Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Friday 20 April 2012

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK/PANTUN/SYAIR APRIL-MEI 2012


Warga Ihsan dijemput menyertai pertandingan ini dengan menghantar karya masing-masing ke ruangan comments di bawah. Sila tulis nama untuk disampaikan hadiah jika menang. Tajuk dan panjang karya anda adalah bebas. Bina dan asah bakat anda! Di sinilah medannya! Silakan!!

Contoh karya dari blog ipuisi:

TERIMA KASIH GURU
(Sempena Hari Guru 2009)

Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah
kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.



Penyertaan:


Facebook, Twitter, Myspace.

Dahulunya Friendster.
Sebilangan orang menolak mentah.
Membutakan mata, memekakkan telinga.
katanya, membuang masa.
katanya, melanggar batas batas syariat.
katanya juga menolak sunnah.
Itu di sisi gelapnya.
mengapa dilihat disisi gelap.
Sedangkan wujud jalan terang terbentang luas untuk para dai'e yang merindui syurga tuhannya.

Bukan medium itu harus diperangi membuta tuli.
bukan juga untuk dicaci sekeras-kerasnya.
namun, akidah kita harus diperhalusi dan ditelilti.
supaya terbentuk nilai nilai benar yang dirahmati.
menggunakan nikmat segala ada.
menyebarkan yang hak.
menyekat kebatilan.
memenuhi tuntutan tuhan.
amar makruf nahi munkar!
itulah cara baru dan terkini.
untuk para dai'e melakar strategi.
mewarisi amalan sunnah para nabi.

Assalamualaikum.
Sajak ni dicipta semasa Majlis Ilmiah Aspurari 2012.

Tema: Laman Sosial
Nama: Ainil Husna
Kelas: 2 Ibnu Umar
-Ainil Husna-

20 April 2012 07:13

3 comments:

abby said...

wah best2 nak try jugak nie....

Ainil Husna said...

Facebook, Twitter, Myspace.
Dahulunya Friendster.
Sebilangan orang menolak mentah.
Membutakan mata, memekakkan telinga.
katanya, membuang masa.
katanya, melanggar batas batas syariat.
katanya juga menolak sunnah.
Itu di sisi gelapnya.
mengapa dilihat disisi gelap.
Sedangkan wujud jalan terang terbentang luas untuk para dai'e yang merindui syurga tuhannya.

Bukan medium itu harus diperangi membuta tuli.
bukan juga untuk dicaci sekeras-kerasnya.
namun, akidah kita harus diperhalusi dan ditelilti.
supaya terbentuk nilai nilai benar yang dirahmati.
menggunakan nikmat segala ada.
menyebarkan yang hak.
menyekat kebatilan.
memenuhi tuntutan tuhan.
amar makruf nahi munkar!
itulah cara baru dan terkini.
untuk para dai'e melakar strategi.
mewarisi amalan sunnah para nabi.

Assalamualaikum.
Sajak ni dicipta semasa Majlis Ilmiah Aspurari 2012.

Tema: Laman Sosial
Nama: Ainil Husna
Kelas: 2 Ibnu Umar
email: don.disturb11@gmail.com
Blog: http://edsassinstory.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/nanasyirah

-Ainil Husna-

Anonymous said...

salam..kepada admin..bila tarikh tamat n bile nak kasi hadiah???tq