Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Tuesday 24 April 2012

PERJUMPAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH AGAMA PAHANG DENGAN WAKIL PRESIDENTIAL COURT UNITED ARAB EMIRATES

Satu perjumpaan antara pengetua-pengetua sekolah agama Pahang dengan wakil Presidential Court United Arab Emirates telah diadakan di Hotel Zenith Kuantan. Perbincangan telah diadakan bagi menguruskan penempatan guru-guru United Arab Emirates yang mengajar Bahasa Arab di sekolah agama Pahang yang telah berjalan selama 15 tahun. Banyak penambahbaikan telah dicadangkan. Antaranya mengadakan muktamar Bahasa Arab setiap tahun. Dimaklumkan juga bahawa guru-guru tersebut dibenarkan bercuti selama 45 hari setahun untuk pulang ke negara asal masing-masing. Pengetua-pengetua juga dijemput berkunjung ke Abu Dhabi untuk membincangkan lebih lanjut program-program yang boleh di adakan.


Mr. Saeed Ali Humaid Al-Ketby

Barisan Pengetua yang hadir

 KPP Bahagian Pendikan JAIP, Puan Hajjah Pahimah mempengerusikan perbincangan

No comments: