Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Wednesday 31 July 2013

PANDANGAN YANG SANGAT BERNAS

Saya merupakan seorang ibu kepada anak pepempuan saya di sekolah Tuan.Sbg seorg ibu pasti saya inginkan kesempurnaan dalam arus perdana pendidikan bukan hanya utk anak saya malah anak-anak al-Ihsan yg lain.Saya lihat al-Ihsan mampu menyaingi prestasi sek kementerian.Usaha gigih guru-guru amat saya kagumi hingga ada guru yg sanggup mengadakan kelas di awal pagi.Namun saya lihat al-Ihsan agak tertinggal dari segi kemudahan teknologi terkini.Al-Ihsan tiada makmal komputer.Kemudahan LCD dan alatan teknologi yg lain agak kurang.Jika sek ada peruntukan apalah salahnya menyediakan kelengkapan LCD di setiap kelas.Kalau tak semua,memadai di kelas atau bilik2 tertentu.Saya perhatikan juga di dewan besar sek tiada LCD yang tetap di situ.Dengan adanya kemudahan sebegini memudahkan proses P&P dan tidaklah tertinggal dalam pend terkini. 

PENGETUA : Apa caranya kita mencari duit untuk membeli perkakas ini? 

2 comments:

Anonymous said...

saya masih ingat ketika sekolah lama saya berada dalam keadaan yang menyedihkan.. bangunan tua dan lama.. apabila datang pengetua baru, beliau membuat banyak perubahan2 seperti wujudnya bangunan baru, padang baru, dan fasiliti2 baru.. mungkin masalah yang dihadapi oleh al-ihsan bukanlah bangunan.. tapi saya yakin jika mengharapkan duit daripada pibg dan peruntukan kerajaan negeri, entah sepuluh tahun lagi barulah akan mendapatkan lcd di kelas2.. so, agaknya jalan penyelesaiannya?? saya mencadangkan tuan pengetua dan pihak sekolah menyediakan kertas kerja memohon peruntukan daripada badan2 besar atau syarikat2 besar seperti bank mungkin?? saya yakin syarikat2 tersebut amat bermurah hati untuk menyumbangkan sesuatu lebih2 lagi yang memohonnya adalah sekolah dan tujuannya adalah untuk sistem pendidikan.. apabila mereka membantu sekolah, sudah pasti nama syarikat itu sendiri akan menjadi lebih baik dan dikenali. tambahan mereka akan dikecualikan untuk membayar cukai pendapatan. so, apa tunggu lagi, saya pasti tuan pengetua dan banyak pihak fikirkan perkara yang sama.. tuan kena naik tarafkan sistem pendidikan sma al-ihsan, barulah ihsan dapat menjadi setaraf dengan sekolah2 lain seperti mahaad muhammadi l/p, smart, kisas, sambest,. takkanlah kita punya impian tapi kita hanya menunggu impian tu tercapai sendiri tanpa kita berusaha menggapainya.. macam mana nak dapatkan sagu kalau tak dipecahkan ruyung.. saya doakan yang terbaik buat sma al-ihsan..:D

Anonymous said...

camne lah al ihsan boleh sediakan kemudahan teknologi sepertimana yang dinyatakan sedangkan surau al ihsan pun tak berdinding..lebih kpd surau terbuka sedangkan al ihsan sek bandar..