1. Pengerusi Abdul Aziz bin Ahmad Ahli Majlis Negeri Pahang
2. Setiausaha Sheikh Hussin Sheikh Long Pesara Kerajaan
3. Bendahari Abdul Samad Haji Hassan Peniaga
4. AJK Haji Sulaiman Husin Kadi
5. AJK Sabeh bin Maansah Pembantu Teknik RIDA
6. AJK Haji Abdul Samad Haji Said Guru
7. AJK Jamahir bin Idris Peniaga
8. AJK Md Sidek Haji Abu Bakar Ketua Kampung
9. AJK Sheikh Abdullah bin Abu Bakar Peniaga
Jawatan kuasa ini telah menyediakan pelan dan anggaran perbelanjaan untuk membina satu bangunan sekolah dan dua rumah berkembar untuk guru. Pelan tersebut telah dibuat dengan pertolongan Sheikh Abdullah bin Sheikh Mohamed, arkitek berdaftar di Kuantan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $37,905.00. Bangunan ini akan didirikan di atas tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pahang No. 406/28.9.50 di Kg Selamat.
Kerajaan Pahang bersetuju melalui keputusan Majlis Mesyuarat Negeri yang bersidang pada 3-3-1958 memberi bantuan wang $10.00 setahun kepada setiap murid yang belajar.
Sehingga 3-8-1958 jawatan kuasa ini berjaya mengutip berjumlah $944.03. Satu permohonan telah dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan jumlah $37,905.00 yang diperlukan tersebut.
Catatan ini diambil dari Arkib Negara oleh Cikgu Saliturahim yang sedang menulis tesis Phd beliau.
Sehingga 3-8-1958 jawatan kuasa ini berjaya mengutip berjumlah $944.03. Satu permohonan telah dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan jumlah $37,905.00 yang diperlukan tersebut.
Ahli Lembaga Jemaah Pengurus yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956
Yang DiPertua YB Abdul Aziz bin Ahmad
Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar telah berangkat mengadakan lawatan ke sekolah ini pada 19.9.61. Catatan Baginda adalah seperti berikut:
' 19. 9. 61 Telah melawat hari ini dan membuka sekolah ini didapati murid2 160, sangat puas hati dengan sekolah ini. Sekolah ditutup satu hari pada 20. 9. 61'.
Catatan DYMM Sultan Pahang
Tun Abdul Razak telah membuka dengan rasminya sekolah ini pada 7 Ogos 1966
Pembukaan rasmi sekolah oleh Tun Abdul Razak pada 7 Ogos 1966. Ada sesiapa yang pandai mencantikkan semula pemidang ini? Ianya sangat berharga kepada Ihsan... Boleh tinggalkan comments.
Mohon kepada sesiapa yang menyimpan bahan-bahan sejarah mengenai sekolah kita ini supaya meminjamkannya kepada blog kita ini sebagai tatapan semua.
No comments:
Post a Comment