Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Wednesday, 30 May 2012

ATAP ASRAMA LELAKI DIBAIKI

Atap asrama lelaki telah dibaiki. Kerja-kerja pembaikan dilaksanakan pada 30 Mei 2012 jam 6.00 petang. Terima kasih kepada Encik Hamdan yang menguruskan kerja-kerja ini.






Sunday, 27 May 2012

CONTOH KERJA ORANG JEPUN

Petikan ini diambil dari buku 'DOKTOR UMUM' memoir Tun Mahathir :


...cara orang Jepun memasak tempura melambangkan sikap mereka terhadap kerja. Ada sahaja yang perlu dibuat bagi mengisi masa dan mereka tidak pernah duduk diam. Dapur keluli tahan karat dan periuk belanga dibasuh serta dikilatkan setiap kali diguna sehingga bersinar seolah-olah tidak pernah digunakan. Semua kelengkapan dapur diatur dengan rapi. Sisa makanan dibuang segera agar tidak kelihatan dan pinggan pelanggan diganti sebelum nampak kotor. Tukang masak menyambut pelanggan dengan penuh sopan. Apabila beliau selesai memasak, kaunter dibersihkan sehingga cerah dan bersinar semula. Sebelum beredar untuk melayan pelanggan di kaunter lain, tukang masak memberi tunduk hormat penuh kesantunan. 


Jika pendekatan berkerja begini dilaksanakan oleh kita semua di sekolah ini bagaimana agaknya hasil yang akan kita dapat? 


Satu contoh terbaik yang dilakukan oleh pelajar Ihsan ialah membaca buku sambil berjalan menuju dewan makan dalam minggu peperiksaan. Jika amalan ini boleh dilakukan berterusan mungkin ramai pelajar yang akan mendapat banyak A di dalam sijil PMR dan SPM mereka. Adakah perbuatan ini satu perkara yang sangat susah untuk dilakukan?

Saturday, 26 May 2012

FORUM : PANDANGAN DAN PENDAPAT MEMBINA IHSAN CEMERLANG 2012

Semua pelawat blog ini (pelajar, guru, ibu bapa, bekas pelajar, atau sesiapa sahaja) dipelawa memberi pandangan atau pendapat yang membina untuk dibincangkan oleh kita semua. Tiada syarat. Semua pendapat/pandangan akan disiarkan di ruangan comments. Pendapat yang bernas akan disiarkan semula di dalam post ini.


Sebagai contoh:


Bagaimana melahirkan 50 pelajar SPM 11A tahun ini? Apa peranan pelajar, guru, pengetua, JAIP, dan ibu bapa?


Selamat berbincang :)

PERTANDINGAN PUISI MEI-JUN 2012

Pelajar dipelawa menulis puisi bertemakan isu berikut:

Cuti
Kerja kuat
Cita-cita
Kasih sayang anak-ibu bapa

Semua puisi hendaklah dihantar ke blog ini dan akan disiarkan di post ini.

___________


Students are invited to write poetry with the theme of the following issues:

Holiday
Hard working
Ambition
Children’s love to parents

All poems must be sent to this blog and will be published in this post.

___________

والدعوة موجهة إلى الطلاب على كتابة الشعر وموضوعه في المسائل التالية



عطلة
العمل الشاق
طموح
الطفل حب الوالدين

يجب أن ترسل كل القصائد في هذا بلوق، وسيتم نشرها في هذا المنصب 

_____________

Post Scriptum : Jika terjemahan Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab tidak tepat sila comments di bawah.

Friday, 25 May 2012

PEMENANG PUISI APRIL-MEI 2012

Tahniah kepada Ainil Husna binti Azmi kerana memenagi pertandingan menulis puisi Siri April-Mei 2012 blog ini. 




Facebook, Twitter, Myspace.
Dahulunya Friendster.
Sebilangan orang menolak mentah.
Membutakan mata, memekakkan telinga.
katanya, membuang masa.
katanya, melanggar batas batas syariat.
katanya juga menolak sunnah.
Itu di sisi gelapnya.
mengapa dilihat disisi gelap.
Sedangkan wujud jalan terang terbentang luas untuk para dai'e yang merindui syurga tuhannya.

Bukan medium itu harus diperangi membuta tuli.
bukan juga untuk dicaci sekeras-kerasnya.
namun, akidah kita harus diperhalusi dan ditelilti.
supaya terbentuk nilai nilai benar yang dirahmati.
menggunakan nikmat segala ada.
menyebarkan yang hak.
menyekat kebatilan.
memenuhi tuntutan tuhan.
amar makruf nahi munkar!
itulah cara baru dan terkini.
untuk para dai'e melakar strategi.
mewarisi amalan sunnah para nabi.

TAMAT LATIHAN MENGAJAR

Encik Ahmad Syahid Supian bin Ahmad Nazli daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menamatkan latihan mengajar beliau pada hari ini 25 Mei 2012. Beliau telah menjalani latihan dengan jayanya. Terima kasih!




Terima kasih kepada UIAM yang menempatkan pelajar-pelajar di Ihsan. Pelajar UIAM yang berminat untuk menjalani latihan mengajar di sekolah ini sangat dialu-alukan. Saudara-saudari akan disediakan tempat tinggal dan makan percuma.

Thursday, 24 May 2012

RENUNGAN IBU BAPA


Mendidik anak pada zaman i-pad, i-phone, hand phone dan internet amat berbeza dengan zaman typewriter, zaman papan kapur, atau zaman papan batu. Ibu bapa kini perlu memiliki kemahiran kaunseling supaya dapat membantu menyelesaikan masalah anak-anak khususnya anak-anak pada peringkat remaja tingkatan 1-5. Cara kekerasan mendidik anak seperti mana sesetengah orang tua dulu yang membalun anak dengan kayu api.. amat janggal pada zaman sekarang. Perbincangan diperlukan dalam mencari punca masalah, menyelesaikan masalah atau memberi harapan tertentu kepada anak.

Sebelum kaunseling boleh dilakukan, pastilah ibu bapa berkenaan perlu memiliki peribadi yang baik dan dihormati. Sekiranya ibu bapa sendiri sering melanggar peraturan khususnya melanggar peraturan agama seperti berjudi, minum arak, menipu, tidak sembahyang, curang kepada pasangan, malas atau sentiasa keluar malam lepak dengan kawan-kawan dan sebagainya maka pastilah misi kaunseling yang akan dilaksanakan terhadap anak-anak menambahkan lagi kekeliruan kepada mereka.

Di manakah ibu bapa boleh belajar perkara-perkara asas ini?


Jika anak melakukan kesalahan bagaimana membetulkannya?


Jika bapa berbuat silap kepada anak bagaimana mengakuinya dan membetulkannya?


Jika bapa telah 10 tahun lari dari rumah mengabaikan tanggung jawab kepada keluarga bagaimana menebus semula kesilapan seperti itu?


SENARAI PERBELANJAAN DAN PENGURUS PROJEK/KERJA

Berikut adalah senarai projek/kerja yang dikemukakan kepada pentadbiran sekolah dan telah diluluskan dengan menggunakan akaun asrama yang mana cek ditandatangan oleh pengetua dan penyelia asrama:


