Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Tuesday 10 July 2012

MINIT MESYUARAT GURU 1/2012

Minit Mesyuarat Majlis Guru kali pertama 2012
Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan
Jalan Tanjong Api. KUANTAN

Tarikh : 29 Disember 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Dewan Utama SMAI
Kehadiran : Semua guru SMAI



Bil
Perkara
Tindakan

1.0




Ucapan Pengerusi

1.1. Pengerusi mengucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.



Makluman



2.0

2.1





Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

Pencadang : En. Muhammad Ehsanulhadi bin Karim
Penyokong : En. Abdul Azizi bin Abd Rahman



Makluman





3.0












Perkara Berbangkit

3.1. Memaklumkan supaya Puan Zalikha binti Mohd Salim memastikan semua kelengkapan pelajar mencukupi pada tahun hadapan.



3.2. Semua guru kelas perlu memberi perhatian berkaitan pelajar yang bermasalah dalam kelas masing-masing.

3.3. Pengisian data pelajar ke dalam sistem SUK perlu diisi oleh guru kelas sebelum 31 Disember 2011 dan boleh dikemaskini dalam tempoh sebulan.







Semua Guru







4.0



















Takwim dan Delegasi 2012

4.1. Puan Haidar binti Abdullah menerangkan berkaitan Takwim dan Delegasi 2012. Sila rujuk buku Takwim dan Delegasi 2012 yang akan diedarkan mengikut bilik guru masing-masing.

4.2. Mesyuarat persatuan guru akan diadakan pada masa yang akan ditetapkan.

4.3. Semua pendaftaran baru perlu dimaklumkan kepada Puan Salmah binti Mohd Hassan untuk direkodkan ke dalam buku pendaftaran pelajar.



Makluman




AJK Persatuan Guru



Makluman

5.0




5.1. Jadual waktu pengajaran dan pembelajaran 2012

5.2. Encik Ahmad Sukri bin Mohd Sodin telah membentangkan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran 2012 kepada semua guru. Beliau mengharapkan semua guru dapat mengikuti jadual yang telah diedarkan dan ditetapkan.
Sebarang pertukaran berkaitan jadual boleh dilakukan secara suka sama suka oleh guru dan perlu dimaklumkan kepada guru jadual.



Makluman
6.0


6.1. Pengambilan pelajar baru tahun 2012
Puan Zalikha binti Mohd Salim memaklumkan semua guru kelas tingkatan 1, semua warden asrama dan guru bertugas yang telah ditetapkan wajib hadir pada hari pendaftaran pelajar baru 2012 pada 3 Januari 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Utama SMAI.


Makluman

7.0
















Laporan keputusan PMR dan SMA 2011
7.1. Puan Noor Mala binti Daud memaklumkan keputusan PMR bagi tahun 2011. Bilangan pelajar yang mendapat 9A 23 orang, 8A 11 orang, 7A 16 orang, 16 orang pelajar yang gagal. Hanya 62 orang pelajar yang layak untuk memasuki kelas sains.

7.2. Puan Roslina memaklumkan keputusan SMA iaitu Mumtaz Soffi 3 orang, Mumtaz 72 orang, Jaiyid Jiddan 54 orang, Jaiyid 31 orang, Maqbul 11 orang, Rasib 1 orang, 
Ghaib 1 orang.



Makluman

8.0





























































Hal-hal lain

8.1. Puan Manila @ Normala binti Abdullah menerangkan berkaitan sistem pengurusan sekolah menengah agama dan cara mengisi maklumat guru dan pelajar ke dalam sistem tersebut.


8.2. Sebarang pertukaran pelajar ke sekolah menengah agama yang lain perlu dimaklumkan kepada Puan Manila @ Normala binti Abdullah untuk tindakan lanjut berkaitan sistem pengurusan ini.

8.3. Puan Radiah binti Yusof mengharapkan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah mengurangkan pengambilan pelajar pada tahun ini memandangkan pelajar terlalu ramai.

8.4. Puan Normaziah binti Mohd Noor bertanya berkaitan pengagihan jadual waktu dan tugasan lain yang terlalu banyak. Beliau meminta untuk menggugurkan jawatan sebagai Pembimbing Bahas Bahasa Melayu bagi MASISUPA 2012.

Pengerusi menerima perletakan jawatan tersebut dan akan diganti dengan guru lain.

Puan Haidar binti Abdullah menyatakan bahawa penyediaan jadual waktu bagi subjek tertentu bertujuan memberi pengalaman kepada guru tersebut. Tambahan pula, hal ini merupakan persediaan sekiranya terdapat guru yang bertukar atau berpindah ke sekolah lain.



8.5. Puan Haidar binti Abdullah bertanya berkaitan kedudukan kelas bagi Sesi 2012.

Puan Zalikha binti Mohd Salim menyatakan plan kedudukan kelas akan ditampal pada papan kenyataan sekolah. Semua guru dan pelajar boleh melihatnya nanti.

8.6. Puan Zalikha binti Mohd Salim memaklumkan supaya semua guru kelas memastikan pelajar kelas mereka bertanggungjawab menjaga kerusi dan meja masing-masing sehingga tamat persekolahan tingkatan 5.

8.7. Cik Roshanaliza binti Abas bertanya mengenai kekurangan warden perempuan (hanya dua orang warden perempuan) di asrama perempuan sekolah ini.

Pengerusi akan menguruskan hal ini kerana hal ini adalah dalam pengetahuan beliau.

8.8. Puan Ratna Hidayah binti Kamaruddin memohon jasa baik pihak sekolah supaya waktu masuk ertugas ke sekolah adalah pada jam 7.40 pagi memandangkan waktu balik adalah jam 3.35 petang.

Pengerusi bersetuju dengan hal ini.



Makluman






Puan Manila @ Normala binti Abdullah & Guru Kelas


Pihak Sekolah







Pengetua dan GPK KOKURIKULUM





Makluman







Makluman








Makluman






Pengetua





Pengetua

9.0




















Penutup

9.1. Ucapan penutup disampaikan oleh Puan Zalikha binti Mohd Salim sebagai wakil pengerusi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus-lumus memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar.

9.2. Terima kasih juga kepada Puan Manila @ Normala binti Abdullah kerana banyak membantu pihak sekolah dalam mengendalikan sistem pengurusan sekolah.

9.3. Makluman kepada semua guru bertugas mingguan bagi sesi 2012 supaya memastikan semua pelajar berada dalam keadaan yang baik. Beliau juga mengharapkan supaya guru bertugas berada bersama-sama dengan pengawas sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

9.4. Semua guru kelas juga perlu ada pada setiap hari perhimpunan dan naik ke kelas bersama pelajar bagi memastikan keadaan kelas teratur bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

9.5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.



Semua Guru






Makluman


Semua Guru










Guru Kelas

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(Salbiah binti Mohd Redzuan)
Setiusaha II Majlis Guru

No comments: