Mendidik anak pada zaman i-pad,
i-phone, hand phone dan internet amat berbeza dengan zaman typewriter, zaman
papan kapur, atau zaman papan batu. Ibu bapa kini perlu memiliki kemahiran
kaunseling supaya dapat membantu menyelesaikan masalah anak-anak khususnya
anak-anak pada peringkat remaja tingkatan 1-5. Cara kekerasan mendidik anak
seperti mana sesetengah orang tua dulu yang membalun anak dengan kayu api..
amat janggal pada zaman sekarang. Perbincangan diperlukan dalam mencari punca
masalah, menyelesaikan masalah atau memberi harapan tertentu kepada anak.
Sebelum kaunseling boleh
dilakukan, pastilah ibu bapa berkenaan perlu memiliki peribadi yang baik dan
dihormati. Sekiranya ibu bapa sendiri sering melanggar peraturan khususnya
melanggar peraturan agama seperti berjudi, minum arak, menipu, tidak sembahyang, curang
kepada pasangan, malas atau sentiasa keluar malam lepak dengan kawan-kawan dan sebagainya maka pastilah misi kaunseling yang akan
dilaksanakan terhadap anak-anak menambahkan lagi kekeliruan kepada mereka.
Di manakah ibu bapa boleh
belajar perkara-perkara asas ini?
Jika anak melakukan kesalahan bagaimana membetulkannya?
Jika bapa berbuat silap kepada anak bagaimana mengakuinya dan membetulkannya?
Jika bapa telah 10 tahun lari dari rumah mengabaikan tanggung jawab kepada keluarga bagaimana menebus semula kesilapan seperti itu?

No comments:
Post a Comment