9 FEB 2012 - Pelajar asrama lelaki akan mendapat kolah dan table top basuh kain yang cantik tidak lama lagi! Rajin-rajinlah basuh kain..
Hari Anugerah Cemerlang
~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]
Thursday, 9 February 2012
LAWATAN DOKTOR GIGI PELATIH UNIVERSITI MALAYA
9 FEB 2012 - Seramai 15 orang bakal doktor gigi dari UM berkunjung ke Ihsan melihat rawatan gigi pelajar Ihsan.
Suasana dalam bilik rawatan gigi Ihsan. Siapa nak jadi doktor gigi?
SPM kena dapat semua A termasuk Biologi dan Kimia!
Suasana dalam bilik rawatan gigi Ihsan. Siapa nak jadi doktor gigi?
SPM kena dapat semua A termasuk Biologi dan Kimia!
Tuesday, 7 February 2012
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH 7 FEB 2012
Selepas perhimpunan pagi semua pelajar bergerak ke dewan menghadiri majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah.
Monday, 6 February 2012
SATU PAGI YANG INDAH DI IHSAN
7.05 am Surah Ar Rahman berkumandang secara automatik dengan kawalan komputer.
7.15 am Pelajar mula berkumpul di tapak perhimpunan. Bacaan Surah Fatihah dan Yasin diperdengarkan oleh pengawas bertugas dengan mp3 player. Semua pelajar ikut membacanya bersama-sama.
7.20 am Guru bertugas memberi ucapan. GPK & Pengetua memberi ucapan.
7.40 am Bacaan doa dan bersurai.
7.15 am Pelajar mula berkumpul di tapak perhimpunan. Bacaan Surah Fatihah dan Yasin diperdengarkan oleh pengawas bertugas dengan mp3 player. Semua pelajar ikut membacanya bersama-sama.
7.20 am Guru bertugas memberi ucapan. GPK & Pengetua memberi ucapan.
7.40 am Bacaan doa dan bersurai.
Sunday, 5 February 2012
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG
Perarakan masuk ke Dewan Jubli Perak.
Pegawai-pegawai kanan JAIP.
Pelajar Ihsan yang sopan dan segak!
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA KOLEJ ISLAM PAHANG
Backdrop oleh Kolej Islam Pahang. Terima kasih KIP. Bila nak datang lagi?
Dekan Jabatan Dakwah. Tuan Haji Amiruldin.
Peserta lelaki.
Peserta perempuan.
Friday, 3 February 2012
PROGRESS TABLE TOP BASUH KAIN
Tempat basuh kain pelajar lelaki hampir siap. Nak bubuh mosaic aje lagi. Jangan guna kerusi meja untuk basuh kain. Rosak!
Hari ini 3 Feb 2012. Bila boleh siap?
Hari ini 3 Feb 2012. Bila boleh siap?
Tuesday, 31 January 2012
TEMPAT MAKAN DALAM TAMAN DALAM PEMBINAAN
En Idros sedang menyiapkan tempat makan pelajar di dalam taman. Apabila siap semuanya nanti pelajar boleh makan dengan selesa. Projek ini sebagai langkah menambah ruang makan waktu rehat kerana ruang kantin yang kecil.
SEMINAR KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 2
Tahniah kepada pelajar tingkatan 2 yang menyertai seminar kemahiran belajar pada 31 Jan 2012 di dewan besar sekolah. Terima kasih kepada Pn Wan Saadah dan pasukannya yang menguruskan seminar ini. Semoga Ihsan bertambah cemerlang!
PROJEK TANGKI AIR TAK MENJADI
Enam tangki air sepatutnya digunakan untuk takung air mandi tetapi tidak mendapat sambutan dari penghuni asrama lelaki. Air dibiarkan kotor dan paip dipusing untuk pancurkan air ke atas. Siapa ada cadangan nak buat apa dengan tangki ini?
Bagi meraikan penghuni yang suka mandi air pancur sebanyak 5 pancur baru dibuat pada dinding. Air memang laju! Jimat-jimatlah mandi. Nanti bil air melambung!
Bagi meraikan penghuni yang suka mandi air pancur sebanyak 5 pancur baru dibuat pada dinding. Air memang laju! Jimat-jimatlah mandi. Nanti bil air melambung!
KANTIN GURU MACAM HOTEL ADA BINTANG!
Tahniah kepada guru Ihsan yang mendapat kantin baru seperti hotel 5 bintang. Selamat menjamu selera! Jaga badan! Pencen 60! Takut tak sempat........
'TABLE TOP' BASUH KAIN DALAM PEMBINAAN
Penghuni asrama akan mendapat tempat basuh kain yang cantik tidak lama lagi. Jangan guna meja peperiksaan yang berwarna biru untuk tempat basuh kain. Nanti tidak ada meja nak periksa!
KOLAH ASRAMA LELAKI DALAM PEMBINAAN
Sebahagian dari langkah yang diambil untuk mengatasi masalah air di asrama lelaki. Semua penghuni asrama hendaklah menutup semula paip yang dibuka walaupun tidak ada air!
Saturday, 28 January 2012
KURSUS PENGAWAS 1/2012
Kursus pertama telah diadakan pada 28 Januari 2012. Banyak perkara telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh barisan pengawas yang berwibawa. Semua pengawas bersemangat tinggi untuk menjadikan Ihsan tempat belajar yang paling bagus dan paling selesa.
Thursday, 26 January 2012
Wednesday, 25 January 2012
LANTIKAN PENGAWAS 2012
Selamat bertugas kepada semua pengawas yang baru dilantik. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ihsan sebuah tempat yang paling seronok belajar!
Subscribe to:
Posts (Atom)








