Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Wednesday 25 April 2012

MINIT MESYUARAT AGONG PIBG


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-17
TAHUN 2011


Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Utama SMAI
Jumlah Ahli Yang Hadir : 234 orang ahli

Pencatat Minit : 
1. Puan Normaziah binti Mohd Noor
2. Cik Salbiah binti Mohd Redzuan

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Tuan Haji Baharudin Bin Sulaiman selaku yang Dipertua PIBG memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-17 ini.


1.2. Beliau juga memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung kali ini adalah mesyuarat pemilihan AJK baru dan berharap agar semua ahli yang hadir dapat memainkan peranan masing-masing.



1.3. Beliau juga berharap agar Mesyuarat Agung yang akan datang, lebih ramai ahli yang akan turut serta menghadiri mesyuarat ini.


2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu



2.1. Setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat Agung yang lalu untuk disahkan dan diterima. Encik Zulkipli B Bilal Jantan mencadangkan supaya minit mesyuarat tersebut disahkan dan diterima. Encik Abdul Rahim b Salleh menyokong cadangan tersebut.


2.2. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-16 diterima.
 

3. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2009-2011

3.1. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2009-2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG untuk dibincangkan, disahkan dan diterima. Tuan Haji Khairul Anuar Bin Mahmood mencadangkan supaya Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2009-2011 disahkan dan diterima.Pn Zainab binti Abu Bakar menyokong cadangan tersebut.


3.2. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2009-2011 diterima.


4.  Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2010


4.1. Setiausaha PIBG ( Wakil Bendahari ) membentangkan Laporan/Penyata Kewangan PIBG yang bermula dari 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010 untuk dibincangkan, disahkan dan diterima. Puan Monaliza binti Mohamad Yatim mencadangkan supaya Laporan/Penyata Kewangan PIBG Tahun 2010 disahkan dan diterima. Encik Ab Karim bin Mat Kahar menyokong cadangan tersebut.


4.2. Setelah dibincangkan dan dibahas oleh semua ahli PIBG yang hadir, mesyuarat bersetuju Laporan/Penyata Kewangan PIBG Tahun 2010 disahkan dan diterima dengan pindaan.


4.3. Laporan/Penyata Kewangan PIBG Tahun 2010 diterima dengan sedikit pindaan. Pindaan tersebut adalah mengasingkan nama penghutang ke dalam akaun yang lain.


5. Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2011-2013


5.1.  Pemilihan Jawatankuasa PIBG baru bagi sesi 2011-2013 dijalankan dengan cara undian angkat tangan melalui cadangan daripada ahli PIBG.


5.2. Calon-calon yang dicadangkan untuk memegang jawatan Yang Dipertua PIBG:


5.2.1 Tuan Haji Baharudin bin Sulaiman


Pencadang : Sebulat suara

Penyokong : Sebulat suara

5.2.2 Encik Sharif bin Ismail


Pencadang : Tuan Haji Asaari@Kamaluddin bin Yatim

Penyokong : Sebulat suara

5.3.  Setelah undian dijalankan, Encik Sharif bin Ismail telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2011-2013. Ahli mesyuarat mencadangkan agar calon yang tidak terpilih untuk memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua PIBG. Cadangan tersebut diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.


5.4.  Calon-calon yang dicadangkan untuk memegang jawatan AJK PIBG :


5.4.1 Puan Faridah binti Sulaiman


Pencadang : Puan Zaitun binti Ismail

Penyokong : Sebulat suara

5.5.  Puan Zaitun binti Ismail juga mencadangkan AJK PIBG dalam kalangan ibu bapa terdahulu dikekalkan bagi sesi 2011-2013. Cadangan tersebut diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.


5.6.  Bagi AJK PIBG dalam kalangan guru dan pemeriksa kira-kira, ahli mesyuarat mencadang agar Pengetua/Penasihat PIBG membuat pemilihan. Cadangan tersebut diterima sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.


