Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday, 16 August 2012

Thursday, 9 August 2012

RENUNGAN


PERTANDINGAN menulis 10 ayat mengikut tema di atas terbuka kepada pelajar Ihsan. Hantar sebelum habis cuti Hari Raya. Hadiahnya sebuah buku motivasi. Pos melalui comments di bawah. Tidak perlu kertas.

Jika ada individu yang ingin menaja hadiah buku tersebut dengan sukacitanya dialu-alukan! Hantarkan ke alamat berikut:

Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan
Jalan Tanjung Api, Kg. Selamat
25050 Kuantan


ismail foo said...
kebahagian tidak akan datang bagi yang cuma mengimpikannya.
tanpa usaha dan semangat, kebahagiaan seperti peluh yang keluar tanpa keringat,tidak bermakna.
kejarlah kebahagiaan sepertimana ia mengejar kamu.11 August 2012 00:01

BACAAN MA'THURAT SETIAP KHAMIS





KHATAM AL-QURAN DAN BUKA PUASA

Majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa keluarga guru dan staf Ihsan telah diadakan pada 8 Ogos 2012. Tahniah kepada Ustaz Mahtar dan AJK terlibat menjayakan program ini.




Wednesday, 8 August 2012

RENUNGAN


PERTANDINGAN menulis 10 ayat mengikut tema di atas terbuka kepada pelajar Ihsan. Hantar sebelum habis cuti Hari Raya. Hadiahnya sebuah buku motivasi. Pos melalui comments di bawah. Tidak perlu kertas.
Jika ada individu yang ingin menaja hadiah buku tersebut dengan sukacitanya dialu-alukan! Hantarkan ke alamat berikut:

Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan
Jalan Tanjung Api, Kg. Selamat
25050 Kuantan

CUTI HARI RAYA MULA 17 OGOS 2012

Semua sekolah agama mula bercuti hari raya pada 17 Ogos 2012. Selamat Hari Raya!




TAZKIRAH BAHASA ARAB




لقد كانت كلمة اليوم عن ليلة القدر التي اختصها الله سبحانه هدية لعباده المؤمنين، فما أعظمها هدية من كريم لعبد ضعيف، ولكن لابد أن نسائل أنفسنا عن كيفية الاستفادة بكرم الله في هذه اليلة،  
ونجتهد عل ليالينا كلها تكون قدرا إن شاء الله

Sunday, 5 August 2012

SEMUA PELAJAR ASRAMA PULANG KE RUMAH

Sempena cuti Nuzul Quran pada 6 Ogos 2012 sebahagian penghuni asrama telah pulang pada hari Jumaat. Sebahagian lagi pulang hari Sabtu kerana mengikuti seminar Bahasa Inggeris PMR. Petang Sabtu asrama telah kosong tanpa penghuninya. Terima kasih kepada Puan Maimunah, guru yang menguruskan seminar tersebut dan tahniah kepada pelajar tingkatan tiga yang bersungguh-sungguh mengikutinya!

Wednesday, 1 August 2012

PERCUBAAN SMA 2012

Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Agama Pahang Tahun 2012 akan bermula 10 Ogos 2012 (Jumaat) hingga 16 Ogos 2012 (Khamis). Semua pelajar tingkatan empat hendaklah ulangkaji bersungguh-sungguh. InsyaAllah kalian semua berjaya!

PEJABAT DAPAT MESIN FOTOSTAT COLOR

Pejabat Sekolah kita mendapat mesin fotostat color yang disambung kepada rangkaian komputer dan boleh digunakan sebagai printer. Langkah ini boleh menjimatkan belanja membeli toner printer. Selain itu guru boleh download soalan dari internet dan print soalan di sini. Mudah dan Jimat (M&J). Boleh belajar dengan Encik Ehsanulhadi yang telah pakar bagaimana nak guna fotostat ini.








BACAAN HADIS HARI INI




Tuesday, 31 July 2012

SEMINAR MATEMATIK TAMBAHAN

Terima kasih kepada Puan Haidar yang telah menguruskan seminar berkenaan. Encik Roslan dari Bentong telah memberikan seminar pada hari Ahad 29/7/2012.


Sebahagian dari kehadiran yang dirakamkan:




PROGRAM MEMBACA HADIS BULAN RAMADAN

Saudari Amirah Amiruddin membacakan hadis melaksanakan amalan mengikut kemampuan kita sendiri dengan istiqomah.




Thursday, 26 July 2012

JAM PERAKAM WAKTU DILARAS SEMULA

Jam perakam waktu yang cepat lebih dari 5 minit telah dilaras semula hari ini.




KOMEN:


Assalamualaikum Tuan Pengetua....

Saya mohon jasa baik Tuan agar dapat mengusahakan agar pejabat dapat dibuka seawal jam 6.45. Bagi kami yang datang awal tidak dapat punch card mengikut waktu kami sampai. Pejabat dibuka setelah 10 atau 15 minit setelah waktu kami sampai.

Mohon maaf dan terima kasih

INFO DAKWAH BDDK JULAI 2012