Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday 17 May 2012

KEPIMPINAN SEKOLAH

Terima kasih kepada seseorang yang telah memberi komen yang sangat bernas mengenai kepimpinan sekolah. Saya mohon kebenaran daripada tuan untuk memaparkannya sebagai satu posting untuk senang dibaca oleh semua orang. Tq. :)!



Dari insan yang kerdil

Saya terpanggil untuk memberi komen terhadap luahan rasa pengetua. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya komen ini menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Saya tidak berniat demikian.
Dalam sebuah organisasi, orang yang banyak memainkan peranan ialah ketuanya. Cuba kita baca artikel ini:
Tajuk : Bagaimanakah bentuk-bentuk kepimpinan sekolah?

PENGENALAN :
Pemimpin: individu memberi pengaruh kepada individu lain di dalam suatu pertubuhan.
Kepimpinan: aktiviti kompleks, didefinisikan pelbagai cara, bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin

Peranan pemimpin adalah faktor terpenting mewujudkan sesebuah organisasi yang berkesan.

KEPIMPINAN SEKOLAH :
Kepimpinan sekolah- proses pengetua mendapatkan kerjasama mereka yang bertugas di bawah arahannya dalam menuju ke arah penyempurnaan matlamat.
Kepimpinan sekolah termasuk pengetua, guru, kakitangan, objektif, pelajar, ibu bapa, dan masyarakat.

Menurut Lippitt dan White - enam bentuk authoritarian dalam kepimpinan sekolah iaitu autokratik, keibubapaan, karisma, kepakaran, struktur/ organisasi, dan perunding. Terdapat bentuk kepimpinan demokratik: penghakiman, perwakilan, perundingan dan perbincangan terbuka

KEPIMPINAN PENGETUA :
Mencipta situasi belajar mengajar. Menawarkan kepemimpinan kurikulum. Merancang strategi kurikulum. Memantau kemajuan pelajar. Membantu membaiki amalan dan kualiti P&P.

Pelbagai stail pengurusan sekolah - Kepimpinan autokratik - Kepimpinan demokratik - Kepimpinan laissez- faire - Gaya kepimpinan kontigensi - Gaya kepimpinan kontinum Gaya kepimpinan

KEPIMPINAN AUTOKRATIK :
Pengetua bersifat ingin berkuasa. Orang lain tiada kebebasan untuk memutuskan sesuatu perkara, hanya melaksanakan tugas saja. Interaksi sehala pasif di antara pihak sekolah, guru dan murid. Iklim persekolahan menjadi tegang, timbul rasa negatif orang dipimpin. Sesuai dalam situasi krisis.

KEPIMPINAN DEMOKRATIK :
Pengetua berkongsi kuasa dengan guru, boleh bersama membuat keputusan. Mementingkan kepentingan bersama, bukan kepentingan sendiri. Meningkatkan iklim persekolahan yang kondusif, rasa puas hati daripada orang yang dipimpin. Sesuai dalam situasi kerja seharian.

KEPIMPINAN LAISSEZ- FAIRE :
Sifat kepimpinan yang tidak ternampak. Pengetua memberikan kebebasan sepenuhnya kepada guru dan kakitangan, tidak memberi pandangan. Keyakinan yang diberi mendatangkan faedah kepada sekolah dan usaha cepat berhasil. Guru-guru dan kakitangan tiada pedoman kerja, disiplin sekolah merosot, keadaan sekolah tidak bersistematik.

KEPIMPINAN KONTIGENSI :
Pengetua menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud . Dipengaruhi oleh faktor-faktor perubahan situasi pada masyarakat. Situasi-situasi tersebut dapat diasingkan kepada perhubungan pemimpin dan pengikut, struktur kerja serta kedudukan kuasa

Perhubungan pemimpin dan pengikut- suasana kumpulan dalam konteks keyakinan, kesetiaan dan tarikan yang diberi oleh orang yang dipimpin. Struktur kerja- tahap syarat bagi sesuatu tugas jelas dan dirancang. Kedudukan kuasa- jumlah kuasa pemimpin memberi ganjaran atau hukuman kepada orang yang dipimpin.

KEPIMPINAN KONTINUM :
Gaya kepimpinan yang berpusatkan ketua dan pekerja. Lima corak tingkah laku kepimpinan iaitu memberitahu, menjual, menguji, meminta pandangan dan menyertai. Sifat pada pengetua berinteraksi dengan keadaan sekeliling bagi menentukan keberkesanannya. Mementingkan kebijaksanaan pemimpin untuk menilai keadaan dan membuat keputusan.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
3.2 ASPEK-ASPEK KEPIMPINAN PENGETUA :
PERANCANGAN :
pengetua lazimnya menentukan matlamat jangka panjang dan pendek dan kaedah-kaedah untuk mencapainya

PENGELOLAAN :
kaedah pentadbir menyelaraskan sumber-sumber manusia dan bahan memudahkan penyempurnaan perancangan dan membantu mencapai matlamat organisasi sekolah

PENGARAHAN :
Pengarahan bermaksud bagaimana seseorang pentadbiran dan pengurus sekolah itu memberikan tugas dan mempengaruhi kakitangan bawahannya dan mendapatkan kerjasama mereka bagi melaksanakan tugas mereka.

PENGAWALAN :
ditakrifkan sebagai suatu proses untuk menentu dan menjamin agar kegiatan pekerja terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan pengetua prestasi guru-guru dan kakitangannya tidak terkeluar daripada garis-garis perancangan pengetua perancangan selaras dengan persekitaran dan suasana keadaan yang sentiasa berubah-ubah

3.3 CARA KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN KOMUNITI SEKOLAH :
menganggap semua guru, pekerja dan murid sebagai anak buah beliau. menyampaikan arahan secara berdiplomasi menghargai pendapat, daya usaha ataupun penglibatan yang diberikan oleh anak buahnya memberi kepercayaan kepada orang kanannya
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
4.0 KEPIMPINAN GURU

4.1 KEPIMPINAN GURU DALAM ORGANISASI

Guru pengurus pertengahan melakukan sesuatu ataupun sebagai pengurus, menyuruh orang lain melaksanakannya.

4.1.1 KEPIMPINAN GURU SEBAGAI PENGURUS PERTENGAHAN :
membimbing atau mentor dalam konteks pendidikan Kepimpinan sokongan positif daripada staf yang lebih berpengalaman kepada staf yang mempunyai sedikit pengalaman. Kepimpinan guru di sekolah pengurus pertengahan, pengurus yang berperanan untuk mengajar sebagai tugas harian sementara memainkan peranan sebagai ketua pasukan pengurus.

Kepimpinan guru di sekolah Pengurus Pertengahan Mengajar sebagai tugas harian Ketua pasukan pengurus

enam peringkat dalam pengurusan sekolah :
enam peringkat dalam pengurusan sekolah menentukan matlamat membuat polisi merancang kurikulum mendapatkan sumber melaksanakan program pembelajaran dan penilaian.

Sebagai professional, guru harus menghargai kerja berpasukan yang efektif. Sekolah bergantung pada kerja berpasukan. Sebagai pemimpin, pengurus pertengahan melakukan sesuatu ataupun sebagai pengurus, menyuruh orang lain melaksanakannya.

KEPIMPINAN GURU :
Professional Pemimpin ? menghargai kerja berpasukan yang efektif ? Sekolah bergantung pada kerja berpasukan pengurus pertengahan melakukan sesuatu ataupun sebagai pengurus, menyuruh orang lain melaksanakannya

4.1.2 CARA KEPIMPINAN PENGURUS PERTENGAHAN :
bertujuan memimpin dan terlibat bersama dalam pasukan yang efektif serta mempunyai tujuan yang sama, berkongsi kemahiran, menyedari potensi dan mengurangkan tekanan dan kebimbangan kebolehan memotivasikan orang lain pengurus pertengahan ?model peranan kepada ahli pasukannya memberi dorongan dan rangsangan kepada yang lain mempunyai kefahaman Vs hubungan dengan orang lain

bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan strategi bagi keseluruhan sekolah daripada segi struktur dan tujuannya menjadi contoh kepada staf lain-lain—melalui perawakan dan tingkah laku

4.2 KEPIMPINAN GURU DI DALAM KELAS :
mempengaruhi mutu hubungan guru VS pelajar mempengaruhi tingkah laku sosial dan kualiti pembelajaran pelajar

kepimpinan autokratik :
kepimpinan autokratik memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pemngajaran dan pembelajaran. membentuk corak pengurusan kelas dengan kuasa Keadaan yang pasif, kurang menarik, dan dipenuhi dengan perasaan cemas dan takut lebih sesuai untuk pelajar yang malas membuat kerja dan memerlukan lebih perhatian atau paksaan daripada guru.

kepimpinan demokratik :
kepimpinan demokratik berkongsi kuasa dengan pelajar dalam pengurusan aktiviti di dalam kelas menimbulkan interaksi dua hala di antara guru dengan pelajar Pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat atau pandangan dan mengemukakan soalan semasa pembelajaran. pelajar cergas bertindak balas terhadap segala aktiviti pengajaran guru dan melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pelaksanaan aktiviti. Suasana sosioemosi dapat dipertingkatkan di bawah kepimpinan guru yang bersifat demokratik di mana guru bertindak sebagai pemantau di dalam kelas.

