Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday 6 September 2012

RENUNGAN


"Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk
Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun
Kalau guru mengajar tanpa alat
Murid belajar dengan ralat
Kalau guru mengajar banyak bercakap
Ada murid bertambah gagap
Kalau guru menjadi pemudah cara
Ramai murid pandai berbicara
Kalau guru mengajar tanpa menilai
Takkan tahu murid bodoh dan pandai
Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa.."

diambil dari :
http://myhemsmti.blogspot.com/

Semua pelajar dijemput menghantar puisi seperti tema di atas. Hadiah buku akan diberikan hujung September ini. Puisi hendaklah dihantar di ruang comments di bawah. Semua puisi akan dipaparkan pada entry ini.

Blogger Hairul Nizam said...
Ramai yang mencuba nasib
Dengan menghantar borang permohonan
Tapi semua orang tak senasib
Ada yang gembira
Ada yang berduka
Ada yang tertanya-tanya
Ditanya kenapa aku berjaya
Walaupun tak nak masuk sekolah agama
Lebih-lebih lagi SMAI
Tapi sedarkah anda?
SMAI antara sekolah terbaik
Ibu bapa menghantar anaknya ke sini
Agar anak mereka berjaya
Di dunia dan akhirat
Membuat pelbagai kes di sekolah
Mungkin sebagai protes
Kepada ibu bapa masing-masing
Merosakkan harta benda sekolah
Kerana membenci sekolah agama
Sedarkah anda tentang seuatu
Ibu bapa anda begitu sedih
Semuanya kerana anda
Akhirnya tiket ke neraka ditempah
Tapi dapatkah anda menukar sekolah
Di sekolah biasa anda dibuli
Atas sikap anda sendiri
Siapa yang rugi?
Fikirkanlah....

17 September 2012 10:01

1 comment:

Unknown said...

Ramai yang mencuba nasib
Dengan menghantar borang permohonan
Tapi semua orang tak senasib
Ada yang gembira
Ada yang berduka
Ada yang tertanya-tanya
Ditanya kenapa aku berjaya
Walaupun tak nak masuk sekolah agama
Lebih-lebih lagi SMAI
Tapi sedarkah anda?
SMAI antara sekolah terbaik
Ibu bapa menghantar anaknya ke sini
Agar anak mereka berjaya
Di dunia dan akhirat
Membuat pelbagai kes di sekolah
Mungkin sebagai protes
Kepada ibu bapa masing-masing
Merosakkan harta benda sekolah
Kerana membenci sekolah agama
Sedarkah anda tentang seuatu
Ibu bapa anda begitu sedih
Semuanya kerana anda
Akhirnya tiket ke neraka ditempah
Tapi dapatkah anda menukar sekolah
Di sekolah biasa anda dibuli
Atas sikap anda sendiri
Siapa yang rugi?
Fikirkanlah....