Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Monday 23 April 2012

PROGRAM USAHAWAN BERSAMA IKIP

Seramai 140 orang pelajar telah menyertai program keusahawan anjuran pelajar IKIP jurusan perniagaan pada 21-22 April 2012.

Laporan daripada Ustaz Abdul Aziz :

Laporan BENGKEL KEUSAHAWANAN: “USAHAWAN FANTASI JUTAWAN REALITI”
Alhamdulillah pada tanggal 20-22 April yang lalu telah berlangsung bengkel keusahawanan anjuran IKIP di Dewan Utama SMAI. Seramai 140 orang pelajar SMAI terdiri daripada pelajar tingkatan 5,4 dan 2 telah menyertai dan menjayakan program ini. Antara objektif program ini ialah memupuk minat para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan, melatih para pelajar berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, dan menerapkan jati diri dinamik di kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ceramah “Kenali Usahawan”, latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti Kreativiti dan Inovasi (rekaan produk), malam kebudayaan dan pembentangan Produk Kreatif. Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memberi kafahaman dan anjakan paradigma kepada para peserta dalam memahami ruh keusahawanan. Seinfiniti ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Sekian. 

1 comment:

Anonymous said...