi bimbingan dan pelajaran kepada para pelajar membuahkan hasil apabila keputusan yang dicatat amat membanggakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sekolah tersebut muncul sekolah terbaik apabila memperoleh keputusan Menguasai Semua Mata Pelajaran (MSMP) 100 peratus dengan 126 pelajarnya memperoleh A bagi semua mata pelajaran dan memperoleh 1.10 mata bagi Gred Purata Sekolah (GPS).

Bahtiar berkata, para guru memberi komitmen tinggi dan sanggup bekerja lebih masa selepas waktu persekolahan bagi melihat para pelajar mereka mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan itu.

Tambahnya, pengorbanan yang ditunjukkan oleh para guru selain kesungguhan para pelajar mengikuti setiap program dianjurkan ternyata berbaloi kerana usaha meningkatkan kualiti pendidikan membuahkan kejayaan.

"Inilah keputusan terbaik dicatatkan sekolah ini dan berharap semua pihak terus memberikan komitmen dalam melahirkan pelajar cemerlang pada peperiksaan penting nanti," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

2 comments:

Anonymous said...

Salam, 8A dengan 7A brp orang? Satu lagi nak tanya result SMA keluar bila?

Anonymous said...

tahniah. ihsan ranking ke berapa dlm pahang?