Hari Anugerah Cemerlang

~Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~
[ihsankuantan@yahoo.com.my] [Sebarang maklum balas sangat dialu-alukan] [Bank Islam 06019010001574] [Tel-095671019] [Faks-095671020]

Thursday 10 May 2012

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-18 TAHUN 2012

Tarikh : 29 April 2012

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Dewan Utama SMAI

Jumlah Ahli Yang Hadir : 206 orang ahli

Pencatat Minit : 

1. Puan Normaziah binti Mohd Noor
2. Cik Salbiah binti Mohd Redzuan


1. Ucapan Pengerusi


1.1 Encik Mohd Sharif bin Ismail selaku yang dipertua PIBG memulakan
mesyuarat PIBG kali ke 18 dengan bacaan surah Al Fatihah.

1.2 Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli PIBG.


1.3 Mengucapkan ucapan terima kasih kepada ahli yang hadir dan berharap
dapat menjauhi perkara2 yang Allah tidak redai. Mengingatkan ahli melakukan perkara menepati kehendak Allah Taala.

1.4 PIBG dimiliki oleh semua ahli ahlinya bukan hanya dimiliki oleh AJK sahaja. Pengerusi menyarankan supaya semua ahli memainkan peranan untuk memajukan PIBG sekolah.


2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.


2.1 YDP mewakili Setiusaha PIBG (cuti sakit) membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan.


2.2 Pengetua mengulas usul tergempar (7.9.3) dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang bersetuju yuran asrama dinaikan daripada RM23.00 kepada RM30.00 sebulan.


2.3 Salah seorang ahli PIBG (bapa pelajar) mencadangkan agar minit mesyuarat dimasukan ke dalam blog ihsan. Pengerusi menjawab cadangan itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung tahun lalu dan minit mesyuarat telah dimasukkan ke blog tersebut.


2.4 Pengetua mengulas tentang usul kedua (7.9.2 kemudahan bayar yuran sekolah dan sumbangan ahli PIBG) melalui kaunter bank. Sekiranya timbul masalah bayaran telah dibuat tetapi kehilangan resit, ibu bapa disarankan agar menulis surat dan menyatakan tentang kehilangan resit kepada pihak sekolah.


2.5 En. Nik Amran b Yusuf mencadangkan minit mesyuarat kali ke 17 disahkan. Pn. Rogayah bt Abu Hassan menyokong minit mesyuarat tersebut disahkan .

 

2.6 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 17 diterima.

3. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 20011-2010

3.1. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2009-2011 telah dibentangkan oleh YDP mewakili Setiusaha PIBG (cuti sakit) untuk dibincangkan, disahkan dan diterima.


3.2. Puan Rosinayati memberi respon perkara 3.3.2 (Jawatankuasa Kelas Bimbingan), Puan Zalikha bt Salim digantikan dengan Encik Mahtar.

3.3. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2009-2011 diterima. 


4. Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2010

4.1 Penolong Bendahari ( Wakil Bendahari ) membentangkan Laporan/Penyata Kewangan PIBG yang bermula dari 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 untuk dibincangkan,disahkan dan diterima. 


4.2 Pengerusi mengulas tentang wang penghutang yang belum dijelaskan. Pengerusi telah bertemu pihak guaman.

4.3 Ulasan pengetua kejadian itu berlaku kerana memegang duit tunai, saranan pengetua semua yuran hendaklah dimasukkan ke dalam bank.

4.4 Puan Intan Salwa mencadangkan supaya Laporan/Penyata Kewangan PIBG Tahun 2010 disahkan dan diterima. Encik Ab Karim bin Mat Kahar menyokong cadangan tersebut.


5.0 Perkara Berbangkit

5.1 Memandangkan Kesulitan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar asrama untuk
“ outing “ AJK PIBG memohon agar pihak PIBG dapat berhubung dengan pihak pengusaha bas untuk menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari sekolah ke bandar.

Cadangan : Puan Norzawati binti Wahab mencadangkan pelajar yang ‘outing’ mestilah disediakan pengangkutan.


Cadangan pengetua : Pelajar akan dihantar dengan van sekolah ke perhentian bas dan memohon ibu bapa menulis surat dengan menyatakan anak mereka “pandai” menaiki bas dan menggalakkan ibu bapa sendiri yang datang membawa anak masing-masing untuk ‘outing’ sebulan sekali.


5.2 Pengerusi mengalu-alukan sekiranya ada ibu bapa yang sudi utk menyumbangkan kewangan utk mengatasi masalah pengangkutan yang dihadapi oleh pelajar.


6.0 Pembentangan Usul

6.1 Pembentangan Usul


Nama : Tuan Haji Kamaruddin bin Mohamad


(Usul pertama dan usul kedua)

6.1 USUL PERTAMA


Meminta dan memohon kebenaran Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang meluluskan peruntukan yang mencukupi bagi membaik pulih serta melengkapkan makmal sains tulen, menyediakan dan membekalkan peralatan serat bahan-bahan pembelajaran amali bagi mata pelajaran fizik, kimia dan biologi untuk memberi peluang kepada pelajar aliran sains mendalami pengajaran dan pembelajaran secara praktikal bagi memantapkan pemahaman dan penguasaan konsep mata pelajaran tersebut.