NAMA PEMOHON PROJEK/ KERJA JUMLAH (RM) TARIKH
Hamdan bin Jaafar Pembelian Jubin 1,200.00 21.3.2011
Ariff bin Abdullah Pembelian TV Aspura 2,322.00 23.3.2011
Bahagian. Asrama Buang Sampah Asrama 300.00 23.3.2011
Hamdan bin Jaafar Pembinaan Kolah Aspuri (advance) 500.00 24.3.2011
Abdul Aziz bin bin Abd Rahman Pembelian Pembesar Suara 360.00 24.3.2011
Penyelaras Pertandingan JPNP Yuran Tadarus 310.00 29.3.2011
Mustafa bin Mondok Separuh Bayaran buat Kolah 500.00 30.3.2011
Hamdan bin Jaafar Tambahan Jubin 60.00 30.3.2011
Ariff bin Abdullah Peruntukan Karnival Aspurari 350.00 4.4.2011
Abdul Aziz bin bin Abd Rahman Pembelian Portable Soket 134.00 4.4.2011
Abdul Aziz bin bin Abd Rahman Pembelian Alat Pembesar Suara 185.00 6.4.2011
Persatuan Kadet Polis Peruntukan Kadet Polis 975.00 11.4.2011
Mustafa bin Mondok Membaiki Kolah 1,100.00 11.4.2011
Ariff bin Abdullah Peruntukan Majlis Ilmiah 800.00 11.4.2011
Roshanaliza binti Abas Jurulatih Bola Jaring 500.00 5.5.2011
Hamdan bin Jaafar Belian rak Kasut 320.00 16.5.2011
Ariff bin Abdullah Memasang Kawat Duri 1550.00 18.5.2011
Abdul Aziz bin bin Abd Rahman Pembelian Penyedut Hampagas 250.00 25.5.2011
Tuan Siti Nazifah binti Tuan Long Minggu Penghayatan 600.00 26.5.2011
Pesah binti Zainal Abidin Wang Perbelanjaan KESUMA 750.00 1.6.2011
Ariff bin Abdullah Wang Runcit Aspura 500.00 13.6.2011
Saifudin bin Abd Sani Beli Beg Bagasi 100.00 13.6.2011
Azizah binti Daud Ceramah Ubat Ubatan 80.00 21.6.2011
Abdul Aziz bin bin Abd Rahman Membaiki Longkang 300.00 21.6.2011
Abdul Aziz bin bin Abd Rahman Pembelian Mesin Basuh 640.00 28.6.2011
Minah binti Yahaya Membaiki Kantin 502.50 6.7.2011
Ratna Hidayah bin Kamarudin Peruntukan Penyediaan P&P 1,000.00 13.7.2011
Ariff bin Abdullah Wang Runcit Aspura 500.00 13.7.2011
Roshanaliza binti Abas Wang Runcit Aspuri 500.00 20.7.2011
Wan Rafikah bin Wan Musa Peruntukan Badan Dakwah 400.00 4.8.2011
Maimunah binti Yaakub Bayaran Kelas Tambahan 200.00 4.8.2011
Zalikha binti Mat Salim Membaiki Saluran Tandas 840.00 5.9.2011
Zalikha binti Mat Salim Pembayaran Gaji guru Tambahan 560.00 22.9.2011
Saifudin bin Abd Sani Jamuan Aspurari 2,980.00 22.9.2011
Guru Penyelaras SPBT Buku Solat 90.00 22.9.2011
Saifudin bin Abd Sani Gotong Royong Bersih Dewan 150.00 29.9.2011
Ariff bin Abdullah Wang Runcit Aspura 500.00 3.10.2011
Zarina binti Mohd Nawi Kelas Tambahan 50.00 3.10.2011
Muhammad Raziq bin Razmi Pemulangan wang Zakat 100.00 20.10.2011
Hamdan bin Jaafar Peralatan pembaikian Asrama 242.00 21.10.2011
Ariff bin Abdullah Beli Setem & Sampul Surat untuk Pel. Asr 465.00 31.10.2011
Zalikha binti Mat Salim Karnival Ilmiah dan Sukan 1,000.00 1.11.2011
Roshanaliza binti Abas Wang Runcit Aspuri 500.00 1.11.2011
Mohd Zainon bin Hamzah Mengemas Dewan Peperiksaan 30.00 3.11.2011
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Pembelian Bola Futsal 100.00 3.11.2011
Unit beruniform Kadet Polis Jamuan Kadet Polis 200.00 9.11.2011
Abdul Aziz bin bin Abd Rahman Memasang Sportlight 500.00 21.11.2011
Ariff bin Abdullah Wang Runcit Aspura 500.00 21.11.2011
Zalikha binti Mat Salim Kerja Menyambung Paip 1,260.00 6.12.2011
Amiluddin bin Mohd Yunus Pembelian Kertas A4 288.00 23.12.2011


