Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Friday 25 May 2012

PEMENANG PUISI APRIL-MEI 2012

Tahniah kepada Ainil Husna binti Azmi kerana memenagi pertandingan menulis puisi Siri April-Mei 2012 blog ini. 




Facebook, Twitter, Myspace.
Dahulunya Friendster.
Sebilangan orang menolak mentah.
Membutakan mata, memekakkan telinga.
katanya, membuang masa.
katanya, melanggar batas batas syariat.
katanya juga menolak sunnah.
Itu di sisi gelapnya.
mengapa dilihat disisi gelap.
Sedangkan wujud jalan terang terbentang luas untuk para dai'e yang merindui syurga tuhannya.

Bukan medium itu harus diperangi membuta tuli.
bukan juga untuk dicaci sekeras-kerasnya.
namun, akidah kita harus diperhalusi dan ditelilti.
supaya terbentuk nilai nilai benar yang dirahmati.
menggunakan nikmat segala ada.
menyebarkan yang hak.
menyekat kebatilan.
memenuhi tuntutan tuhan.
amar makruf nahi munkar!
itulah cara baru dan terkini.
untuk para dai'e melakar strategi.
mewarisi amalan sunnah para nabi.

1 comment:

Ainil Husna said...

shukran jazilan mudir :)