Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Friday 3 May 2013

LET'S GET INSPIRED 1.0

Assalamualaikum w.b.t,

Nama saya Ahmad Izzuddin, bekas pelajar SMA Al-Ihsan (2006-2007). Saya sekarang menuntut di University of Aberdeen, United Kingdom dalam jurusan perubatan. Tujuan saya menulis email ini adalah disebabkan oleh niat saya yang ingin mengedalikan satu program motivasi untuk pelajar Tingkatan 4 SMAI. 

Idea ini tercetus apabila saya melihat prestasi pelajar-pelajar sekolah agama di Negeri Pahang yang semakin cemerlang. Niat saya adalah untuk memberikan dorongan dan inspirasi kepada para pelajar untuk terus berjaya dalam mengharungi cabaran dalam pembelajaran. Saya dan rakan-rakan, juga merupakan bekas pelajar yang sedang menuntut di universiti dan kolej dalam dan luar negara, ingin mengambil inisiatif memulakan satu projek berangkai untuk kesemua Sekolah-sekolah Agama Negeri di Pahang dan jika berkemampuan, di seluruh Malaysia. 

Projek ini dianjurkan sepenuhnya secara independent oleh bekas-bekas pelajar di bawah organisasi The Inspirationist. Memandangkan ini adalah kali pertama projek ini dijalankan, saya mengharapkan sokongan penuh oleh pihak sekolah serta sumbangan idea yang boleh menjayakan projek ini.

Bersama email ini saya sertakan KERTAS KERJA LET'S GET INSPIRED. Dalam kertas kerja tersebut turut saya terangkan modul-modul yang telah kami susun untuk para pelajar. Jika Tuan mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi saya melalui email ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ahmad Izzuddin bin Mohamad Nor
Ketua Projek Let's Get Inspired 1.0

salam adik ahmad izzuddin.
saya bekas pelajar smai spm 1997. bilik abu bakar. kelas pioneer untuk sains tulin. masa tu projek oleh puan laili masturah pengetua ketika itu. saya satu kelas dengan hazamin penyanyi kumpulan inteam. masa saya form 2, ustaz badlishah penceramah terkenal sekarang tu adalah senior saya. sekarang saya bertugas sebagai guru mp sains di sk taman tasik ampang. saya berasal dari ampang jaya.

sekarang saya menjalankan perniagaan part time buat produk terpaulin iaitu banner bunting, termasuk segala jenis printing macam stiker kereta dan motor. saya menawarkan diri kalau berminat untuk apa2 printing untuk projek LGI 1.0 yang adik nak buat tu pada harga diskaun untuk smai. cuma saya base di ampang.

lg satu, kalau rajin, kita cari siapa lagi tokoh terkenal yang keluar dari smai. dapat 3 org jadi lah, boleh jadi org kuat alumni. tp saya xde kederat sementelahan saya duduk jauh di ampang. stakat ni dah ada hazamin dan ust badlishah. tuan carik sorang lagi mungkin saya x kenal.

cari saya di facebook pada email duekip79@yahoo.com . mungkin boleh berkenalan lg...

--
Regards,
Ridhwan Ibrahim

1 comment:

Ninie said...

Tahniah kepada ex-student Ihsan yang berjaya!