Rasional :


  1. Makmal Fizik, Kimia dan Biologi serta kemudahan yang terdapat di dalamnya didapati telah usang dan uzur.
  2. Sebahagian peralatan telah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan serta kurang menepati keperluan sukatan pelajaran.
  3. Terdapat juga bahan-bahan kimia yang sudah tidak sesuai digunakan dan perlu diganti baru kerana telah mengalami tindak balas oksidasi.
  4. Makmal yang sempurna, lengkap dan terkini adalah perlu bagi latihan praktikal kepada pelajar supaya tida tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran teori dan latih tubi hafalan semata-mata.
Jawapan : Mesyuarat memutuskan untuk membincangkan perkara ini dalam satu majlis dialog yang akan diadakan pada 19 Mei 2012.


6.2 USUL KEDUA

Meminta dan memohon supaya Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan menempatkan guru-guru cemerlang atau guru-guru pakar bagi setiap mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar aliran sains.


Rasionl :


  1. Kualiti dan kuantiti penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi masih rendah serta tidak memuaskan.
  2. Sebahagian besar pelajar aliran sains mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran lain tetapi kurang menguasai mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.
  3. Kekurangan penguasaan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan menjejaskan peluang pelajar aliran saina ke program matrikulasi sains Kementerian Pelajaran Malaysia dan Asasi Sains di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Jawapan : Mesyuarat memutuskan untuk membincangkan perkara ini dalam satu majlis dialog yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 nanti.

6.3 USUL KETIGA

Nama :Encik Mohd Sharif bin Ismail ( Yang Dipertua PIBG )


Mendesak Majlis Mesyuarat Agung pada hari ini memberi pembelaan kepada ahli PIBG. Semua ahli PIBG berhak mendapat pembelaan dari persatuan (PIBG).


Jawapan : Mesyuarat memutuskan untuk membincangkan perkara ini dalam satu majlis dialog yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 nanti.
 

6.4. USUL KEEMPAT

Mendesak Jabatan Agama Islam Pahang untuk menempatkan GPK 1 Pentadbiran dan GPK HEM di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan bagi kelancaran pengurusan perjalanan persekolah.


Jawapan : Mesyuarat memutuskan untuk membincangkan perkara ini dalam satu majlis dialog yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 nanti. 


7.0. Hal-hal lain

7.1. Datin Aminah, wakil ibu kepada pelajar yang tinggal di asrama merasakan
satu kekurangan, prasarana asrama kurang (tingkat 3), isi masa pelajar tingkatan 1 dan 2 dengan program dan tumpukan pada kelemahan murid dalam bahasa Arab.

Jawapan : 

  1. Pengetua menyatakan pelajar tersebut ada kelas tambahan.
  2. Puan Intan Salwa menyatakan mata pelajaran Bahasa Arab telah diajar dengan menggunakan pelbagai buku yang terkini dan mata pelajaran Bahasa Arab Ad Diwan telah diadakan oleh pihak JAIP untuk memantapkan bahasa Arab di sekolah ini.
7.2 Pengetua memohon ibu bapa menyatakan sebarang masalah (sekiranya ada) semasa mengambil anak di asrama. Puan Salwati binti Salleh mencadangkan agar sediakan borang kebenaran mengambil anak sekiranya ibu bapa sendiri tidak dapat mengambil anak mereka.

Jawapan : 

Ibu bapa boleh berhubung melalui surat atau blog sekolah sekiranya tidak dapat mengambil anak mereka di asrama.

7.3. Puan Intan Salwaa binti Hassan menyatakan makanan di asrama tidak berkualiti. Contohnya sayur berpasir, ikan tidak segar dan hancur. 

Ustaz Baihaqi selaku ketua Warden mengakui makanan di asrama memang bermasalah, pihak warden telah berbincang dengan pihak kontraktor makanan asrama.

Jawapan : 

Meminta supaya menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pihak kantin asrama dan diketuai oleh Puan Intan Salwaa binti Hassan.

7.4. En. Husni b Mohd Diah, menimbulkan permasalahan blog Ihsan, ‘komen-komen’ yang diberikan menggambarkan pentadbiran dan hubungan sesama warga Ihsan tidak baik.

Jawapan : 

Memohon melayari blog (ihsankuantan.blogspot.com) dan melihat admin blog tersebut. 

7.5. En. Husni b Mohd Diah mengulas ucapan guru yang berucap “jangan kamu mencontohi guru-guru, ustaz-ustaz yang mengajar kamu”. 


7.6. Ahli mesyuarat mengulas tentang majalah sekolah sepatutnya diteruskan keluarannya. Puan Kamariah binti Salleh bersetuju majalah sekolah dikekalkan, kerana bukan semua ibu bapa boleh menggunakan blog.

Jawapan : 

Pengetua menyatakan, majalah sekolah tahun lepas ada diterbitkan. Kos majalah sekolah ialah RM15,000 manakala blog pula percuma.

7.7. Kecewa dengan tindakan pihak yang berwajib menyelesaikan masalah pemakanan anak-anak yang duduk di asrama. Kumpul dan failkan komen2 pelajar dan guru-guru. Segerakan tindakan.
 

7.8. Pengerusi menyarankan agar ibu bapa menghadiri mesyuarat PIBG dengan beramai-ramai supaya dapat berbincang untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.


8.0 Penangguhan
 

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi mesyuarat.

Penolong Setiausaha:
Puan Salbiah binti Mohd Redzuan

Pengerusi
:
Encik Mohd Sharif bin Ismail
 



No comments: