Bangunan makmal mengalami kebocoran paip yang merentasi dinding dan lantainya. Beberapa kerja pembaikan telah dijalankan namun masalah ini tidak selesai sepenuhnya. Tanda-tanda air meresap boleh dilihat di tangga utama. Sehubungan dengan itu semua laluan paip telah dimatikan. Tandas tingkat satu tidak boleh digunakan. Tandas tingkat bawah sedang diubahsuai supaya air tangki disalurkan dari paip utama kerana tangki di atas bangunan telah dikosongkan.
Diharap pelajar-pelajar dapat bersabar dengan keadaan ini. Kontraktor telah mengemukakan anggaran pembaikan sebanyak RM24,000.00 untuk kerja-kerja water proofing. Peruntukan sedang diusahakan.
No comments:
Post a Comment