Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Tuesday, 31 July 2012

SEMINAR MATEMATIK TAMBAHAN

Terima kasih kepada Puan Haidar yang telah menguruskan seminar berkenaan. Encik Roslan dari Bentong telah memberikan seminar pada hari Ahad 29/7/2012.


Sebahagian dari kehadiran yang dirakamkan:




PROGRAM MEMBACA HADIS BULAN RAMADAN

Saudari Amirah Amiruddin membacakan hadis melaksanakan amalan mengikut kemampuan kita sendiri dengan istiqomah.




Thursday, 26 July 2012

JAM PERAKAM WAKTU DILARAS SEMULA

Jam perakam waktu yang cepat lebih dari 5 minit telah dilaras semula hari ini.




KOMEN:


Assalamualaikum Tuan Pengetua....

Saya mohon jasa baik Tuan agar dapat mengusahakan agar pejabat dapat dibuka seawal jam 6.45. Bagi kami yang datang awal tidak dapat punch card mengikut waktu kami sampai. Pejabat dibuka setelah 10 atau 15 minit setelah waktu kami sampai.

Mohon maaf dan terima kasih

INFO DAKWAH BDDK JULAI 2012




Monday, 23 July 2012

Jadual Peperiksaan PERCUBAAN TINGKATAN 3 (PMR ) 2012



Hari/Tarikh
10 OGOS 2012 ( JUMAAT )
Waktu
Perkara/Mata Pelajaran
Masa
Jenis Kertas
8.00 – 10.30pg
Bahasa Arab
2 jam 30minit
Subjektif
8.00 - 9.00pg
Bahasa Tamil Kertas 1
1 jam
Objektif
Bahasa Cina Kertas 1
1 jam
Objektif
9.30 – 11.30pg
Bahasa Tamil Kertas 2
2 jam
Subjektif
Bahasa Cina Kertas 2
2 jam
Subjektif
Hari/Tarikh
13 OGOS 2012 ( ISNIN )
Waktu
Perkara/Mata Pelajaran
Masa
Jenis Kertas
8.00 -9.00pg
Bahasa Melayu Kertas 1
1 jam
Objektif
9.15 – 11.15pg
Bahasa Melayu Kertas 2
2 jam
Subjektif
11.45 -1.00th
Sejarah
1 jam 15 minit
Objektif
Hari/Tarikh
14 OGOS 2012 ( SELASA )
8.00 -10.00pg
Pendidikan Islam
2 jam
Subjektif
10.20 -11.20pg
Bahasa Inggeris Kertas 1
1 jam
Objektif
11.30pg-1.00th
Bahasa Inggeris Kertas 2
1 jam 30 minit
Subjektif
Hari/Tarikh
15 OGOS 2012 (RABU)
8.00 – 9.15pg
Matematik Kertas 1
1 jam 15 minit
Objektif
9.45 – 11.30pg
Matematik Kertas 2
1 jam 45 minit
Subjektif
11.45pg- 1.00th
Geografi
1 jam 15 minit
Objektif
Hari/Tarikh
16 OGOS 2012 ( KHAMIS)
8.00 – 9.30pg
Kemahiran Hidup Bersepadu
1 jam 30 minit
Objektif
10.00 – 11.00pg
Sains Kertas 1
1 jam
Objektif
11.15pg -12.45th
Sains Kertas 2
1 jam 30 minit
Subjektif

Saturday, 21 July 2012

PELAJAR ASRAMA PULANG KE RUMAH

Semua pelajar asrama pulang ke rumah masing-masing menyambut puasa bersama keluarga.

Friday, 20 July 2012

TAKLIMAT PBS KEPADA IBU BAPA TINGKATAN 1

Satu taklimat kepada ibu bapa dan guru telah disampaikan oleh Pegawai PBS Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Encik Mohamad Isa pada 20/7/12.


Selepas taklimat ibu bapa telah mengambil keputusan setengah tahun anak masing-masing daripada guru kelas.







Tuesday, 17 July 2012

SEMINAR JUJ 2012

Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Pahang dan Yayasan Pahang yang telah memilih Ihsan sebagai tuan rumah seminar ini.




Seramai 220 guru dari seluruh sekolah menengah agama Negeri Pahang menghadiri seminar ini.



Jurulatih JUJ Perempuan



Jurulatih JUJ Lelaki



Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato' Haji Mohamad Roslan dan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan JAIP, Puan Hajah Pahimah menyampaikan sijil kepada Jurulatih Utama JUJ




Pengarah dan Jurulatih Utama JUJ bergambar kenangan selepas majlis perasmian



SEMINAR BERSAMA EXCEL Q MINDS

Terima kasih kepada Tuan Haji Amiruddin bin Said yang telah menaja seminar Excel Q Minds pada 17 Julai 2012.


Sambutan daripada pelajar-pelajar dan guru-guru adalah sangat menggalakkan.