NAMA PEMOHON PROJEK/ KERJA JUMLAH (RM) TARIKH
Zalikha binti Mohd Salim Pengubahsuaian Rumah Warden 4,500.00 06.01.2012
Zarina binti Mohd Nawi Pembelian Pen Marker untuk Pelajar 138.00 12.01.2012
Norlelawati binti Shammudi Barang -barang hardware 239.50 17.01.2012
Hamdan bin Jaafar Kerja membaiki Paip Asrama Aspuri 700.00 26.01.2012
Zalikha binti Mohd Salim Membekal dan memasang peralatan elektrik rosak 1,046.00 27.01.2012
Minah binti Yahaya Program Keceriaan dan membaiki Kolam 2,000.00 30.01.2012
Roshanaliza binti Abas Wang Runcit Aspuri 1,000.00 30.01.2012
Hamdan bin Jaafar Pembelian Jubin untuk Pembinaan Kolah Aspura 1,620.00 30.01.2012
Hamdan bin Jaafar Memasang Paip di Asrama Aspura 900.00 30.01.2012
Husin bin Mohamad Yunus Kerja- kerja pendawaian sistem P.A 590.00 31.01.2012
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Program bersama pelajar Kipsas 468.00 02.02.2012
Wan Rafikah binti Wan Musa Peruntukan Program Maulidur Rasul 200.00 02.02.2012
Hamdan bin Jaafar Kerja- kerja membuat Garaj Warden Asrama 300.00 03.02.2012
Hamdan bin Jaafar Membaiki kerosakan Paip Asrama Aspuri 300.00 08.02.2012
Hamdan bin Jaafar Kerja membaiki pintu sliding & dinding zink Asr 600.00 09.02.2012
Hamdan bin Jaafar Kerosakan Paip di Asrama 400.00 13.02.2012
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Peruntukan Majlis Ilmiah Aspurari 800.00 16.02.2012
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Pembelian Kad Keluar Asrama 1,800.00 27.02.2012
Abdul Aziz bin Abd Rahman Pembelian Banner untuk Menu dewan Asr 494.00 29.02.2012
Norliana binti Ali Peruntukan Program Gotong Royong 1,279.00 02.03.2012
Muhammad Saifullah Suhaimi Pembelian Jaring Gol Futsal Aspura 129.90 06.03.2012
Hamdan bin Jaafar Membekal dan memasang Zink Kolah Aspura 1,600.00 19.03.2012
Abdul Aziz bin Abd Rahman Kerja- kerja membersih Karpet Surau Asrama 390.00 20.03.2012
Roshanaliza binti Abas kerja mengutip Sanitact bin 300.00 21.03.2012
Kamariah binti Abdul Latiff Peruntukan hadiah keceriaan sekolah 150.00 28.03.2012
Roshanaliza binti Abas Bayaran Jurulatih Bola Jaring Aspuri 250.00 28.03.2012
Mohammad Zairul Irsyad bin Zainal Tuntutan Elaun warden Aspura 210.00 02.04.2012
Abdul Halim bin Zakaria Bekal & pasang lampu di asrama 880.00 04.04.2012
Muhammad Saifullah Suhaimi Wang Runcit Aspura 500.00 09.04.2012
Roshanaliza binti Abas Program minggu Disiplin Asrama 1,000.00 09.04.2012
Roshanaliza binti Abas Wang Runcit Aspuri 1,000.00 17.04.2012
Husin bin Mohamad Yunus Kerja- kerja pendawaian sistem P.A 300.00 17.04.2012
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Program Karnival sukan Asrama 600.00 17.04.2012
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Pemasangan Lampu Limpah Aspura 1,350.00 19.04.2012
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Pemasangan Lampu kalimatang Aspura 550.00 26.04.2012
Hamdan bin Jaafar membekal dan memasang alat elektrik aspura 1,672.50 02.05.2012
Mohammad Zairul Irsyad bin Zainal Elaun Warden Aspura 500.00 02.05.2012
Hamdan bin Jaafar memasang kepala Paip & suis Asrama 670.00 09.05.2012
Roshanaliza binti Abas kerja mengutip Sanitact bin 100.00 11.05.2012
Abdul Aziz bin Abd Rahman Sambutan Hari Guru 500.00 15.05.2012
Ahmad Baihaqi bin Ab Basik Peruntukan hari keluarga Aspurari 2,300.00 17.05.2012
Abdul Aziz bin Abd Rahman Pembelian Bip kebenaran keluar kelas 648.00 22.05.2012
Hamdan bin Jaafar bekal, pasang dan periksa elektrik asrama 1,415.00 22.05.2012


Terima kasih kepada pengurus-pengurus projek yang telah berjaya melaksanakan projek sepenuhnya. ''Ihsan Cemerlang 2012". :)