5.7. Senarai penuh Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru 

( PIBG ) Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan bagi sesi 2011-2013 adalah seperti berikut : 

Yang Dipertua PIBG : Encik Mohd Sharif bin Ismail
 Timbalan Yang Dipertua PIBG : Tuan Haji Baharudin bin Sulaiman

 

Setiausaha : Puan Rahayu binti A.Rahim  
Penolong Setiausaha : Cik Salbiah binti Mohd Redzuan
 

Bendahari : Encik Ahmad Sukri bin Mohamed Sodin  
Penolong Bendahari : Puan Ratna Hidayah binti Kamaruddin
 

Ahli Jawatankuasa : 
1. Puan Rosinayati binti Yahya
2. Encik Syed Mohamad Anis bin Syed Husain
3. Tuan Haji Abu Bakar Sajak bin Nong Teh
4. Puan Faridah binti Sulaiman
5. Encik Amidi bin Dato Abdul Manan
6. Encik Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid
7. Puan Hajah Kamariah binti Mahmood
8. Puan Hajah Zalikha binti Salim
9. Puan Zaimah binti Mat Jahid 


Pemeriksa Kira-kira : 

1. Puan Hajah Zaleha binti Musa
2. Encik Yaakub bin Omar 




6.0.  Perkara Berbangkit 

6.1. Perkara 6 ceraian 1

Memandangkan Kesulitan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar asrama untuk
“ outing “ AJK PIBG memohon agar pihak PIBG dapat berhubung dengan pihak pengusaha bas untuk menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari sekolah ke Bandar.

Cadangan : Puan Nafisah binti Omar mencadangkan agar Tabung Bestari
diwujudkan , di mana dananya adalah daripada wang sumbangan ibu bapa bagi mengatasi masalah penyediaan perkhidmatan bas. 


7.0 Pembentangan Usul

7.1 USUL PERTAMA

Kebenaran mengguna pakai terus pindaan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sementara menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

Jawapan : Usul pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan sebulat suara tanpa bahas. 


7.2 USUL KEDUA

FASAL 3 (I) : KEAHLIAN PIBG

Tiap-tiap Ibu Bapa / Penjaga murid dan guru-guru yang
mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan,
Kuantan adalah secara automatik menjadi Ahli
Persatuan ini dan hendaklah membayar yuran tahunan
dan sumbangan sebanyak RM 33.00 setahun bagi ahli
yang baru dan RM 30.00 bagi ahli yang lama.
Bagi guru-guru yang tiada anak yang bersekolah di
sekolah ini, Ahli Baru RM 3.00 bayaran pendaftaran.
RM 5.00 setahun maka RM 8.00 setahun dan bagi ahli
PIBG yang lama RM 5.00 setahun.


Bagi guru-guru yang mempunyai anak bersekolah di
sekolah ini, bayarannya sama seperti ahli-ahli PIBG
yang lain.( RM 33.00-ahli baru, RM30.00-ahli lama )
untuk satu Ahli PIBG sahaja.


Bagi guru-guru yang bertukar/ditukarkan/berhenti
mengajar di sekolah ini,yang tiada anak maka secara
automatik keahliannya terbatal.Tetapi bagi guru-guru
yang mempunyai anak bersekolah di sini walaupun
beliau bertukar /ditukarkan/berhenti maka keahliannya
masih tetap kekal sebagai Ahli PIBG dan dikenakan
bayaran sama seperti Ibu Bapa yang lain.


Walau bagaimanapun, sekiranya ada dalam kalangan Ibu Bapa/guru yang terbatal keahliannya atas sebab-sebab di atas tadi tetapi masih berminat dan ingin memberi khidmat bakti serta sumbangan kewangan, buah fikiran dan sebagainya maka bolehlah memohon kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.

Jawapan : 

Usul Pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan
sebulat suara tanpa bahas.




7.3 USUL KETIGA

FASAL 4 ( I ) : YURAN KEAHLIAN PIBG


USUL NYA : 

Mendesak Majlis Mesyuarat Agung pada hari ini
supaya meluluskan kenaikan yuran tahunan keahlian
PIBG daripada RM 2.00 kapada RM 5.00 setahun dan sumbangan PIBG daripada RM 20.00 kepada RM 25.00 setahun menjadikan jumlah sumbangan PIBG RM 30.00 seorang setahun ( tidak termasuk bayaran pendaftaran RM 3.00 ) 


Jawapan : 

Usul Pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan
sebulat suara tanpa bahas. 



7.4 USUL KEEMPAT

FASAL 8 ( VI ) : KEWAJIPAN/TANGGUNGJAWAB AHLI PIBG


USUL NYA : Mendesak Majlis Mesyuarat Agung pada hari ini,

membuat keputusan dan samada bersetuju/tidak supaya
setiap ahli PIBG yang tidak hadir pada hari Mesyuarat
Agung yang telah ditetapkan tanpa sebarang sebab /
sebab-sebab yang munasabah maka hendaklah ahli
berkenaan memberi sebab secara bertulis kepada
Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa PIBG berhak
menghantar surat peringatan kepada ahli berkenaan.