Monday, 16 July 2012

DIALOG IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 4

Sesi dialog ini telah diadakan pada 15 Julai 2012. Ramai ibu bapa yang telah hadir. Perbincangan yang berlangsung sangat menggalakkan. Banyak buah fikiran yang sangat bernas telah diajukan. Ibu bapa juga telah mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak-anak mereka daripada guru kelas masing-masing.









KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN HEM

Kursus ini telah diadakan di Chekas Ulu Dong. Guru-guru Ihsan yang menghadiri kursus ini adalah : 
Encik Mahtar, GPK HEM
Encik Baihaqi, Ketua Warden
Encik Abdul Aziz, Setiausaha Disiplin
Encik Husin, Pengetua







Friday, 13 July 2012

NASIHAT BAHASA ARAB

Ustaz Haney menyampaikan nasihat kepada pelajar Ihsan di dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Semua pelajar faham!






PROGRAM 5S

Lawatan ke Majlis Perbandaran Kuantan mendengar talkimat 5S dari sebuah organisasi yang cemerlang.





Thursday, 12 July 2012

JADUAL ANJAL SPM 2012


5IK BM B.INGGERIS B.MELAYU PQS B.INGGERIS

9.25-10.35 9.25-10.35 9.25-10.35 9.25-10.35 9.25-10.35
5AF1 PSI PQS/MATE ADD MATE B.MELAYU KIMIA
5AF2 ADD MATE PSI B.INGGERIS KIMIA PSI
5AK B.INGGERIS EKONOMI SEJ/MATE PQS SEJ/PQS
5IA MATE B.MELAYU SAINS B.INGGERIS B.MELAYU
5IK PSI SAINS PQS PSI/MATE BAT

10.55-12.40 10.55-12.40 10.55-12.40 10.55-12.40 10.55-12.05
5AF1 PSI B.INGGERIS FIZIK PQS/ADD MATE SEJARAH
5AF2 SEJARAH B.MELAYU B.MELAYU FIZIK BIOLOGI
5AK MATE P.AKAUN B.INGGERIS BAT/P.AKAUN B.MELAYU
5IA PSI MATE SAINS B.INGGERIS BAT
5IK EKONOMI SEJARAH SEJARAH MATE B.INGGERIS

12.40-1.50 12.40-1.50 12.40-1.50 12.40-1.50
5AF1 KIMIA BAT/BIOLOGI B.INGG SEJARAH
5AF2 B.MELAYU SEJARAH ADD MATE/BIO PQS/BAT
5AK BAT PSI/B.INGG SAINS/EKONOMI ADD MATE
5IA PSI/PQS SAINS/EKONOMI PQS BAT
5IK B.INGGERIS BAT BAT SAINS/EKONOMI

Tuesday, 10 July 2012

PEMBAIKAN PINTU MAKMAL YANG DIROSAK ANAI-ANAI





SEMINAR KHB





MINIT MESYUARAT GURU 1/2012

Minit Mesyuarat Majlis Guru kali pertama 2012
Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan
Jalan Tanjong Api. KUANTAN

Tarikh : 29 Disember 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Dewan Utama SMAI
Kehadiran : Semua guru SMAI



Bil
Perkara
Tindakan

1.0




Ucapan Pengerusi

1.1. Pengerusi mengucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.



Makluman



2.0

2.1





Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

Pencadang : En. Muhammad Ehsanulhadi bin Karim
Penyokong : En. Abdul Azizi bin Abd Rahman



Makluman





3.0












Perkara Berbangkit

3.1. Memaklumkan supaya Puan Zalikha binti Mohd Salim memastikan semua kelengkapan pelajar mencukupi pada tahun hadapan.



3.2. Semua guru kelas perlu memberi perhatian berkaitan pelajar yang bermasalah dalam kelas masing-masing.

3.3. Pengisian data pelajar ke dalam sistem SUK perlu diisi oleh guru kelas sebelum 31 Disember 2011 dan boleh dikemaskini dalam tempoh sebulan.







Semua Guru







4.0



















Takwim dan Delegasi 2012

4.1. Puan Haidar binti Abdullah menerangkan berkaitan Takwim dan Delegasi 2012. Sila rujuk buku Takwim dan Delegasi 2012 yang akan diedarkan mengikut bilik guru masing-masing.

4.2. Mesyuarat persatuan guru akan diadakan pada masa yang akan ditetapkan.

4.3. Semua pendaftaran baru perlu dimaklumkan kepada Puan Salmah binti Mohd Hassan untuk direkodkan ke dalam buku pendaftaran pelajar.



Makluman




AJK Persatuan Guru



Makluman

5.0




5.1. Jadual waktu pengajaran dan pembelajaran 2012

5.2. Encik Ahmad Sukri bin Mohd Sodin telah membentangkan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran 2012 kepada semua guru. Beliau mengharapkan semua guru dapat mengikuti jadual yang telah diedarkan dan ditetapkan.
Sebarang pertukaran berkaitan jadual boleh dilakukan secara suka sama suka oleh guru dan perlu dimaklumkan kepada guru jadual.



Makluman
6.0


6.1. Pengambilan pelajar baru tahun 2012
Puan Zalikha binti Mohd Salim memaklumkan semua guru kelas tingkatan 1, semua warden asrama dan guru bertugas yang telah ditetapkan wajib hadir pada hari pendaftaran pelajar baru 2012 pada 3 Januari 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Utama SMAI.


Makluman

7.0
















Laporan keputusan PMR dan SMA 2011
7.1. Puan Noor Mala binti Daud memaklumkan keputusan PMR bagi tahun 2011. Bilangan pelajar yang mendapat 9A 23 orang, 8A 11 orang, 7A 16 orang, 16 orang pelajar yang gagal. Hanya 62 orang pelajar yang layak untuk memasuki kelas sains.

7.2. Puan Roslina memaklumkan keputusan SMA iaitu Mumtaz Soffi 3 orang, Mumtaz 72 orang, Jaiyid Jiddan 54 orang, Jaiyid 31 orang, Maqbul 11 orang, Rasib 1 orang, 
Ghaib 1 orang.



Makluman

8.0





























































Hal-hal lain

8.1. Puan Manila @ Normala binti Abdullah menerangkan berkaitan sistem pengurusan sekolah menengah agama dan cara mengisi maklumat guru dan pelajar ke dalam sistem tersebut.


8.2. Sebarang pertukaran pelajar ke sekolah menengah agama yang lain perlu dimaklumkan kepada Puan Manila @ Normala binti Abdullah untuk tindakan lanjut berkaitan sistem pengurusan ini.

8.3. Puan Radiah binti Yusof mengharapkan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah mengurangkan pengambilan pelajar pada tahun ini memandangkan pelajar terlalu ramai.

8.4. Puan Normaziah binti Mohd Noor bertanya berkaitan pengagihan jadual waktu dan tugasan lain yang terlalu banyak. Beliau meminta untuk menggugurkan jawatan sebagai Pembimbing Bahas Bahasa Melayu bagi MASISUPA 2012.

Pengerusi menerima perletakan jawatan tersebut dan akan diganti dengan guru lain.

Puan Haidar binti Abdullah menyatakan bahawa penyediaan jadual waktu bagi subjek tertentu bertujuan memberi pengalaman kepada guru tersebut. Tambahan pula, hal ini merupakan persediaan sekiranya terdapat guru yang bertukar atau berpindah ke sekolah lain.



8.5. Puan Haidar binti Abdullah bertanya berkaitan kedudukan kelas bagi Sesi 2012.

Puan Zalikha binti Mohd Salim menyatakan plan kedudukan kelas akan ditampal pada papan kenyataan sekolah. Semua guru dan pelajar boleh melihatnya nanti.

8.6. Puan Zalikha binti Mohd Salim memaklumkan supaya semua guru kelas memastikan pelajar kelas mereka bertanggungjawab menjaga kerusi dan meja masing-masing sehingga tamat persekolahan tingkatan 5.

8.7. Cik Roshanaliza binti Abas bertanya mengenai kekurangan warden perempuan (hanya dua orang warden perempuan) di asrama perempuan sekolah ini.

Pengerusi akan menguruskan hal ini kerana hal ini adalah dalam pengetahuan beliau.

8.8. Puan Ratna Hidayah binti Kamaruddin memohon jasa baik pihak sekolah supaya waktu masuk ertugas ke sekolah adalah pada jam 7.40 pagi memandangkan waktu balik adalah jam 3.35 petang.

Pengerusi bersetuju dengan hal ini.



Makluman






Puan Manila @ Normala binti Abdullah & Guru Kelas


Pihak Sekolah







Pengetua dan GPK KOKURIKULUM





Makluman







Makluman








Makluman






Pengetua





Pengetua

9.0




















Penutup

9.1. Ucapan penutup disampaikan oleh Puan Zalikha binti Mohd Salim sebagai wakil pengerusi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar.

9.2. Terima kasih juga kepada Puan Manila @ Normala binti Abdullah kerana banyak membantu pihak sekolah dalam mengendalikan sistem pengurusan sekolah.

9.3. Makluman kepada semua guru bertugas mingguan bagi sesi 2012 supaya memastikan semua pelajar berada dalam keadaan yang baik. Beliau juga mengharapkan supaya guru bertugas berada bersama-sama dengan pengawas sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

9.4. Semua guru kelas juga perlu ada pada setiap hari perhimpunan dan naik ke kelas bersama pelajar bagi memastikan keadaan kelas teratur bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

9.5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.



Semua Guru






Makluman


Semua Guru










Guru Kelas

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Salbiah binti Mohd Redzuan)
Setiusaha II Majlis Guru