KEPIMPINAN LAISSEZ FAIRE :
memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada pelajar melakukan aktiviti yang difikirkan sesuai di dalam kelas kurang mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam P&P secara aktif peranan guru hanya sebagai pemudahcara sahaja. Interaksi di antara pelajar dengan pelajar lain meningkat Sifat kepimpinan ini dapat digunakan bagi pelajar yang mempunyai kawalan diri, berinisiatif dan rajin belajar.

sifat kepimpinan yang terbaik :
sifat kepimpinan yang terbaik adalah sifat kepimpinan guru yang dapat memenuhi kehendak-kehendak pelajar bagi mencapai hasil pembelajarannya mempunyai kesanggupan yang tinggi untuk melaksanakan perubahan termasuklah melakukan kajian demi kebaikan pelajar.
http://img1.blogblog.com/img/blank.gif
5.1 PERANAN PENGETUA SEBAGAI PEMIMPIN KURIKULUM :
pengurusan Kurikulum dan Ko Kurikulum, mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum atau Panitia Mata Pelajaran merancang jadual waktu menyediakan takwim akademik sekola menyelia pengajaran dan pembelajaran (P & P) menyemak buku rancangan pelajaran

menyediakan panduan dan perincian tugas-tugas kepada staf merancang program sokongan akademik merancang pelbagai kegiatan berkaitan dengan kurikulum menyenaraiutamakan pelbagai kegiatan berkaitan dengan kokurikulum menetapkan sasaran akademik untuk tahun semasa

Peranan Penolong Kanan Kurikulum(GPK) :
Peranan Penolong Kanan Kurikulum(GPK) bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolahnya termasuk yang berkaitan dengan kurikulum. naib pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah; urusan Pusat Sumber Sekolah menyusun jadual waktu sekolah menyelenggara maklumat tentang kurikulum urusan pengajaran dan pembelajaran guru

Peranan Penolong Kanan H.E.M :
Peranan Penolong Kanan H.E.M pengurusan kebajikan dan disiplin Pelajar. Beliau akan menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid dan mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid.

Peranan Penolong Kanan Kokurikulum :
Peranan Penolong Kanan Kokurikulum pengurusan kokurikulum. membantu pengurus pendidikan menentukan arah dan dasar yang sesuai untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum atau pendidikan luar, membantu merangka garis panduan untuk memantau kemajuan kegiatan luar, dan merancang program latihan dan perkembangan kepakaran dalam pengurusan pendidikan luar.

Peranan Pengurus pertengahan lain-lain :
Peranan Pengurus pertengahan lain-lain Ada beberapa buah unit sosial kecil yang berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain. memberi sumbangan dan mempengaruhi pencapaian matlamat keseluruhan organisasi sekolah. wujud dalam bentuk formal seperti Panitia Mata Pelajaran, Lembaga Pengawas, Jawatankuasa Kantin, Jawatankuasa Sukan, Pemainan, Olahraga dan sebagainya.

KESIMPULAN :
KESIMPULAN Pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di dalam organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Pengetua sentiasa perlu meningkatkan kemahiran memimpin, bersiap sedia dengan segala ilmu kepengetuaan dengan situasi semasa. Sokongan dan kerjasama para pemimpin kurikulum dan kokurikulun yang terlibat dalam pelaksanaan organisasi sekolah adalah amat penting.

Ini sesuai dengan rumusan Hechinger, 
(Davis & Thomas 1989), “Saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh guru besar yang lemah atau sekolah yang lemah dipimpin oleh guru besar yang baik. Saya telah melihat sekolah yang lemah bertukar menjadi sekolah yang cemerlang dan malangnya terdapat juga sekolah yang cemerlang merosot dengan teruknya. Dalam setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah boleh dikesan melalui kualiti kepemimpinan guru besarnya”.

1 comment:

Anonymous said...

UNTUK MUDIR,
INGAT COGAN KATA SEKOLAH KITA
CITA USAHA JAYA
INSYAALLAH TUAN AKAN BERJAYA.

DARIPADA SENIOR SASKL