Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Monday 24 December 2012

KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA DIUMUMKAN HARI INI

Pelajar-pelajar dan ibu bapa telah berada di sekolah  seawal 8.30 pagi untuk mengambil keputusan. 74 pelajar mencatat keputusan MUMTAZ, 79 JAYYID JIDDAN, 33 JAYYID, 1 MAQBUL dan 25 MUMTAZ SOFI.

Tahniah kepada semua warga Ihsan!

Hujan sangat lebat hingga air bertakung.



LAPORAN DARIPADA BAHAGIAN PENDIDIKAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG: http://jaip.pahang.gov.my/index.php/penerbitan/buletin-jaip/341-keputusan-sma-2012-6-buah-sekolah-agama-kerajaan-pahang-capai-keputusan-100


Keputusan SMA 2012.....6 Buah Sekolah Agama Kerajaan Pahang Capai Keputusan 100%

PEKAN, hampir semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang mencatatkan peningkatan dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2012 yang diumumkan semalam berbanding tahun 2011. Pada tahun ini SMA Kerajaan Pahang mencatat keputusan keseluruhan 94.65% iaitu meningkat 1.62% berbanding tahun 2011 apabila mencatat peratus kelulusan keseluruhan sebanyak 93.03%.

Pada tahun ini seramai 1572 orang calon telah menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) berbanding tahun 2011 hanya 1425 orang calon sahaja dan melibatkan 25 buah sekolah atau pusat peperiksaan. 17 buah adalah SMA Kerajaan Pahang dan 8 buah sekolah adalah Sekolah Agama Rakyat dan SABK. Daripada jumlah ini seramai 1387 orang adalah calon dari SMA Kerajaan Pahang dan 185 orang calon dari Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SABK. Seramai 300 orang calon berjaya mendapat keputusan Mumtaz, 458 Jayyid Jiddan, 455 Jayyid dan 275 orang calon hanya mendapat keputusan Maqbul. Manakala hanya 74 orang calon sahaja yang gagal dalam peperiksaan kali ini dan 10 orang calon tidak menghadiri peperiksaan.

Sebanyak 6 buah SMA Kerajaan Pahang berjaya mencatat keputusan 100% daripada 17 buah sekolah iaitu SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan, SMA Al-Ulum Addiniah Dong Raub, Ma’ahad As Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka, SMA Pulau Tawar Jerantut, SMA Al-Falah Batu Talam Raub dan SMA Al-Ittifaqiah Guai Temerloh.

SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan juga muncul sebagai sekolah terbaik pada tahun ini, diikuti oleh SMA Al-Ulum Addiniah Dong Raub ditempat ke-2 dan dan Ma’ahad As Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Jengka ditempat ke-3.

Bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan SABK, sebanyak 34 orang calon telah berjaya mendapat keputusan Mumtaz daripada 185 orang calon keseluruhannya. Dua buah SABK iaitu SMA Al-Maarif Bukit Goh Kuantan dan SMA Al-Mahmudi Kampung Awah Temerloh berjaya mencatat keputusan 100%.

Ihsan tidak termasuk di dalam senarai sekolah cemerlang. Kita kena usaha lebih lagi tahun ini!

2 comments:

Anonymous said...

25 orang mumtaz sufi? Bukan 30 orang ke?

Anonymous said...

kenape saye bace kt blog JAIP SMA AL-IHSAN x tersenarai dlm sekolah yg 100% lulus SMA thn nie...dan thn nie kedudukan sekolah terbaek ditaksir mngikot ape???