Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Monday 11 March 2013

MESYUARAT AJK PROGRAM NILAM

Mesyuarat diadakan jam 10.30 pagi membincangkan strategi menggalakkan pelajar Ihsan membaca buku. Banyak hadiah akan disediakan kepada pelajar yang rajin membaca.



Semua pelajar diminta menyumbang sebuah buku baru kepada Pusat Sumber Sekolah. Peruntukan sebanyak RM10,000 akan dipohon dari tabung PIBG untuk membeli buku Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Komponen Program NILAM:

 • Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.


• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.


• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti. 

1 Comment - Show Original Post

1 – 1 of 1
Anonymous Anonymous said...
setuju pelajar diminta menyumbangkan buku utk Pusat Sumber SEkolah.Tetapi lagi setuju jika guru n kakitangan sekolah pun turut sama menyumbang buku.Barulah kepimpinan melalui teladan...Ia bersesuaian dengan program Nilam yg akan dilaksanakan.Barulah berinformasi dan bermanfaat pusat sumber kita nanti...
12 March 2013 21:29

1 comment:

Anonymous said...

setuju pelajar diminta menyumbangkan buku utk Pusat Sumber SEkolah.Tetapi lagi setuju jika guru n kakitangan sekolah pun turut sama menyumbang buku.Barulah kepimpinan melalui teladan...Ia bersesuaian dengan program Nilam yg akan dilaksanakan.Barulah berinformasi dan bermanfaat pusat sumber kita nanti...