Jawapan : 

Usul pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan
dengan bahas dengan pindaan perkataan tidak digugurkan.



7.5 USUL KELIMA
 

 FASAL 7 ( I ) No.6 : JAWATANKUASA BIASA PIBG
Tidak kurang daripada 10 orang Ahli Jawatankuasa
Biasa yang terdiri daripada ibu bapa sahaja dan 2 orang
daripada 10 adalah daripada kaum ibu dan daripada
guru-guru tidak kurang daripada 6 orang Ahli
Jawatankuasa/ lebih.(yang lebih tertakluk kepada
Pengetua Sekolah )

Jawapan : 

Usul pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan
sebulat suara tanpa bahas.


7.6 USUL KEENAM

FASAL 7 ( III ) : 

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG: 
Semua pegawai di atas boleh dilantik semula pada tiap-
tiap dua tahun sekali.

Jawapan : 

Usul pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan
sebulat suara dengan pindaan perkataan daripada “dilantik”
kepada “dipilih”. 


7.7 USUL KETUJUH
FASAL 9 ( II ) : 

BENDAHARI
Wang runcit di tangan bendahari untuk kecemasan
hendaklah berjumlah tidak kurang daripada RM 200.00
pada setiap masa.

Jawapan : Usul pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan

sebulat suara tanpa bahas. 



7.8 USUL KELAPAN
FASAL 10 ( I ) : PERANAN PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mereka akan memegang jawatan selama Dua ( 2 ) tahun
dan boleh dilantik semula dan dalam 6 masa bulan sekali
hendaklah memeriksa akaun PIBG dan menyediakan
laporan kepada YDP dan disalinkan kepada Pengetua
sebagai Penasihat.

Jawapan : 

Usul pindaan peraturan PIBG diterima dan diluluskan
dengan bahas dan pindaan dengan perkataan daripada
“ dilantik” kepada “dipilih”.




7.9 PERKARA KEDUA : MENGENAI USUL PEMBAHARUAN
DALAM PIBG

7.9.1 USUL PERTAMA : 

PENUKARAN PENGGUNAAN BUKU MESYUARAT AGUNG KEPADA PENGGUNAAN LCD DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG

USULNYA
: Mendesak Majlis Mesyuarat Agung pada hari ini membahaskan dan meluluskan penggunaan kemudahan teknologi 
( LCD ) dalam mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan tidak lagi menggunakan “ Buku Mesyuarat Agung “ seperti hari ini dan sekiranya dalam mesyuarat tersebut ada ahli-ahli yang ingin mengambil maklumat berkenaan boleh mengambilnya dengan memberi nama kepada S/U PIBG
 

Jawapan : 
Usul pembaharuan dalam PIBG diterima dan diluluskan dengan bahas dan pindaan di mana ahli-ahli yang ingin mengambil maklumat berkenaan Mesyuarat Agung boleh mengambilnya dengan memberi nama kepada Setiausaha PIBG atau layari laman web sekolah. 


7.9.2 USUL KEDUA : 

KEMUDAHAN MEMBAYAR YURAN PERSEKOLAHAN DAN SUMBANGAN AHLI- AHLI KEPADA PIBG  

USULNYA: 

Mendesak Majlis Mesyuarat Agung pada hari ini membahaskan dan meluluskan cara pembayaran yuran pendaftaran persekolahan dan sumbangan ahli-ahli kepada PIBG dengan memasukkan terus ke dalam akaun PIBG melalui kuanter Bank Islam/ mesin ATM Bank Islam oleh ibu bapa sendiri pada bila-bila masa mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Universiti setelah mereka menerima surat tawaran kemasukkan anak mereka ke sekolah ini dan salinan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa bersama pada hari pendaftaran anak-anak mereka sebagai bukti bayaran telah dibuat.

Jawapan : 

Usul pembaharuan dalam PIBG diterima dan diluluskan sebulat suara tanpa bahas.


7.9.3 USUL KETIGA : JUMLAH MURID TERLALU RAMAI DALAM SEBUAH KELAS DAN MELEBIHI SEPATUTNYA -Tidak melebihi 35 orang sahaja.

USULNYA


Mendesak pihak JAIP supaya membuat satu dasar penyelarasan menghadkan pengambilan murid-murid tingkatan satu kepada satu jumlah yang sesuai dengan keperluan sekolah dan kemampuan kelas serta keselesaan guru-guru untuk mendidik mereka. JAIP menjelaskan kepada pemohon-pemohon bahawa JAIP memberi keutamaan
kepada anak-anak Negeri Pahang dalam pengambilan pelajar Tingkatan Satu dengan mengambilkira yang jauh dan dekat serta kebolehan pelajar-pelajar itu sendiri dengan melalui proses temu uji terlebih dahulu.

Jawapan : Usul pembaharuan dalam PIBG diterima dan diluluskan sebulat suara tanpa
bahas.


7.9.3 USUL TERGEMPAR
KENAIKKAN YURAN ASRAMA


USULNYA


Menaikkan kos yuran asrama RM23.00 kepada RM 30.00 sebulan.Kenaikkan ini adalah untuk menambahbaik keperluan pelajar asrama. 


Jawapan : Usul tergempar berkenaan kenaikan yuran diterima dan diluluskan sebulat suara
dengan bahas dan pindaan kenaikan yuran tersebut bermula pada bulan April.

PEMBINAAN SMAI-II

USULNYA


Majlis Mesyuarat mendesak pihak JAIP membawa usul ini kepada pihak negeri supaya mempertimbangkan pembinaan SMAI-II di dua kawasan yang telah dikenalpasti Pembinaan tersebut adalah kerana sekolah agama yang sediaada tidak dapat menampung kebanjiran pelajar yang begitu ramai.Bilangan pelajar dalam kelas tingkatan satu juga terlalu ramai menyebabkan guru tidak dapat memberi perhatian.
Ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama berbanding sekolah aliran lain dan harapan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka belajar di sekolah agama yang terlalu tinggi.

Jawapan : Usul tergempar berkenaan pembinaan SMAI-II diterima dan diluluskan sebulat
suara tanpa bahas. 


8.0 Hal-hal lain

8.1 Puan Nafisah binti Omar memaklumkan bahawa ketiadaan aktiviti selepas peperiksaan PMR menyebabkan ada pelajar yang berlegar-legar di luar kawasan sekolah sebelum waktu persekolahan berakhir.


Jawapan : Pelajar tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran kerana selepas peperiksaan PMR
tamat, diadakan pula peperiksaan subjek agama dan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar lain untuk kenaikkan kelas. Ibu bapa juga perlu memberi kerjasama dalam mengawasi anak-anak. Sekiranya ada perkara yang ingin dibincangkan boleh merujuk kepada pihak sekolah.

8.2 Encik Abdul Nasir bin Abdullah memaklumkan perkara berikut perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah :


8.2.1 Hafalan ayat-ayat mathurat ketika waktu peperiksaan.


8.2.2 Masalah ketiadaan lampu di bilik air asrama pelajar perempuan.

8.2.3 Perkongsian almari bagi pelajar perempuan di asrama.

8.2.4 Kawalan keselamatan kurang dititikberatkan dalam asrama dan ketika keluar Asrama.

8.2.5 Etika ketika menjemur pakaian.

8.2.6 Kesukaran untuk berjumpa dengan warden asrama pelajar perempuan.

Jawapan : Pengetua menjelaskan perkara tersebut akan diselidik terlebih dahulu dan
akan dipantau.

8.3 Puan Monaliza binti Abdul Karim mencadangkan supaya Mesyuarat Agung yang akan datang dapat memaparkan prestasi pelajar.


Jawapan : Cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah. Pengetua juga
menjelaskan bahawa prestasi pelajar sekolah ini memuaskan berbanding dengan sekolah agama yang lain.

8.4 Puan Arfah binti Yahya memaklumkan bahawa menu di dewan makan pelajar asrama tidak sesuai untuk pelajar dan mencadangkan agar menu tersebut perlulah seimbang dan menyihatkan pelajar.


Jawapan : Pengetua akan memantau perkara tersebut. Puan Rosinayati binti Yahya dari
JAIP menjelaskan bahawa setiap dewan makan asrama mesti mengikut menu yang ditetapkan. Pihak pengurusan JAIP akan memantau perkara berkenaan.

8.5 Ahli mesyuarat mencadangkan supaya pelajar yang tidak menghadiri kelas tambahan diberi surat amaran bagi mengatasi masalah ketidakhadiran dalam kelas tambahan.

Jawapan : Pengetua meminta kerjasama daripada ibu bapa dalam memantau anak
masing-masing agar masalah ini dapat diatasi. 


9.0 Penangguhan

9.1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah ditangguhkan pada pukul 1.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi mesyuarat. 

No comments: